Gforce Garage, Usahawan TEKUN Nasional negeri Selangor

Berbekalkan pengalaman bekerja di bengkel orang selama 13 tahun, Encik R B Maniraj A/L Balaras nekad untuk membuka bengkel sendiri untuk memajukan dirinya.

Dengan usaha dirinya sendiri dan bantuan pembiayaan perniagaan dari TEKUN Nasional, kini beliau berjaya membuka bengkel sendiri yang terletak di Kapar, Selangor. Baru-baru ini, TEKUN Nasional bersama Pengurus dan pegawai dari negeri Selangor berkesempatan berkunjung ke bengkel milik beliau.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Kami dari pihak TEKUN Nasional mendoakan agar perniagaan ini terus maju dan berjaya.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #KUSKOPPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia

Ema Craft, Usahawan TEKUN Nasional Negeri Sarawak

Dari Bumi Kenyalang, kami bawakan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional negeri Sarawak, Puan Sa’emah Razali yang mengusahakan perniagaan berasaskan kraftangan di Emart Batu Kawa, Kuching.

Beliau pada mulanya hanya berminat mengumpul koleksi barang-barang kraftangan, lama-kelamaan timbul idea untuk mengusahakan perniagaan berasaskan kraftangan Sarawak. Puan Sa’emah juga turut mendapatkan barang dari pengusaha kraftangan tempatan untuk dijual di kedai miliknya.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan barangan kraftangan, bolehlah menghubungi talian 016-8579944 atau boleh terus ke SN46B – SN47B Emart Batu Kawa, Jalan Batu Kawa Taman Desa Wira, 93250 Kuching, Sarawak.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #KUSKOPPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia

Awie Manik, Usahawan TEKUN Nasional Negeri Kedah

Kami bawakan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional Negeri Kedah, Puan Noraini Yaacob atau lebih dikenali sebagai Awie Manik di dalam industri fesyen.

Puan Noraini merupakan Pengarah Noraini Yaacob Collections yang menjalankan perniagaan Butik Pakaian di Kuala Kedah.
Beliau pada mulanya mengambil tempahan menjahit pakaian semasa menetap di Kuala Lumpur. Selepas berpindah ke Kedah, Awie Manik mula dikenali di dalam media sosial kerana sering berkongsi ilmu jahitan di alam maya.

Kepada mereka yang berminat, bolehlah menghubungi talian 012-5597261 atau boleh terus ke No 53, Jalan MHJ Utama 3, Taman Kompleks MHJ Utama 3, 06600 Kuala Kedah.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia

Usahawan bantal kekabu Kuala Terengganu

Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional Kuala Terengganu, Terengganu, Maimunah Binti Abdullah, pengusaha perniagaan Mai Warisan bantal kekabu.

Bermula dengan kecil-kecilan iaitu dengan mengikuti ibunya berniaga bantal kekabu di pasar-pasar malam di sekitar negeri Terengganu kini beliau meneruskan warisan perniagaan ibunya dengan memperbesarkan lagi perniagaan malah mengkomersialkan perniagaan bantal kekabu ke platfom lebih luas seperti di Facebook, Instagram, Shopee, Whatsapp dan perniagaan atas talian yang lain supaya boleh dibeli oleh sesiapa sahaja dari seluruh pelusuk tanah air.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Kami dari pihak TEKUN Nasional mendoakan agar perniagaan ini terus maju dan berjaya.

#TemanNiagaAnda #KeluargaMalaysia #BangsaUsahawan #MEDACprihatin #KeluargaUsahawan #MyTEKUN #BantalKekabu #Kekabu

Nasi Goreng Melimpah Viral, Usahawan TEKUN Tanjung Karang, Selangor.

Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional Tanjung Karang, Selangor, Nooranita Binti Kassim, pengusaha Nasi Goreng Melimpah Viral.

Nasi Goreng Melimpah Viral kini menjadi restoran tumpuan pengunjung luar mahupun penduduk setempat yang ingin merasai kelazatan pelbagai jenis nasi goreng dengan saiz hidangan yang besar.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Kami dari pihak TEKUN Nasional mendoakan agar perniagaan ini terus maju dan berjaya.

#TemanNiagaAnda
#KeluargaMalaysia
#BangsaUsahawan
#MEDACPrihatin
#MEDAC