Media@TEKUN
Sambutan Hari Raya Aidilfitri TEKUN Nasional 2022
Rangkuman video di sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri TEKUN Nasional 1443 Hijrah yang diadakan pada 18 Mei 2022 bertempat di Palm Garden Hotel, Putrajaya.
YB Menteri KUSKOP, YB Tan Sri Noh Bin haji Omar bersama Timbalannya, YB Datuk Muslimin Bin Yahaya berkesempatan menyantuni anak-anak yatim & asnaf yang diraikan dari Pertubuhan Warisan Suci Kajang.
Ramai rakan-rakan jabatan dan agensi di bawah KUSKOP juga turut hadir di majlis aidilfitri ini selain usahawan-usahawan TEKUN dan sebagainya.
Pihak TEKUN Nasional mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir. Selamat hari raya aidilfitri, Maaf zahir & batin.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #KeluargaMalaysia #KUSKOPPrihatin #HariRaya #Aidilfitri #BangsaUsahawan
Takbir Raya Aidilfitri TEKUN Nasional 2022
Takbir Raya Aidilfitri TEKUN Nasional 2022.
Seluruh warga kerja TEKUN Nasional mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua.
#TemanNiagaAnda #MyTEKUN #Aidilfitri2022
Majlis Penyerahan Geran (BBKM) Terengganu
Rangkuman video di sekitar Majlis Penyerahan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) negeri Terengganu yang telah di disempurnakan oleh Menteri Pembangunan & Usahawan YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar pada 19 April 2022.
Turut di majlis tersebut ialah Pengerusi TEKUN Nasional YB Ustaz Shaharizukiman Abdul Kadir dan CEO TEKUN Nasional, Dato’ Adam Abdul Ghani.
Geran BBKM ini disasarkan kepada informal dan mikro yang premis mereka terjejas dengan banjir dan terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira kaum. Ia adalah bagi meringankan beban usahawan informal dan mikro ketika ini yang terjejas akibat bencana banjir.
Diharapkan agar sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban usahawan-usahawan banjir yang terjejas, lebih-lebih lagi kita semua akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
#TemanNiagaAnda #MyTEKUN #KUSKOPPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia #KUSKOP
Majlis Penyerahan Geran BBKM Kota Marudu, Sabah.
Rangkuman video di sekitar Majlis Penyerahan Cek Geran Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia & Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) yang berlangsung pada 1 April 2022 bertempat di Dewan Komuniti Daerah Kota Marudu, Sabah.
Majlis disempurnakan oleh YBrs Encik Sufian Bin Abdul Karim, Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional. Turut hadir, Dato Adam Abd Ghani, pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama Pihak Pengurusan Tertinggi.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAida #KUSKOPPrihatin #KeluargaMalaysia
Program Usahawan & Koperasi keluarga Malaysia (PUKKM) Jelebu
Rangkuman video di sekitar Program Usahawan & Koperasi keluarga Malaysia (PUKKM) yang berlangsung di Dewan Pusat Khidmat Jelebu, Simpang Pertang, Negeri Sembilan pada 28 Mac 2022.
Perasmian Program ini disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Merangkap Ahli Parlimen Jelebu turut hadir mengiringi YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar.
Dalam majlis yang sama, YBM KUSKOP bersama YBTM KWP telah menyampaikan Mock cheque dana-dana yang telah diluluskan di bawah agensi KUSKOP & Geran BBKM kepada Usahawan yang terjejas akibat banjir.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #KUSKOPPrihatin #KeluargaMalaysia
Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia, Temerloh Pahang
Rangkuman video di sekitar Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh Pahang yang berlangsung pada 22 Mac 2022.
Sempena majlis ini, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri KUSKOP telah menyerahkan Geran Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia kepada Usahawan sekitar Temerloh yang terjejas akibat banjir.
Setiap peniaga informal dan mikro yang premis perniagaan mereka terjejas dengan banjir akan diberikan sebanyak RM3,000. Geran BBKM ini diberikan secara one-off dan tidak perlu dibayar balik.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #KUSKOPprihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia
Majlis Pertukaran MOU TEKUN Nasional & Universiti Kebangsaan Malaysia
Rangkuman video di sekitar Majlis Pertukaran MOU TEKUN Nasional & Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung pada 17 Mac 2022 bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional.
