Media@TEKUN
Majlis Hari Raya Aidilfitri TEKUN Nasional 2023
Rangkuman video di sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri TEKUN Nasional 2023 yang berlangsung pada 8 Mei 2023 bertempat di Hotel Tenera, Bangi.
YB Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick bersama timbalannya, YB Senator Puan Saraswhaty Kandasami berkesempatan menyantuni anak-anak yatim & asnaf yang diraikan dari Pusat Jagaan Kasih Murni.
Ramai rakan-rakan jabatan dan agensi di bawah KUSKOP juga turut hadir di majlis kami selain usahawan-usahawan TEKUN dan sebagainya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin !
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda
TEKUN Get- Together 360
Rangkuman video di sekitar Majlis TEKUN Get- Together 360 yang berlangsung pada hari ini bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.
TEKUN Get- Together 360 merupakan satu majlis perjumpaan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama Warga Kerja Ibu Pejabat.
Dalam majlis yang sama, turut diadakan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang TEKUN Virtual Ride, sesi pelancaran SUKTEN 2023 dan majlis sambutan hari lahir untuk warga kerja yang menyambut hari lahir pada bulan Januari, Februari & Mac 2023.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Youth Empowerment Fair 2023
YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi hadir ke Program Youth Empowerment Fair 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 19 Mac 2023.
Beliau kemudiannya menghadiri program Temu Anwar yang berlangsung di tempat yang sama. Turut hadir, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama ketua-ketua Agensi di bawah KUSKOP.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani
Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Usahawan Tamu
Rangkuman video di sekitar Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Usahawan Tamu & Taklimat Pembiayaan Produk Pelancongan yang baru sahaja berlangsung pada 18 Mac bertempat di Kadamaian Square, Kota Belud, Sabah.
Pelancaran disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT) ini adalah pembiayaan mikro berkumpulan bagi usahawan pasar tamu untuk meningkatkan pendapatan golongan B40 khususnya di Sabah dan Sarawak.
Dalam majlis yang sama, YB Datuk Ewon Benedick turut menyampaikan cek pembiayaan SPUT kepada 25 orang usahawan sekitar Kota Belud. Turut hadir, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia 2023 (TEKUN Nasional)
Wanita, Anugerah Terindah Tuhan, Tegas Dalam Kelembutan, Bijak Dalam Keayuan, Tangkas Dalam Pekerjaan, Selamat Hari Wanita, Sesungguhnya Dirimu Amatlah Berharga!
Hari Wanita Sedunia diraikan pada tanggal 8 Mac setiap tahun. TEKUN Nasional juga tidak terkecuali meraikan hari wanita sedunia. Melalui Puspanita TEKUN Nasional, satu majlis sambutan kecil telah diadakan di Ibu Pejabat bagi menghargai warga kerja wanita.
Saksikan rangkuman video di sekitar Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia PUSPANITA cawangan Kecil TEKUN Nasional yang berlangsung pada hari ini bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.
YBhg Datin Connie Parantis, Penaung PUSPANITA Cawangan KUSKOP hadir meraikan sambutan bersama ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil TEKUN Nasional dan warga kerja wanita Ibu Pejabat. Turut hadir, YBrs Puan Nora Bt Mat Ail, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KUSKOP.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #PUSPANITA
Majlis Penyampaian Bantuan Asnafpreneur TEKUN Nasional – SSM
Rangkuman video di sekitar Majlis Penyampaian Bantuan Asnafpreneur TEKUN Nasional – SSM yang berlangsung pada 28 Februari 2023 bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.
Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk menyuntik modal tambahan kepada para usahawan asnaf disamping membantu meningkatkan motivasi untuk terus menjalankan perniagaan.
Bantuan disampaikan oleh YBhg Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diiringi YBhg Dato’ Adam Abdul Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
Seramai 22 orang usahawan TEKUN dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka menerima cek pada hari ini dan selebihnya akan menerima bantuan melalui pejabat TEKUN Negeri masing-masing.
