SF Watersports, Usahawan TEKUN Nasional negeri Perak

Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan berjaya TEKUN Nasional negeri Perak, Mohd Fahizan Bin Suid atau lebih mesra dikenali sebagai Abang Jai yang menawarkan perkhidmatan sukan air di Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor.

SF Watersports menawarkan perkhidmatan sukan air antaranya seperti Jetski, Kayak, Banana Boat, Sofa Boat Ride, Island Hoping, Snorkeling dan banyak lagi. Abang Jai mempunyai beberapa buah Jetski dan beberapa buah speedboat untuk disewakan kepada pengunjung.

Jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor, jangan lupa singgah di SF Watersports untuk mencuba pelbagai aktiviti sukan air yang disediakan. Semoga maju jaya Abang Jai.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #Perak

Air minuman zeeper, Usahawan TEKUN Negeri Perak

Team TEKUN TV bersama Pengurus dan pegawai TEKUN dari negeri Perak berkesempatan membuat lawatan ke premis Kak Ija di Sri Manjung Perak.

Saksikan kisah pahit manis dan temubual bersama usahawan ini yang kami bawakan khas kepada anda

Zeeper setakat ini telah dipasarkan di seluruh negara dan alhamdulillah mendapat sambutan yang baik. Kami di TEKUN Nasional sangat berbangga dengan pencapaian mereka, semoga mereka terus maju jaya dalam bidang yang diceburi.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Zeeper

Keropok Lekor Lekir, Usahawan TEKUN Negeri Perak

Baru-baru ini, Team TEKUN TV bersama pegawai TEKUN Negeri Perak berkesempatan berjumpa dan menemuramah Puan Yah Binti Mahmud yang mengusahakan perusahaan keropok lekor ataupun lebih dikenali sebagai ‘Keropok Lekor Lekir’.

Hasil penat lelah beliau,kini keropok lekor lekir telah dikenali dan ramai mengakui kesedapannya setanding dengan keropok dari negeri di pantai timur. Selain itu, beliau turut memiliki sebuah pusat pemprosesan dan juga kedai jualan di Pasar Tani kekal, Sitiawan Perak.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah Puan Yah !!

Jangan lupa klik HD okay !!

#MyTEKUN #Usahawan #Perak #TemanNiagaAnda

Spa dan Pusat kecantikan Lydiae Beauty, Kuching

Saksikan kisah dan temubual bersama Puan Lydiae, Usahawan TEKUN Nasional di Kuching, Sarawak.

Puan Lydiae menjalankan perniagaan Spa dan Pusat kecantikan Lydiae Beauty yang diuruskan oleh beliau sendiri bersama empat orang pekerjanya.

Hanya bermula dari membuat perniagaan di rumah, berkat kesabaran dan kecekalan beliau kini telah memiliki sebuah Spa kecantikan yang terletak di Jalan Merdeka, Kuching.

Jangan lupa klik HD okayy !!

#MyTEKUN #Usahawan #Sarawak

Mee Kuning Juwita, Usahawan Berjaya TEKUN Negeri Melaka

Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Negeri Melaka, Hajah Juwita Binti Abu Hassan yang menjalankan perusahaan membuat mee kuning.

Pengeluaran mee kuning daripada kilang yang terletak di Kampung Kemuning ini telah diiktiraf halal oleh Jabatan Agama Islam Melaka.

Antara anugerah dan pengiktirafan yang telah beliau perolehi ialah Usahawanita Jaya Industri Desa, Naib Johan Usahawan Jaya kategori Jualan dan Usahawan Jaya Wanita sempena HPPN Melaka.

Beliau boleh dihubungi ditalian 019-6695811 beralamat di PS 273 Kampung Kemuning 78000 Alor Gajah Melaka.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan

Hamidah Food Industry, Usahawan Berjaya TEKUN Melaka

Hamidah Food Industry adalah pengeluar terbesar dodol di Melaka. Dodol berjenama ‘MAMA’. Mereka masih menggunakan ramuan tradisional iaitu adalah campuran tepung pulut, santan, gula Melaka asli dan gula pasir untuk menghasilkan dodol mereka.

Jom kita saksikan kisah dan temubual bersama Puan Atika Liakatali, Usahawan Berjaya TEKUN Nasional yang mengusahakan perniagaan dodol dan makanan tradisional di Umbai, Melaka.

Selain Dodol perisa asli,Hamidah Food Industry juga mengeluarkan dodol kopi, dodol strawberry, dodol jagung, dodol pandan dan dodol durian. Sehari, perusahaan ini mampu mengeluarkan 1.2 tan dodol.

Klik HD okay !

Dodol Tradisi Mama

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Melaka