TEKUN Nasional menjalinkan kerjasama strategik dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam melaksanakan Program Sijil Profesional Pengurusan Kewangan bagi warga kerja TEKUN Nasional.
Sesi penyerahan surat tawaran belajar kepada warga kerja turut berlangsung selepas sesi pertukaran MOU selesai.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Majlis Penyerahan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM)
Rangkuman video di sekitar Majlis Penyerahan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) yang berlangsung pada 2 Mac 2022 bertempat di Shah Alam, Selangor.
YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri MEDAC telah menyerahkan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) kepada kumpulan pertama penerima Geran BBKM kepada seramai 328 orang usahawan informal dan mikro Parlimen Shah Alam, Kota Raja, Puchong dan Klang.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia
Majlis Pelancaran Kempen Mencarum PERKESO Usahawan TEKUN Nasional
Rangkuman video di sekitar Majlis Pelancaran Kempen Mencarum PERKESO Usahawan TEKUN Nasional bertempat di Hotel Renaissance, Johor Bahru pada hari ini.
Kempen ini merupakan hasil kerjasama Kementerian Sumber Manusia menerusi PERKESO dan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MEDAC) menerusi TEKUN Nasional.
Majlis Pelancaran disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri MEDAC dan disaksikan oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia.
#TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangsaUsahawan #PERKESO #KeluargaMalaysia
Walkabout YB Menteri MEDAC menyantuni usahawan TEKUN di kawasan Iskandar Puteri dan Pulai, Johor
Rangkuman video Walkabout YB Menteri MEDAC Tan Sri Noh Omar meninjau dan turun padang menyantuni usahawan TEKUN Nasional di kawasan Iskandar Puteri dan Pulai, Johor pada 19 Februari 2022.
Turut Bersama adalah TKSU (Pembangunan Usahawan) MEDAC YBhg Datuk Zamri Salleh dan Pengarah Urusan & CEO TEKUN Nasional Dato Adam Abdul Ghani.
Cek pembiayaan SPIM TEKUN Nasional turut disampaikan Tan Sri Noh Omar kepada para usahawan TEKUN cawangan Iskandar Puteri & Johor Bahru semasa sesi walkabout.
#TemanNiagaAnda #KeluargaMalaysia #BangsaUsahawan #MEDACprihatin #KeluargaUsahawan #MyTEKUN
Program Usahawan & Koperasi Keluarga Malaysia
Rangkuman video di sekitar Program Usahawan & Koperasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di Dewan Serbaguna MBIP, Taman Nusantara, Gelang Patah Johor pada hari ini.
Perasmian Program ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia diiringi YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri MEDAC.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia
Majlis Perasmian Ar Rahnu TEKUN Cawangan Kuching, Sarawak
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Ar Rahnu TEKUN cawangan Kuching, Sarawak pada 28 Januari 2022.
Perasmian disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #ArrahnuTEKUN #Emastukartunai #MEDACPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia
Kunjungan Hormat TEKUN Nasional ke Pejabat Menteri Besar Kedah
Rangkuman video Kunjungan Hormat Ahli Lembaga Amanah & Pengurusan TEKUN Nasional ke Pejabat Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.
Seterusnya mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat EXCO Pembangunan Usahawan & Koperasi YB Encik Mohd Firdaus bin Ahmad di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada 26 Januari 2022.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangkitUsahawan #KeluargaMalaysia
Majlis perjumpaan bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Kedah
Majlis Perjumpaan Pengerusi TEKUN Nasional, YB Ustaz Shaharizukarnain Abd Kadir bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Kedah.
Majlis diadakan di Dewan Royal Signature Hotel, Alor Setar. Turut hadir bersama, Ahli Lembaga Amanah dan Pihak Pengurusan Tertinggi TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangkitUsahawan #KeluargaMalaysia
Perasmian Pejabat TEKUN Nasional negeri Kedah
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Pejabat TEKUN negeri Kedah pada pagi ini di Shahab Perdana, Alor Setar pada 26 Januari 2022.