Sebelum majlis penyampaian bermula, YBhg Datuk Nor Hazimah Abdul Aziz diiringi YBhg Dato, Adam Abdul Ghani bersama pihak pengurusan berkesempatan melawat galeri TEKUN Nasional & TEKUN mart bertempat di lobi utama Ibu Pejabat TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #SSM
Majlis Penganugerahan Sijil Profesional Pengurusan Kewangan
Rangkuman video di sepanjang Majlis Penganugerahan Sijil Profesional Pengurusan Kewangan bertempat di Akademia Siber Teknopolis, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 27 Februari 2023.
Sijil Anugerah telah disampaikan oleh YBhg Datuk Hj Zamri bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional diiringi YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
TEKUN Nasional telah berkolaborasi dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melibatkan warga kerja mengikuti Kursus Eksekutif Diploma Pengurusan Kewangan. Kursus ini telah bermula pada april hingga disember 2022.
Seramai 40 orang warga kerja TEKUN yang terdiri daripada warga kerja Ibu Pejabat dan Cawangan telah mengikuti kursus ini dengan jayanya.
Semoga warga kerja yang telah mengikuti kursus ini akan memanfaatkan ilmu yang diperolehi dalam melaksanakan tugasan masing-masing kelak.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda
Penyerahan Geran Bantuan Banjir kepada Usahawan Penampang, Sabah.
Rangkuman video di sekitar lawatan Pihak Pengurusan TEKUN Nasional ke premis usahawan yang dilanda musibah banjir di Penampang, Sabah.
Perniagaan kedai runcit yang diusahakan beliau telah terjejas dan mengalami kerugian harta benda serta kerosakan barang jualan.
Atas dasar prihatin pada situasi tersebut geran bantuan banjir berjumlah RM3,000 telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Carl Moosom, Setiausaha Politik kepada YB Datuk Ewon Benedict, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #KUSKOP #Usahawan #MalaysiaMadani #BekerjaBersamaRakyat
Program Kebolehpasaran PROTÉGÉ KUSKOP 2023
Rangkuman video di sekitar Program Kebolehpasaran PROTÉGÉ KUSKOP 2023 yang berlangsung pada 31 Januari 2023 bertempat di SICC, Kota Kinabalu, Sabah. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi.
YB Datuk Ewon juga turut menyempurnakan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada 20 usahawan graduan di negeri Sabah yang telah menyertai Program New Gen Entrepreneur Online Bootcamp (N-GENE) pada tahun 2022. Seramai lebih 600 graduan, mahasiswa daripada Institusi Pendidikan Awam dan Swasta dan usahawan graduan di sekitar Sabah turut hadir ke program tersebut.
Turut hadir bersama di majlis perasmian tersebut adalah Menteri Belia & Sukan Sabah, YB Ellron Alfred Angin, Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah YB Tuan Phoong Jin Zhe, Timbalan Menteri KUSKOP YB Senator Puan Saraswathy Kandasamy, KSU KUSKOP YBhg. Dato’ Sri Suriani Ahmad dan CEO TEKUN Nasional YBhg. Dato’ Adam Abdul Ghani.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani #BekerjaBersamaRakyat #KUSKOP #Usahawan #sabahmajujaya
Sesi Libat Urus YB Menteri KUSKOP bersama Persatuan & Koperasi peringkat negeri Sabah.
Pada 30 Januari 2023, telah berlangsungnya Sesi Libat Urus YB Menteri Pambangunan Usahawan Dan Koperasi bersama Persatuan & Koperasi peringkat negeri Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu.
Sesi libat urus ini diadakan bertujuan untuk menyediakan platform kepada persatuan perniagaan/usahawan dan koperasi untuk memberi pandangan, input dan maklum balas bagi menyalurkan hasrat golongan persatuan dan koperasi kepada kerajaan persekutuan dan negeri.
