USAHAWAN

Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Pulau Pinang, (Perniagaan barang lusuh)

Saksikan video kisah dan temuramah bersama usahawan berjaya TEKUN Nasional parlimen Batu Kawan, Pulau Pinang, S. Usha Rani, Pengarah Northern Mirnas Metal Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan perniagaan barangan lusuh.

Usahawan India ini membuat pinjaman di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) TEKUN Nasional.

Kami dari Pihak TEKUN Nasional mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya !!

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #SPUMI #PulauPinang

Danubaa Garden & Landscaping, Usahawan TEKUN Negeri Sarawak

10 tahun lalu beliau mendapat maklumat dan info berkenaan TEKUN Nasional yang memberi pinjaman kepada Usahawan kecil melalui siaran televisyen yang ditontonnya. Lantas beliau ke pejabat TEKUN cawangan Bau, Sarawak untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut seterusnya memohon pinjaman.

Hari ini, dengan pinjaman TEKUN Nasional dan hasil usaha gigih dalam perniagaannya, Encik Joe Bladae Lasem, Pengurus Danubaa Garden & Landscaping berjaya memiliki sebuah premis landskap yang beroperasi di Kampung Sungai Pinang, Bau, Sarawak dan nilai jualannya kini melebihi RM 800 ribu dan dijangka akan mencecah RM 1 Juta pada tahun ini.

Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan Bumiputera ini yang kami bawakan khas kepada anda.

jangan lupa klik HD yaaaa !!

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Sarawak #Usahawan #Bumiputera #UsahawanBumiputera

USNA burger, Usahawan berjaya TEKUN Sarawak

Baru-baru ini team Tekun Tv berkesempatan berjumpa dan menemubual usahawan berjaya TEKUN Nasional Negeri Sarawak yang menjalankan pemprosesan dan perniagaan makanan sejuk beku seperti daging burger dan bebola daging di bawah label USNA .

Encik Mohammad Fuad, Pengurus USNA Marketing Enterprise mengucapkan terima kasih kepada pihak TEKUN Nasional kerana dari pinjaman yang diberikan beliau dapat menambah bilangan mesin pemprosesan di kilangnya.

Saksikan kisah dan sesi temubual bersama usahawan berjaya ini yang kami bawakan khas kepada anda, jangan lupa klik HD okay !!

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #UsahawanBerjaya #Sarawak

Nats Catering, Usahawan berjaya TEKUN Kuala Lumpur

Kisah dan temubual bersama Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Kuala Lumpur, Puan Rosita Abd Rahman yang menjalankan perniagaan katering dan servis di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Berkat usahanya, beliau berjaya memperolehi jualan bulanan yang tinggi dan mendapat bantuan pinjaman kewangan daripada pihak TEKUN Nasional, kini Nats Catering yang dulunya hanya gerai kecil di bazar ramadan berjaya memperolan nilai jualan yang tinggi pada setiap bulan.

Team Tekun Tv berkesempatan berjumpa dan menemubual beliau di pejabatnya baru baru ini. Jom saksikan video yang kami bawakan khas kepada anda ini, jangan lupa klik HD okay !!

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #KualaLumpur

Kolam pancing udang galah Jom Kail, Usahawan TEKUN Sarawak

Memancing udang galah sangat menyeronokkan, malah ianya sudah menjadi hobi di kalangan rakyat Malaysia. Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke sungai, mereka boleh memancing udang galah di kolam buatan sendiri khas untuk kaki pancing.

Baru baru ini team Tekun Tv berkesempatan berjumpa dan menemubual seorang Usahawan TEKUN, Marzuki Simok yang menjalankan perniagaan kolam pancing udang galah di Matang, Sarawak. Kolamnya sentiasa dipenuhi orang ramai terutamanya bila menjelang larut malam.

Saksikan video kisah dan temubual bersama usahawan ini yang kami bawakan khas kepada anda, jangan lupa klik HD okay !!

Cempaka Sri Floris, Usahawan berjaya TEKUN Kuala Lumpur

Cempaka Sri Florist & handycraft yang terletak di Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur merupakan salah satu Usahawan Berjaya TEKUN Nasional yang terpilih dari semua Usahawan seluruh Malaysia.

Saksikan kisah pahit manis sebelum beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam sesi temubual bersama Pengarah Urusan Cempaka Sri Floris yang kami bawakan khas kepada anda.

Jangan lupa klik HD okay !!