Perasmian disempurnakan oleh YB Ustaz Shaharizukarnain Abd Kadir, Pengerusi TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #KeluargaMalaysia #BangkitUsahawan
Walkabout ke premis usahawan TEKUN Nasional Jerantut, Pahang
Rangkuman video sekitar walkabout Ahli Lembaga Amanah bersama Pihak Pengurusan Tertinggi TEKUN Nasional ke premis usahawan di Jerantut, Pahang pada 14 januari yang lalu.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia
Menyantuni keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohd Shaharir bin Wan Abd Jalil.
YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, CEO TEKUN Nasional bersama Pihak Pengurusan menziarahi keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohd Shaharir bin Wan Abd Jalil, Mantan Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional di Jerantut, Pahang sebentar tadi.
Turut hadir, YBhg Datuk Haji Pirdaus Haji Ismail, Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional mengetuai bacaan tahlil dan doa selamat di perkarangan rumah keluarga Allahyarham.
Seluruh Warga Kerja TEKUN Nasional mengucapkan Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Al Fatihah. #MyTEKUN #SalamTakziah #Alfatihah
Walkabout YB Menteri MEDAC Tan Sri Noh Omar turun padang menyantuni usahawan TEKUN
Walkabout YB Menteri MEDAC Tan Sri Noh Omar meninjau dan turun padang menyantuni usahawan-usahawan yang terjejas dengan bencana banjir di sekitar Parlimen Kota Raja dan Parlimen Shah Alam pada 16 Januari 2022.
Turut Bersama adalah TKSU (Pembangunan Usahawan) MEDAC YBhg Datuk Zamri Salleh dan Pengarah Urusan & CEO TEKUN Nasional Dato Adam Abdul Ghani.
#TemanNiagaAnda #KeluargaMalaysia #BangsaUsahawan #MEDACprihatin #KeluargaUsahawan #MyTEKUN
Menyantuni keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohd Shaharir bin Wan Abd Jalil.
YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, CEO TEKUN Nasional bersama Pihak Pengurusan menziarahi keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohd Shaharir bin Wan Abd Jalil, Mantan Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional di Jerantut, Pahang sebentar tadi.
Turut hadir, YBhg Datuk Haji Pirdaus Haji Ismail, Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional mengetuai bacaan tahlil dan doa selamat di perkarangan rumah keluarga Allahyarham.
Seluruh Warga Kerja TEKUN Nasional mengucapkan Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Al Fatihah.
#MyTEKUN #SalamTakziah #Alfatihah
Misi Bantuan Pasca Banjir TEKUN Nasional 2021
TEKUN Nasional menggerakkan 30 orang Sukarelawan Skuad Jalinan Kasih KESURA TEKUN menyampaikan sumbangan dan bantuan tenaga kerja kepada Warga Kerja TEKUN Nasional yang terkesan akibat banjir di sekitar Selangor.
YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, CEO TEKUN Nasional bersama Pihak Pengurusan TEKUN turut hadir menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir TEKUN Nasional 2021 bersama para sukarelawan. Terima kasih semua ! ❤️
#TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #KeluargaMalaysia #PascaBanjir
Karnival Usahawan & Koperasi Paya Besar, Pahang
Rangkuman video di sepanjang berlangsungnya Karnival Keluarga Usahawan Dan Koperasi yang telah diadakan selama 2 hari, pada 27 dan 28 November 2021 di Dewan Besar, Paya Besar.
Bersempena karnival ini, turut diadakan Majlis Perasmian Pejabat TEKUN Nasional Cawangan Paya Besar & Majlis Perasmian Dataran Paya Besar dan Laman 84.
#TemanNiagaAnda
#KeluargaMalaysia
#BangsaUsahawan
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang TEKUN Nasional 2021
Rangkuman video di sekitar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang TEKUN Nasional 2021. Majlis ini diadakan di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur pada 25 november 2021.
Anugerah khidmat cemerlang merupakan majlis penghargaan kepada warga kerja TEKUN Nasional bagi menghargai warga kerja yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang cemerlang.
Semoga penghargaan yang diberikan dapat menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja TEKUN Nasional untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
#TemanNiagaAnda #KeluargaMalaysia #BangsaUsahawan #MEDACprihatin #KeluargaUsahawan #MyTEKUN
Majlis Perasmian Karnival Keluarga Usahawan dan Koperasi 2021.
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Karnival Keluarga Usahawan dan Koperasi 2021.