Sesi yang dilangsungkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah ini melibatkan perbincangan mengikut kluster yang dianggotai oleh ketua kluster (wakil KUSKOP & Agensi), Ahli kluster (wakil Agensi kerajaan persekutuan dan negeri) bersama peserta dari Persatuan dan Koperasi negeri Sabah.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Majlis Perasmian Pejabat TEKUN Nasional Cawangan Pensiangan, Sabah
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Pejabat TEKUN Nasional Cawangan Pensiangan, Sabah yang berlangsung pada 27 Januari 2023..
Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi. Dalam majlis yang sama, YB Datuk Ewon Benedick telah menyerahkan mock cheque dan juga cek kepada 20 orang usahawan TEKUN Nasional cawangan Pensiangan.
Turut hadir, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi merangkap Ahli Parlimen Pensiangan, YBhg Datuk Haji Zamri Salleh, TKSU KUSKOP dan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama wakil-wakil rakyat & Agensi di bawah KUSKOP.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Program Kesepaduan Komuniti Usahawan Dan Koperasi Parlimen Penampang
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Program Kesepaduan Komuniti Usahawan Dan Koperasi Parlimen Penampang yang berlangsung pada 24 Disember 2022 bertempat di Dewan Kebudayaan Penampang, Sabah.
Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Dalam majlis yang sama, YB Menteri KUSKOP telah menyerahkan Mock Cheque dan juga cek yang telah diluluskan oleh Agensi-agensi di bawah KUSKOP kepada para usahawan.
Program ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 24 & 25 Disember 2022. Antara aktiviti menarik yang disediakan untuk pengunjung di sini adalah sesi pocket talk bersama Agensi-agensi, Pameran Booth KUSKOP dan Agensi, jualan usahawan & jualan harga patut.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Kunjungan Hormat YBM & YBTM KUSKOP ke TEKUN Nasional
Rangkuman video di sekitar Kunjungan Hormat YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi & YB Senator Puan Saraswati Kandasami, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur pada hari ini.
Ini merupakan lawatan sulung YBM dan YBTM KUSKOP ke TEKUN Nasional selepas dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan mengenai peranan, produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh TEKUN Nasional.
Ketibaan disambut oleh YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama-sama Pihak Pengurusan Tertinggi. Turut hadir, YBhg Dato’ Sri Suriani Binti Dato’ Ahmad, KSU KUSKOP dan YBhg Datuk Haji Zamri Bin Salleh, Timbalan KSU KUSKOP.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Majlis TEKUN Get- Together 360.
Rangkuman video di sekitar Majlis TEKUN Get- Together 360 yang berlangsung pada hari ini bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.
TEKUN Get- Together 360 merupakan satu majlis perjumpaan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama Warga Kerja Ibu Pejabat.
Dalam majlis yang sama, turut diadakan sesi penyampaian Anugerah Khas TEKUN Nasional, sesi pengenalan warga kerja baru dan majlis sambutan hari lahir untuk warga kerja yang menyambut hari lahir pada bulan November & Disember 2022.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Majlis Penyampaian Skim Pembiayaan TEKUN Nasional Parlimen Hulu Langat
Rangkuman video di sekitar Majlis Penyampaian Skim Pembiayaan TEKUN Nasional Parlimen Hulu Langat yang berlangsung pada hari ini bertempat di Demi Chinta Event Hall, Semenyih.
Perasmian majlis ini disempurnakan oleh YBhg Datuk Wira Haji Johan bin Abdul Aziz, Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen (MPUKP) Hulu Langat. Turut hadir, YBhg Dato’ Adam bin Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
Dalam majlis ini, YBhg Datuk Wira Haji Johan bin Abdul Aziz bersama-sama Dato’ Adam Abd Ghani telah menyerahkan ‘Mock Cheque’ dan cek yang telah diluluskan kepada 300 orang Usahawan TEKUN Nasional parlimen Hulu Langat.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Majlis Perasmian Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia (KUKKM)
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia (KUKKM) negeri Selangor yang berlangsung pada 29 Oktober 2022 bertempat di Padang Astaka, Tanjong Karang.
Perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Dalam majlis yang sama, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar turut menyerahkan ‘mock cheque’ dan cek yang telah diluluskan oleh Agensi-agensi di bawah KUSKOP.
