Cuci Karpet Bukit Beruntung, Usahawan TEKUN Nasional negeri Selangor

Kami bawakan kepada anda kisah dan temubual bersama usahawan TEKUN Nasional negeri Selangor, Encik Faizul Ahmad Zuki yang menyediakan servis perkhidmatan cucian karpet, kusyen kereta, sofa & tilam bertempat di Bukit Beruntung, Selangor.

Cuci Karpet Bukit Beruntung menyediakan perkhidmatan cucian yang terbaik dan berkualiti dengan berbekalkan pengalaman lebih daripada 4 Tahun di dalam perkhidmatan cucian dan telah memberi perkhidmatan kepada lebih ribuan pelanggan.

Cuci Karpet Bukit Beruntung bukan sahaja menawarkan perkhidmatan cucian karpet, malah turut menyediakan perkhidmatan ambil dan hantar yang meliputi kawasan seluruh negeri di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Tanjung Malim bagi memudahkan pelanggan mendapat perkhidmatan cucian karpet mereka.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana.

Tahniah Encik Faizul ! Selamat maju jaya !

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Selangor

Pittmauns Bike Wash, Usahawan TEKUN Nasional negeri Selangor

Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional negeri Selangor, En. Mohd Syafiq Maula Abd Rasad, Pemilik Pittmauns Bike Wash yang menawarkan perkhidmatan ‘Detailing Wash’ di Ampang, Selangor.

Melihat peluang perniagaan yang tinggi dan yakin bahawa perkhidmatan ini boleh menjadi trend di Malaysia, beliau bersama rakannya lantas mengambil peluang membuka perkhidmatan ‘Detailing Wash’. Alhamdulillah perniagaan beliau mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana.

Tahniah En. Mohd Syafiq Maula ! Selamat maju jaya !

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #Selangor #KUSKOP #KUSKOPPrihatin #keluargamalaysia

Bob Auto Roof Works, Usahawan TEKUN Nasional WPKL

Berbekalkan pengalaman bekerja di bengkel orang 15 tahun yang lepas, kini Encik Mohd Fikri bin Rosli atau lebih dikenali dengan panggilan Bob berjaya membuka bengkel membaik pulih bumbung kereta bertempat di Rawang, Selangor.

Beliau nekad untuk membuka bengkel sendiri selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2008 yang mengakibatkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong. Alhamdulillah berkat doa dan sokongan dari keluarga & rakan, kini bengkel beliau tidak menang tangan menerima pelanggan dari seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Kami dari pihak TEKUN Nasional mendoakan agar perniagaan Encik Mohd Fikri terus maju dan berjaya.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #KUSKOPPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia

Salam Calligraphy Art, Usahawan TEKUN Nasional Kuching, Sarawak

Kami bawakan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional negeri Sarawak, Puan Siti Adibah Zulkepli yang menjalankan perniagaan percetakan khat dan juga perkhidmatan menulis khat.

Idea menjalankan perniagaan ini dicetuskan oleh suaminya sendiri, En Abdul Salam Haji Murshidi yang merupakan seorang penulis khat.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan mereka, bolehlah menghubungi talian 014-5296878 atau boleh terus Lot 221 Tingkat 2, Wisma Hopoh Kuching.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #KUSKOPPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia

Iswanah Health Care, Usahawan TEKUN negeri Selangor

Kami bawakan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional Negeri Selangor, Dr Krishnan A/L Kannan, Pengarah Urusan Iswanah Health Care yang menyediakan perkhidmatan Fisioterapi dan Rehabilitasi.

Hasil kerja keras beliau dan sokongan dari pihak TEKUN Nasional, kini Iswanah Health Care mempunyai empat cawangan di sekitar Lembah Klang dan beliau berharap agar dapat membuka lebih banyak cawangan di masa yang akan datang.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana.

Tahniah Dr Krishnan ! Selamat maju jaya !

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #KUSKOPPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia

FCR Performance, Usahawan TEKUN Nasional Johor Bahru

Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional negeri Johor, En. Fazhar Bin Amril, Pengarah Urusan FCR Perfomance yang menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian kenderaan dan menjual aksesori kenderaan bertempat di Perling, Johor Bahru.

Pada mulanya, beliau berkecimpung dalam bidang perniagaan kereta sewa, tetapi minatnya yang mendalam terhadap kereta & aksesori membuatkan beliau nekad untuk membuka sendiri perniagaan pengubahsuaian & aksesori kereta pada tahun 2016 sehingga sekarang.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana.

Tahniah Encik Fazhar ! Selamat maju jaya !

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #Johor #KUSKOP #KUSKOPPrihatin #keluargamalaysia