Cabaran ATV TEKUN Nasional 2022

TEKUN Nasional melalui KESURA TEKUN telah menganjurkan Cabaran ATV TEKUN 2022 pada 21 Mei 2022 bertempat di ATV World, Kampung Kemensah, Selangor.

Perasmian & Flag Off cabaran ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Roshaimi Bin Harun, Timbalan CEO TEKUN Nasional (Pengurusan & Korporat) merangkap Penasihat KESURA.

Tahniah diucapkan kepada 50 orang peserta yang melibatkan diri dan tidak lupa juga kepada semua AJK yang terlibat. Terima kasih !

#MyTEKUN #KESURA #KESURATEKUN

Gala Night Ar Rahnu Tekun 2019

YBhg Dato Adam Abd Ghani, CEO TEKUN Nasional menghadiri Majlis Perjumpaan bersama wargakerja Ar Rahnu TEKUN bertempat di Ancasa Residences, Port Dickson.

Beliau turut menyampaikan amanat dan seterusnya menyerahkan anugerah cawangan terbaik, pegawai terbaik dan anugerah khas kepada penerima.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #ArRahnuTEKUN

Takbir Raya Aidilfitri TEKUN Nasional 2019

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegar jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

TEKUN Nasional mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin !

Kejohanan Dart Beregu jemputan TEKUN Nasional 2019

Saksikan rangkuman video di sekitar Kejohanan Dart Beregu jemputan TEKUN Nasional 2019 yang belangsung dengan penuh meriah bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab kebajikan, sukan & Rekreasi (KESURA) TEKUN Nasional ini mendapat penyertaan dari pelbagai kelab dan agensi.

Sesi penutup dan penyampaian hadiah disampaikan oleh CEO TEKUN Nasional merangkap Penaung KESURA, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani. Turut hadir mengiringi beliau, Penasihat KESURA YBrs En. Omar Othman.

Jangan lupa klik HD Okay !!!

#MyTEKUN #KESURA

Kejohanan Bowling Tertutup TEKUN Nasional 2018

Highlights video Kejohanan Bowling Tertutup TEKUN Nasional 2018 yang berlangsung pad hujung minggu lalu bertempat di Wangsa Bowl, IOI Mall.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi TEKUN (KESURA) ini mendapat penyertaan yang menggalakkan dan berlangsung dengan penuh meriah.

CEO TEKUN Nasional, Ybhg Datuk Baharom Embi bersama isteri turut hadir merasmikan seterusnya memeriahkan kejohanan ini. Terima kasih kepada semua peserta, kita jumpa lagi di lain kejohanan okay !!

#MyTEKUN #KESURA

‘TEKUN Golden Night’

‘TEKUN Golden Night’ yang diadakan pada7 Oktober 2017 bertempat di Ballroom Bukit Gambang Resort, Kuantan.’TEKUN Golden Night’ merupakan salah satu acara di dalam sambutan Hari Keluarga warga Ibu Pejabat TEKUN Nasional.