Turut hadir, YBhg Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad, KSU KUSKOP, YBhg Datuk Haji Zamri Salleh TKSU KUSKOP dan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama Ketua-ketua Agensi di bawah KUSKOP.
Booth Pameran Perkhidmatan Agensi, Gerai jualan usahawan, food truck, jualan murah keluarga Malaysia & sesi perkongsian usahawan merupakan pengisian menarik yang dibawakan khas ke sini.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #KUSKOPPrihatin #KeluargaMalaysia
Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan Parlimen Shah Alam, Kapar, Klang & Kota Raja
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan TEKUN Nasional Parlimen Shah Alam, Kota Raja, Klang dan Kapar yang berlangsung pada 23 Oktober 2022 bertempat di Acappella Suites Hotel, Shah Alam.
Perasmian disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi. Pada majlis yang sama, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar turut menyampaikan cek pembiayaan TEKUN Nasional yang telah diluluskan kepada usahawan.
Turut hadir, YBhg Datuk Azhari bin Dato’ Shaari, Pengerusi MPUKP Parlimen Shah Alam dan YBhg Dato’ Adam bin Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama Pihak Pengurusan.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #KUSKOPPrihatin #KeluargaMalaysia
Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan TEKUN Nasional Sepang, Selangor
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan TEKUN Nasional Sepang, Selangor yang berlangsung pada 22 Oktober 2022 bertempat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang.
Perasmian Seminar Asas Keusahawanan yang dihadiri seramai 100 orang usahawan ini disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Noorazli bin Said, Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MPUKP) Parlimen Sepang.
Turut hadir, YBhg Dato’ Adam bin Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama Timbalan.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Taklimat Pencegahan Kebakaran & Demonstrasi Memadam Api
Rangkuman video di sekitar Taklimat Pencegahan Kebakaran & Demonstrasi Memadam Api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berlangsung hari ini bertempat di Auditorium TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.
Sesi taklimat disampaikan oleh PKPgB Tuan Mohd Firdaus bin Dzulkifli, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi. Warga kerja yang terlibat juga diberi pendedahan tentang cara pemadaman api di ruang legar Ibu Pejabat TEKUN Nasional sejurus selepas sesi taklimat.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda
Jelajah Usahawan & Koperasi KUSKOP di Kuala Selangor
Rangkuman video di sekitar Program Jelajah Usahawan & Koperasi KUSKOP di Perkarangan Terminal Bas Kuala Selangor pada 17 September 2022.
Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.
Beliau bersama YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi telah menyampaikan cek kepada usahawan TEKUN Nasional, AIM, SME Corp, Bank Rakyat & SKM.
Turut hadir, YBhg Dato’ Adam bin Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama ketua-ketua agensi di bawah KUSKOP.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #KUSKOPPrihatin #KeluargaMalaysia
Program Jalinan Kasih TEKUN Nasional Tanjung Karang, Selangor
Tn Haji Mohamad Khir bin Haji Ramli, Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional bersama CEO TEKUN Nasional YBhg. Dato’ Adam Abdul Ghani bersama barisan pengurusan tertinggi TEKUN Nasional berkesempatan menziarahi keluarga warga kerja yang mengalami masalah kesihatan dan uzur di sekitar Tanjung Karang, Selangor.
Program CSR seumpama ini memberi peluang kepada TEKUN Nasional untuk berbakti kepada warga kerjanya disamping menguatkan lagi ukhwah dan talian siraturrahim sesama warga kerja TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #CSR #KeluargaMalaysia #KUSKOP #KESURA
Sukan Amanah Ikhtiar (SUKAIM 2022)
Rangkuman video di sekitar Kejohanan Sukan AIM 2022 #SUKAIM22 yang telah berlangsung di Kompleks sukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, Selangor. SUKAIM adalah kejohanan sukan dalaman warga kerja Amanah Ikhtiar Malaysia antara wilayah mereka.
Walaubagaimanapun 10 agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dijemput untuk menyertai SUKAIM untuk memeriahkan kejohanan disamping mengeratkan ikatan ukhwah dikalangan agensi di bawah KUSKOP.