Syahira Frozen Food, Usahawan TEKUN Cawangan Kemaman`

Siapa sangka Usahawan TEKUN Nasional dari Kemaman yang menjalankan perniagaan makanan sejuk beku dalam negara, produk jenama ini turut dipasarkan di Singapura. Apa yang lebih manis lagi, kini mereka sedang dalam persiapan untuk memasarkan produk ke Dubai & Arab Saudi.
Antara makanan sejuk beku yang dihasilkan ialah dadar berlauk, donut, karipap inti ayam, karipap inti ikan, karipap inti daging, pau goreng berinti kacang, popia ayam, ropa ikan dan samosa berinti daging.
Saksikan kisah dan temubual bersama Pengarah Urusan Syahira Frozen Food, Puan Umi Mazlina Bt Abd Aziz yang kami bawakan khas kepada anda. Jangan lupa klik HD okay !!

Usahawan TEKUN (Bengkel Motosikal)

Kali ini kita bersama Encik Zailani Mohamad Shah yang merupakan seorang usahawan TEKUN Nasional yang mengusahakan bengkel membaiki dan menjual alat ganti motosikal

Jom saksikan kisah dan temubual bersama beliau yang kami bawakan khas kepada anda. Jangan lupa klik HD ok !

‘Jan Isi Ikan’ Usahawan TEKUN Negeri Kedah

Saksikan kisah Usahawan muda dari Kuala Kedah ini yang menjalankan perniagaan membekal dan memproses isi ikan dan produknya dipasarkan ke seluruh utara dan hingga ke Terengganu !! (HD)

Usahawan TEKUN Kemaman (Ternakan Lembu)

Hanya bermula dengan beberapa ekor lembu sahaja, sekarang Usahawan TEKUN Nasional, Encik Noor Azmi Jusoh kini menternak kira kira dua ratus ekor lembu di Kemaman, Terengganu.

Saksikan video kisah dan temuramah bersama beliau yang kami bawakan khas kepada anda. Jangan lupa klik HD okay !!

Nira Kelapa Marang, Usahawan TEKUN Negeri Terengganu

Air nira kelapa menjadi antara sumber pendapatan kepada penduduk kampung yang gigih menjalankan perniagaan berasaskan hasil pertanian.

Saksikan kisah usahawan TEKUN dari Marang, Terengganu yang menjalankan perniagaan membekal air nira kelapa yang kami bawakan khas kepada anda.

Usahawan TEKUN Negeri Terengganu ‘Mee Kuning Arif’

Masih di Terengganu, Kali ini Team Tekun TV membawa anda menyingkap kisah seorang Usahawan TEKUN di Kuala Nerus yang memproses dan menjual mee kuning ke seluruh Negeri Terengganu.

Saksikan video kisah dan temubual bersama Puan Rafidah Mustapha, Pengurus FB Frozen Enterprise yang mengeluarkan produk mee kuning di bawah label ‘ Mee Arif ‘

‘Satar Kemaman’ Usahawan TEKUN Terengganu

Kemaman, sememangnya sinonim dengan makanan hasil laut seperti keropok dan satar. Baru-baru ini, team Tekun Tv telah berkunjung ke Kampung Kuala Kemaman untuk menyingkap kisah dan menemuramah seorang usahawan TEKUN yang menjual dan membekal satar sejuk beku ke seluruh negara.

Saksikan kisah dan temuramah bersama Encik Muhamadon Sukaini, pengurus Serasa Asli Enterprise yang mengusaha dan membekalkan makanan kesukaan ramai ini.

Sekolah Rendah Assakinah, Usahawan TEKUN Selangor

Puan Siti Hara Ismail merupakan seorang Usahawan berjaya yang mendapat suntikan modal dari TEKUN Nasional. Dengan hasil pinjaman dan berkat usaha yang gigih, kini beliau mempunyai sebuah sekolah rendah Islam Assakinah yang terletak di Subang Bestari.

Saksikan kisah dan temuramah bersama beliau yang juga merupakan Pengetua di sekolah tersebut yang kami bawakan khas untuk anda. Puan Siti Hara juga merupakan seorsang usahawan yang menerima anugerah usahawan berjaya TEKUN Nasional Parlimen Subang.

Jangan lupa klik HD ok !!