Karnival ini dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
#TemanNiagaAnda #KeluargaMalaysia #BangsaUsahawan #BekerjaBersamaRakyat #TransKoM2025 #DKN2030
Sesi temubual bersama YBTM MEDAC
Pendapat YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi tentang tawaran pembiayaan yang telah diberikan oleh TEKUN Nasional terutamanya pada masa kini dikala pandemik.
YBTM juga turut berkongsi pendapat berkenaan penganjuran kursus keusahawanan kepada para usahawan khususnya usahawan TEKUN Nasional
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan (SAK) Negeri Melaka
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan (SAK) Negeri Melaka bertempat di A’famosa Resort, Alor Gajah pada 5 April 2021 yang dihadiri oleh 200 orang usahawan dari sekitar Negeri Melaka.
Perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi.
Seminar ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para usahawan TEKUN tentang strategi & teknik pemasaran berkesan serta pengurusan kewangan perniagaan yang cekap.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan (SAK) TEKUN Nasional Negeri Terengganu
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan (SAK) TEKUN Nasional Negeri Terengganu yang berlangsung di Sutra Beach Resort, Setiu pada 27 Mac 2021.
Seminar ini dirasmikan oleh YB Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir Pengerusi TEKUN Nasional dan dihadiri oleh 80 orang Usahawan Negeri Terengganu.
YB Ustaz juga turut menyampaikan ‘mock cheque’ kepada 10 orang usahawan Skim Pembiayaan Informal (SPIN), TEKUN Niaga & Skim Orang Kurang Upaya.
Turut hadir, Dato Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama Timbalan.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda
Majlis Penyampaian Surat Tawaran & Perjanjian Penyewaan kepada Usahawan Platinum Mall
Rangkuman video di Majlis Penyampaian Surat Tawaran & Perjanjian Penyewaan kepada Usahawan Platinum Mall, Kota Bharu pada 1 Mac 2021.
Surat tawaran ini disampaikan oleh YB Ustaz Shahrizukirnain Abd Kadir, Pengerusi TEKUN Nasional.
Turut hadir, Dato Adam Abd Ghani, CEO TEKUN Nasional bersama Pihak Pengurusan Tertinggi TEKUN.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Majlis Perasmian TEKUN Mart Alor Gajah
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Pembukaan TEKUN Mart cawangan Alor Gajah, Melaka yang dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi pada 25 Februari 2021.
Beliau juga turut sudi menyerahkan Surat Tawaran “Dealer Owned Dealer Operated” dan mock cek kepada 10 orang Usahawan TEKUN Nasional negeri Melaka di majlis perasmian ini.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Informal (SPIN)
Rangkuman video di sekitar Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Informal (SPIN) oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi @ MEDAC, Putrajaya.
Sektor informal merupakan pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Segala permohonan perlu dilakukan di pejabat cawangan berhampiran.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda
Flag-Off TEKUN Mobileprenuer Negeri Sabah & Pertukaran MOU
Saksikan rangkuman video di sekitar Flag-Off TEKUN Mobileprenuer Negeri Sabah yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri MEDAC bertempat di Perkarangan Hotel RAIA, Kota Kinabalu pada 22 September 2020.
Seramai hampir 40 orang rider e-hailing di kawasan sekitar Kota Kinabalu hadir bagi sesi pelepasan tersebut. YBM MEDAC amat berpuas hati di atas sambutan pembiayaan Program TEKUN Mobileprenuer di seluruh negara.
Selepas itu, Yang Berhormat Menteri turut menyaksikan pertukaran MOU antara TEKUN dan Raffcomm Technologies Sdn Bhd. Melalui kerjasama ini usahawan boleh mendapatkan dokumen SSM melalui link TEKUN e-Dokumen yg disahkan Digitally Certified True Copy ( DCTC ) dengan diskaun 5%.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Lawatan KSU MEDAC ke Premis Usahawan TEKUN Nasional negeri Sabah
Rangkuman video di sekitar lawatan YBhg Dato’ Sri Haji Mohammad Bin Mentek Ketua Setiausaha MEDAC ke premis ushawanita TEKUN Nasional, Bejewelled yang terletak di Riverson Mall Kota Kinabalu Sabah pada 20 September 2020.