TEKUN Nasional telah menyertai acara perbarisan, badminton, bola sepak dan bola jaring. Acara perbarisan TEKUN Nasional telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Roshaimi Harun dengan kekuatan atlet seramai 48 orang.
Alhamdulillah pencapaian TEKUN Nasional kali ini boleh dibanggakan dengan membawa pulang satu piala kejohanan apabila skuad bola jarring bergelar juara. Skuad bola sepak dan badminton lelaki juga Berjaya mendapatkan tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang bertanding, para jurulatih, AJK Kesura Tekun dan mereka semua yang terlibat.
#TemanNiagaAnda #MyTEKUN #KeluargaMalaysia #KeluargaKUSKOP #BangsaUsahawan #SUKAIM22 #SUKAIM
Program ziarah Pengurusan Tertinggi TEKUN Nasional & KESURA ke Taiping
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Adam bin Abd Ghani bersama Pengurusan Tertinggi TEKUN Nasional dan KESURA TEKUN berkesempatan menziarahi keluarga En Saarizan Shafie, warga kerja yang ditimpa musibah kebakaran baru-baru ini di Padang Gajah, Trong Perak.
YBhg Dato’ Adam bin Abd Ghani bersama Pengurusan Tertinggi juga telah menyerahkan sumbangan kutipan tabung jalinan kasih yang dilancarkan untuk membantu En Saarizan dan keluarga. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan beban warga kerja yang terlibat.
Kami dari Keluarga TEKUN Nasional mendoakan agar En Saarizan tabah menghadapi ujian dan dugaan ini.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Kesura #CSR
Majlis Penyerahan Geran BBKM Baling, Kedah
Rangkuman video di sekitar Majlis Penyerahan Geran Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia yang berlangsung pada 14 julai 2022 bertempat di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak Baling, Kedah.
Prihatin dengan kesulitan yang dihadapi usahawan ekoran bencana banjir, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi turun padang menyerahkan geran bantuan kepada 232 orang usahawan informal dan mikro Parlimen Baling.
Geran ini disasarkan kepada peniaga yang premis mereka terjejas akibat banjir bagi membantu meringankan beban usahawan informal dan mikro yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.
YB Tan Sri Noh diiringi YB Datuk Seri Abdul Azeez, Ahli Parlimen Baling bersama ketua Agensi di bawah KUSKOP juga meluangkan masa meninjau dan melihat sendiri situasi di Kampung Iboi, kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #KUSKOPPrihatin #KeluargaMalaysia
Program Tautan Kasih TEKUN Nasional
Rangkuman video di sekitar Program Tautan Kasih TEKUN Nasional dengan kerjasama KESURA & Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) KUSKOP. Program ini merupakan program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama golongan gelandangan bertempat di Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur pada 6 Julai 2022.
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Dato’ Adam Abd Ghani dan Timbalan Pengarah Urusan (Operasi), En Yasir Bin Salam turut hadir bersama-sama pegawai kadet menjayakan program ini.
Program ini dilaksanakan agar dapat membantu golongan gelandangan melakukan persiapan hari raya. Pemberian pek makanan & aktiviti menggunting rambut dengan kerjasama usahawan TEKUN Nasional telah dijalankan semasa program berlangsung.
Sesi perkongsian usahawan juga telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada golongan ini tentang inisiatif kerajaan khususnya TEKUN dalam membantu mereka meningkatkan taraf hidup.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #CSR #Usahawan #KUSKOPrihatin #KeluargaMalaysia
Sambutan Hari Raya Aidilfitri TEKUN Nasional 2022
Rangkuman video di sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri TEKUN Nasional 1443 Hijrah yang diadakan pada 18 Mei 2022 bertempat di Palm Garden Hotel, Putrajaya.
YB Menteri KUSKOP, YB Tan Sri Noh Bin haji Omar bersama Timbalannya, YB Datuk Muslimin Bin Yahaya berkesempatan menyantuni anak-anak yatim & asnaf yang diraikan dari Pertubuhan Warisan Suci Kajang.
