Liputan media mengenai aktiviti dan program berkaitan TEKUN Nasional serta agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan
Kisah-kisah kejayaan, tip-tip berguna dan wawancara bersama Usahawan TEKUN Nasional. Ia boleh dijadikan sumber rujukan dan inspirasi bersama.
Maklumat mengenai untuk usahawan
Memaparkan program dan aktiviti santai dan maklumat mengenai skim pembiayaan yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional untuk memula dan memajukan perniagaan.
Video Terkini

TEKUN Nasional melalui KESURA TEKUN telah menganjurkan Cabaran ATV TEKUN 2022 pada 21 Mei 2022 bertempat di ATV World, Kampung Kemensah, Selangor.
Perasmian & Flag Off cabaran ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Roshaimi Bin Harun, Timbalan CEO TEKUN Nasional (Pengurusan & Korporat) merangkap Penasihat KESURA.
Tahniah diucapkan kepada 50 orang peserta yang melibatkan diri dan tidak lupa juga kepada semua AJK yang terlibat. Terima kasih !
#MyTEKUN #KESURA #KESURATEKUN

Rangkuman video di sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri TEKUN Nasional 1443 Hijrah yang diadakan pada 18 Mei 2022 bertempat di Palm Garden Hotel, Putrajaya.
YB Menteri KUSKOP, YB Tan Sri Noh Bin haji Omar bersama Timbalannya, YB Datuk Muslimin Bin Yahaya berkesempatan menyantuni anak-anak yatim & asnaf yang diraikan dari Pertubuhan Warisan Suci Kajang.
Ramai rakan-rakan jabatan dan agensi di bawah KUSKOP juga turut hadir di majlis aidilfitri ini selain usahawan-usahawan TEKUN dan sebagainya.
Pihak TEKUN Nasional mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir. Selamat hari raya aidilfitri, Maaf zahir & batin.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #KeluargaMalaysia #KUSKOPPrihatin #HariRaya #Aidilfitri #BangsaUsahawan

Rangkuman video di sekitar Majlis Penyerahan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) negeri Terengganu yang telah di disempurnakan oleh Menteri Pembangunan & Usahawan YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar pada 19 April 2022.
Turut di majlis tersebut ialah Pengerusi TEKUN Nasional YB Ustaz Shaharizukiman Abdul Kadir dan CEO TEKUN Nasional, Dato' Adam Abdul Ghani.
Geran BBKM ini disasarkan kepada informal dan mikro yang premis mereka terjejas dengan banjir dan terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira kaum. Ia adalah bagi meringankan beban usahawan informal dan mikro ketika ini yang terjejas akibat bencana banjir.
Diharapkan agar sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban usahawan-usahawan banjir yang terjejas, lebih-lebih lagi kita semua akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
#TemanNiagaAnda #MyTEKUN #KUSKOPPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia #KUSKOP

Rangkuman video di sekitar Majlis Penyerahan Cek Geran Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia & Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) yang berlangsung pada 1 April 2022 bertempat di Dewan Komuniti Daerah Kota Marudu, Sabah.
Majlis disempurnakan oleh YBrs Encik Sufian Bin Abdul Karim, Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional. Turut hadir, Dato Adam Abd Ghani, pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama Pihak Pengurusan Tertinggi.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAida #KUSKOPPrihatin #KeluargaMalaysia

Rangkuman video di sekitar Program Usahawan & Koperasi keluarga Malaysia (PUKKM) yang berlangsung di Dewan Pusat Khidmat Jelebu, Simpang Pertang, Negeri Sembilan pada 28 Mac 2022.
Perasmian Program ini disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Merangkap Ahli Parlimen Jelebu turut hadir mengiringi YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar.
Dalam majlis yang sama, YBM KUSKOP bersama YBTM KWP telah menyampaikan Mock cheque dana-dana yang telah diluluskan di bawah agensi KUSKOP & Geran BBKM kepada Usahawan yang terjejas akibat banjir.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #KUSKOPPrihatin #KeluargaMalaysia

Dari Bumi Kenyalang, kami bawakan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional negeri Sarawak, Puan Sa'emah Razali yang mengusahakan perniagaan berasaskan kraftangan di Emart Batu Kawa, Kuching.
Beliau pada mulanya hanya berminat mengumpul koleksi barang-barang kraftangan, lama-kelamaan timbul idea untuk mengusahakan perniagaan berasaskan kraftangan Sarawak. Puan Sa'emah juga turut mendapatkan barang dari pengusaha kraftangan tempatan untuk dijual di kedai miliknya.
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan barangan kraftangan, bolehlah menghubungi talian 016-8579944 atau boleh terus ke SN46B - SN47B Emart Batu Kawa, Jalan Batu Kawa Taman Desa Wira, 93250 Kuching, Sarawak.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #KUSKOPPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia

Rangkuman video di sekitar Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh Pahang yang berlangsung pada 22 Mac 2022.
Sempena majlis ini, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri KUSKOP telah menyerahkan Geran Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia kepada Usahawan sekitar Temerloh yang terjejas akibat banjir.
Setiap peniaga informal dan mikro yang premis perniagaan mereka terjejas dengan banjir akan diberikan sebanyak RM3,000. Geran BBKM ini diberikan secara one-off dan tidak perlu dibayar balik.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #KUSKOPprihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia