Jelita Ostrich Farm, Usahawan TEKUN Nasional Negeri Sembilan

Kali ini TEKUN TV membawa anda ke Seremban, Negeri Sembilan.Saksikan kisah usahawan TEKUN Nasional yang mengusahakan ternakan burung unta yang bertemakan agrotourism.

Jelita ostrich farm yang seluas 4.2 hektar merupakan sebuah pusat penternakan burung unta dan agrotourism burung unta yang pertama di Malaysia yang telah diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records. (Klik HD)

Ikan Bakar Parameswara, Usahawan TEKUN Nasional

Masih di negeri Melaka, usahawan TEKUN Nasional seterusnya yang menjadi destinasi team TEKUN TV ialah Ikan Bakar Parameswara, Umbai, yang menjadi salah satu tarikan utama orang yang ke negeri Melaka.

Team TEKUN TV bersama pegawai Pejabat TEKUN Negeri Melaka berkesempatan melawat dan menemubual En Rahmat Jaafar, pengurus Ikan Bakar Parameswara. Saksikan video temuramah bersama beliau. (Klik HD)

Hanuris Enterprise, Usahawan TEKUN Nasional Negeri Melaka

Seperti biasa,TEKUN TV akan menayangkan kepada anda video-video Usahawan TEKUN Nasional dari seluruh pelusuk negara. Kali ini, Negeri Melaka menjadi destinasi pilihan Team TEKUN TV.

Team TEKUN TV bersama pegawai Pejabat TEKUN Negeri Melaka berkesempatan melawat dan menemubual seorang usahawan TEKUN Nasional yang mengusahakan belacan dan cencaluk mama halal di bawah label Hanuris Enterprise untuk dijual secara komersial. Saksikan video temuramah bersama beliau. (Klik HD)

Gelombang Tani Nasional 2017

Saksikan ‘highlights’ video sekitar Program Gelombang Tani Nasional 2017 yang berlangsung semalam bertempat di hadapan Pusat Latihan Pertanian Degong, Perak. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari orang ramai di mana kawasan tapak program tersebut dipenuhi orang ramai sejak awal pagi.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas beliau menyampaikan ucapannya. Jangan lupa klik HD ya untuk paparan yang lebih jelas.
Terima kasih orang Perak !!!

‘highlights’ video majlis Pra Pelancaran Ar Rahnu TEKUN cawangan Sentul

Selepas Shah Alam, Wangsa Maju dan Semenyih, kini Ar Rahnu TEKUN mula beroperasi di Sentul, Kuala Lumpur. Cawangan yang keempat ini dilancarkan oleh YBhg Pengarah Urusan, Datuk Baharom Embi semalam.
Saksikan ‘highlights’ video majlis Pra Pelancaran Ar Rahnu TEKUN cawangan Sentul, Kuala Lumpur. Untuk paparan lebih jelas, jangan lupa lik HD ya.