Ramai rakan-rakan jabatan dan agensi di bawah KUSKOP juga turut hadir di majlis aidilfitri ini selain usahawan-usahawan TEKUN dan sebagainya.
Pihak TEKUN Nasional mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir. Selamat hari raya aidilfitri, Maaf zahir & batin.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #KeluargaMalaysia #KUSKOPPrihatin #HariRaya #Aidilfitri #BangsaUsahawan
Takbir Raya Aidilfitri TEKUN Nasional 2022
Takbir Raya Aidilfitri TEKUN Nasional 2022.
Seluruh warga kerja TEKUN Nasional mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua.
#TemanNiagaAnda #MyTEKUN #Aidilfitri2022
Majlis Penyerahan Geran (BBKM) Terengganu
Rangkuman video di sekitar Majlis Penyerahan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) negeri Terengganu yang telah di disempurnakan oleh Menteri Pembangunan & Usahawan YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar pada 19 April 2022.
Turut di majlis tersebut ialah Pengerusi TEKUN Nasional YB Ustaz Shaharizukiman Abdul Kadir dan CEO TEKUN Nasional, Dato’ Adam Abdul Ghani.
Geran BBKM ini disasarkan kepada informal dan mikro yang premis mereka terjejas dengan banjir dan terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira kaum. Ia adalah bagi meringankan beban usahawan informal dan mikro ketika ini yang terjejas akibat bencana banjir.
Diharapkan agar sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban usahawan-usahawan banjir yang terjejas, lebih-lebih lagi kita semua akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
#TemanNiagaAnda #MyTEKUN #KUSKOPPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia #KUSKOP
Majlis Penyerahan Geran BBKM Kota Marudu, Sabah.
Rangkuman video di sekitar Majlis Penyerahan Cek Geran Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia & Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) yang berlangsung pada 1 April 2022 bertempat di Dewan Komuniti Daerah Kota Marudu, Sabah.
Majlis disempurnakan oleh YBrs Encik Sufian Bin Abdul Karim, Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional. Turut hadir, Dato Adam Abd Ghani, pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama Pihak Pengurusan Tertinggi.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAida #KUSKOPPrihatin #KeluargaMalaysia
Program Usahawan & Koperasi keluarga Malaysia (PUKKM) Jelebu
Rangkuman video di sekitar Program Usahawan & Koperasi keluarga Malaysia (PUKKM) yang berlangsung di Dewan Pusat Khidmat Jelebu, Simpang Pertang, Negeri Sembilan pada 28 Mac 2022.
Perasmian Program ini disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Merangkap Ahli Parlimen Jelebu turut hadir mengiringi YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar.
Dalam majlis yang sama, YBM KUSKOP bersama YBTM KWP telah menyampaikan Mock cheque dana-dana yang telah diluluskan di bawah agensi KUSKOP & Geran BBKM kepada Usahawan yang terjejas akibat banjir.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #KUSKOPPrihatin #KeluargaMalaysia
Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia, Temerloh Pahang
Rangkuman video di sekitar Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh Pahang yang berlangsung pada 22 Mac 2022.
Sempena majlis ini, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri KUSKOP telah menyerahkan Geran Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia kepada Usahawan sekitar Temerloh yang terjejas akibat banjir.
Setiap peniaga informal dan mikro yang premis perniagaan mereka terjejas dengan banjir akan diberikan sebanyak RM3,000. Geran BBKM ini diberikan secara one-off dan tidak perlu dibayar balik.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #KUSKOPprihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia
Majlis Pertukaran MOU TEKUN Nasional & Universiti Kebangsaan Malaysia
Rangkuman video di sekitar Majlis Pertukaran MOU TEKUN Nasional & Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung pada 17 Mac 2022 bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional.
TEKUN Nasional menjalinkan kerjasama strategik dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam melaksanakan Program Sijil Profesional Pengurusan Kewangan bagi warga kerja TEKUN Nasional.