Puan Michelle mengusahakan perusahaan pembuatan kristal dan perhiasan wanita khususnya. Beliau telah mula berniaga pada tahun 2003 sejak 17 tahun yang lalu. Beliau juga mempromosikan produk beliau di atas talian.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Program Jalinan Kasih Merdeka TEKUN Nasional
Rangkuman video di sekitar Program Jalinan Kasih Merdeka TEKUN Nasional 2020 – Ibu Pejabat dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dilancarkan oleh YBhg. Dato Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional pada 9 september 2020.
Program yang dianjurkan secara serentak seluruh negara ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat “Malaysia Prihatin” di kalangan warga kerja TEKUN Nasional khususnya.
#MyTEKUN #KesuraTEKUN
Majlis Ramah Mesra TEKUN Bersama Usahawan
Rangkuman video di sekitar dua Majlis Ramah Mesra TEKUN Bersama Usahawan yang berlangsung bertempat di Dewan Sivik Cabang 3 Pok Wong & Dewan Sivik Chalok Kedai, Setiu , Terengganu pada 22 Ogos 2020.
Majlis Ramah Mesra ini dirasmikan oleh YB Ustaz Shahrizukirnain Abd Kadir, Pengerusi TEKUN Nasional. Turut hadir bersama, Dato Adam Abd Ghani, CEO TEKUN Nasional bersama Pihak Pengurusan Tertinggi TEKUN.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Walkabout Perdana Menteri di B5 Street Market, Johor Bahru
Rangkuman video sekitar Program Walkabout sempena lawatan YAB Perdana Menteri ke Negeri Johor bertempat di B5 Street Market, Johor Bahru pada 15 Ogos 2020.
Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan cek Pembiayaan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS) kepada 11 orang usahawan di program ini.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Majlis Penyerahan Surat Lantikan Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional
Rangkuman video di sekitar Majlis Penyerahan Surat Lantikan kepada Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional oleh YB Dato Seri Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi.
Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Lembaga Amanah dan semoga pelantikan ini dapat meningkatkan komitmen dalam melaksanakan tugas di TEKUN Nasional.
#TemanNiagaAnda
Lawatan Kerja Menteri Kewangan ke TEKUN Nasional
Rangkuman video di sekitar Lawatan kerja YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan ke Ibu Pejabat TEKUN Nasional
Taklimat rasmi dan penyampaian ‘mock cheque’ kepada penerima Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) kepada perniagaan yang terkesan COVID-19 telah berlangsung semasa sesi lawatan ini.
Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi dan YBhg Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek, KSU MEDAC.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Majlis Pelancaran TEKUN Mobilepreneur
Rangkuman video di sekitar Majlis Pelancaran TEKUN Mobilepreneur yang dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 7 Julai 2020 bertempat di Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur.
Program ini merupakan inisiatif dalam membantu golongan yang hilang pekerjaan akibat kesan Covid-19 untuk menjadi ‘gig worker / rider’ bagi syarikat penghantaran makanan, barangan serta keperluan harian seperti Grabfood, Foodpanda, Bungkusit, MrSpeedy dan banyak lagi.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Mobilepreneur
Lawatan YBTM MEDAC ke Premis Usahawan TEKUN Nasional
Saksikan rangkuman video di sekitar Program lawatan YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri MEDAC ke premis usahawan TEKUN Nasional di sekitar Parlimen Jasin dan Bukit Katil, Melaka pada 17 Jun 2020.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Apa kata Usahawan ?
Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta kepada TEKUN Nasional di bawah pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat bagi meringankan beban peniaga kecil dan sederhana.
Menyokong inisiatif dan keprihatinan kerajaan dalam menyediakan pakej rangsangan ekonomi ini,TEKUN Nasional telah melaksanakan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro.
Berikut merupakan Maklumbalas peniaga-peniaga kecil terhadap pelaksanaan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #KitaJagaKita
Jom Jejak Usahawan TEKUN Nasional Mersing, Johor
Pada 14 Mac 2020 yang lalu, iaitu sebelum perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan, telah berlangsungnya program Jom Jejak Usahawan TEKUN Nasional negeri Johor yang berlangsung di sekitar kawasan Mersing.
Selain dapat berjumpa,mendengar dan merasai sendiri pahit manis perniagaan yang dijalankan, program seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Pihak TEKUN Nasional dengan para usahawan.
Terima kasih usahawan-usahawan Mersing. Semoga kita berjumpa lagi !!
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #JomJejakUsahawanTEKUN #Johor