Reka Mega Enterprise Usahawan TEKUN Parlimen Subang

Saksikan kisah usahawan wanita TEKUN Nasional ini yang menjalankan perniagaan ‘Hardware’ di Sungai Buloh, Selangor. Puteri Jalilul’ain yang berasal dari Kuala Lumpur telah memilih untuk menjalankan perniagaan ini kerana perniagaan ini tidak dimonopoli oleh kaum melayu.

Puteri Jalilul’ain juga merupakan salah seorang Usahawan yang menerima Anugerah Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Parlimen Subang yang disampaikan oleh YBM MOA baru baru ini di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh.

Selamat menonton, jangan lupa klik HD ok !

‘FF Mercu Niaga Sdn Bhd’ Usahawan TEKUN Negeri Perak

Ini adalah kisah hebat anak melayu Encik Fuzi Zainal yang mengusahakan perniagaan pakaian terpakai . Tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi sekadar hanya di tingkatan 2 sahaja itu bukan alasan Encik Fuzi untuk keluar dari kepompong kesusahan sehingga ke tahap hari ini.

Dengan berbekalkan suntikan pembiayaan RM8,000.00 dari TEKUN Nasional, Encik Fuzi mengunakan dengan sebaik mungkin untuk memulakan perniagaan menjual pakaian terpakai atau lebih dikenali sebagai pakaian ‘Bundle’ dikalangan pengemar pakaian terpakai di pasar-pasar malam sekitar negeri Perak.

Dari berniaga di kaki limah, di pasar-pasar malambeliau mula mengorak langkah maju sedikit demi sedikit secara berperingkat dengan membuka lot kedai pakaian bundle di bawah jenama Mr Musashi yang mempunyai berbelas cawangan di seluruh Malaysia. Berkat kegigihan, kesungguhan beliau beliau nampak peluang untuk maju setapak lagi dengan menjadi “Manufacturer Bundle” iaitu pembekal/pembuat pakaian terpakai kepada peniaga-peniaga pakaian terpakai di bawah syarikat FF Mercu Niaga Sdn Bhd. Di Malaysia beliau adalah usahawan melayu tunggal yang menjalankan perniagaan “Manufacturer Bundle” di mana ia dimonopoli oleh usahawan-usahawan dari luar negara.

FF Mercu Niaga Sdn Bhd merupakan pengeluar pakaian dalam industri pakaian terpakai (Bundle) yang membekalkan kepada pengedar-pengedar dan penjual-penjual pakaian terpakai di seluruh negara dan juga pasaran negara-negara luar seperti Thailand, Myammar, Kemboja, Indonesia dan asia.

Jom ikuti kisah perjalanan hidup Encik Fuzi bergelar seorang usahawan yang berjaya. Memang terbaik, semoga menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana dan usahawan usahawan lain.