Sesi penyerahan surat tawaran belajar kepada warga kerja turut berlangsung selepas sesi pertukaran MOU selesai.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Majlis Penyerahan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM)
Rangkuman video di sekitar Majlis Penyerahan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) yang berlangsung pada 2 Mac 2022 bertempat di Shah Alam, Selangor.
YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri MEDAC telah menyerahkan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) kepada kumpulan pertama penerima Geran BBKM kepada seramai 328 orang usahawan informal dan mikro Parlimen Shah Alam, Kota Raja, Puchong dan Klang.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia
Majlis Pelancaran Kempen Mencarum PERKESO Usahawan TEKUN Nasional
Rangkuman video di sekitar Majlis Pelancaran Kempen Mencarum PERKESO Usahawan TEKUN Nasional bertempat di Hotel Renaissance, Johor Bahru pada hari ini.
Kempen ini merupakan hasil kerjasama Kementerian Sumber Manusia menerusi PERKESO dan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MEDAC) menerusi TEKUN Nasional.
Majlis Pelancaran disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri MEDAC dan disaksikan oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia.
#TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangsaUsahawan #PERKESO #KeluargaMalaysia
Walkabout YB Menteri MEDAC menyantuni usahawan TEKUN di kawasan Iskandar Puteri dan Pulai, Johor
Rangkuman video Walkabout YB Menteri MEDAC Tan Sri Noh Omar meninjau dan turun padang menyantuni usahawan TEKUN Nasional di kawasan Iskandar Puteri dan Pulai, Johor pada 19 Februari 2022.
Turut Bersama adalah TKSU (Pembangunan Usahawan) MEDAC YBhg Datuk Zamri Salleh dan Pengarah Urusan & CEO TEKUN Nasional Dato Adam Abdul Ghani.
Cek pembiayaan SPIM TEKUN Nasional turut disampaikan Tan Sri Noh Omar kepada para usahawan TEKUN cawangan Iskandar Puteri & Johor Bahru semasa sesi walkabout.
#TemanNiagaAnda #KeluargaMalaysia #BangsaUsahawan #MEDACprihatin #KeluargaUsahawan #MyTEKUN
Program Usahawan & Koperasi Keluarga Malaysia
Rangkuman video di sekitar Program Usahawan & Koperasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di Dewan Serbaguna MBIP, Taman Nusantara, Gelang Patah Johor pada hari ini.
Perasmian Program ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia diiringi YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri MEDAC.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia
Majlis Perasmian Ar Rahnu TEKUN Cawangan Kuching, Sarawak
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Ar Rahnu TEKUN cawangan Kuching, Sarawak pada 28 Januari 2022.
Perasmian disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #ArrahnuTEKUN #Emastukartunai #MEDACPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia
Kunjungan Hormat TEKUN Nasional ke Pejabat Menteri Besar Kedah
Rangkuman video Kunjungan Hormat Ahli Lembaga Amanah & Pengurusan TEKUN Nasional ke Pejabat Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.
Seterusnya mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat EXCO Pembangunan Usahawan & Koperasi YB Encik Mohd Firdaus bin Ahmad di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada 26 Januari 2022.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangkitUsahawan #KeluargaMalaysia
Majlis perjumpaan bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Kedah
Majlis Perjumpaan Pengerusi TEKUN Nasional, YB Ustaz Shaharizukarnain Abd Kadir bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Kedah.
Majlis diadakan di Dewan Royal Signature Hotel, Alor Setar. Turut hadir bersama, Ahli Lembaga Amanah dan Pihak Pengurusan Tertinggi TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangkitUsahawan #KeluargaMalaysia
Perasmian Pejabat TEKUN Nasional negeri Kedah
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Pejabat TEKUN negeri Kedah pada pagi ini di Shahab Perdana, Alor Setar pada 26 Januari 2022.
Perasmian disempurnakan oleh YB Ustaz Shaharizukarnain Abd Kadir, Pengerusi TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #KeluargaMalaysia #BangkitUsahawan