Pekasam Warisan Utara, Usahawan TEKUN Perak

Lenggong, yang terletak di Hulu Perak merupakan kawasan pengeluar produk Pekasam yang terbesar di Malaysia. Baru-baru ini, Team TEKUN TV bersama Pegawai dari Pejabat TEKUN Negeri Perak telah berkunjung ke Lenggong untuk menyingkap kisah usahawan TEKUN yang menjalankan perniagaan pekasam.

Jom saksikan sesi temubual dan kisah Puan Joharabi Mohamad yang merupakan antara usahawan memproses dan memasarkan pekasamnya ke seluruh negara di bawah label ‘Pekasam Warisan Utara’ di Kuak, Lenggong. Jangan lupa klik HD ok !!

Durian Crepe Subang Bestari, Usahawan TEKUN Negeri Selangor

Idea adiknya yang dibawa dari Kemaman, Terengganu telah menjadikan Puan Rohazawati Ismail seorang usahawan berjaya di parlimen Subang. Saksikan video kisah usahawan ini yang menjalankan perniagaan durian crepe yang dipasarkan ke seluruh negeri Selangor.

Puan Rohazawati juga merupakan salah seorang Usahawan yang menerima Anugerah Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Parlimen Subang yang disampaikan oleh YBM MOA baru baru ini di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh.

Usahawan TEKUN Parlimen Subang ‘world fitness gym’

Jom saksikan kisah usahawan TEKUN ini, Faidzal Musa yang menjalankan perniagaan gimnasium di Sungai Buloh, Selangor. Bermula dengan minat yang mendalam dalam sukan bina badan kini beliau sudah mempunyai gimnasium yang serba lengkap.

Faidzal Musa juga merupakan salah seorang Usahawan yang menerima Anugerah Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Parlimen Subang yang disampaikan oleh YBM MOA baru baru ini di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh.

Jangan lupa klik HD ok !!

Reka Mega Enterprise Usahawan TEKUN Parlimen Subang

Saksikan kisah usahawan wanita TEKUN Nasional ini yang menjalankan perniagaan ‘Hardware’ di Sungai Buloh, Selangor. Puteri Jalilul’ain yang berasal dari Kuala Lumpur telah memilih untuk menjalankan perniagaan ini kerana perniagaan ini tidak dimonopoli oleh kaum melayu.

Puteri Jalilul’ain juga merupakan salah seorang Usahawan yang menerima Anugerah Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Parlimen Subang yang disampaikan oleh YBM MOA baru baru ini di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh.

Selamat menonton, jangan lupa klik HD ok !

‘FF Mercu Niaga Sdn Bhd’ Usahawan TEKUN Negeri Perak

Ini adalah kisah hebat anak melayu Encik Fuzi Zainal yang mengusahakan perniagaan pakaian terpakai . Tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi sekadar hanya di tingkatan 2 sahaja itu bukan alasan Encik Fuzi untuk keluar dari kepompong kesusahan sehingga ke tahap hari ini.

Dengan berbekalkan suntikan pembiayaan RM8,000.00 dari TEKUN Nasional, Encik Fuzi mengunakan dengan sebaik mungkin untuk memulakan perniagaan menjual pakaian terpakai atau lebih dikenali sebagai pakaian ‘Bundle’ dikalangan pengemar pakaian terpakai di pasar-pasar malam sekitar negeri Perak.

Dari berniaga di kaki limah, di pasar-pasar malambeliau mula mengorak langkah maju sedikit demi sedikit secara berperingkat dengan membuka lot kedai pakaian bundle di bawah jenama Mr Musashi yang mempunyai berbelas cawangan di seluruh Malaysia. Berkat kegigihan, kesungguhan beliau beliau nampak peluang untuk maju setapak lagi dengan menjadi “Manufacturer Bundle” iaitu pembekal/pembuat pakaian terpakai kepada peniaga-peniaga pakaian terpakai di bawah syarikat FF Mercu Niaga Sdn Bhd. Di Malaysia beliau adalah usahawan melayu tunggal yang menjalankan perniagaan “Manufacturer Bundle” di mana ia dimonopoli oleh usahawan-usahawan dari luar negara.

FF Mercu Niaga Sdn Bhd merupakan pengeluar pakaian dalam industri pakaian terpakai (Bundle) yang membekalkan kepada pengedar-pengedar dan penjual-penjual pakaian terpakai di seluruh negara dan juga pasaran negara-negara luar seperti Thailand, Myammar, Kemboja, Indonesia dan asia.

Jom ikuti kisah perjalanan hidup Encik Fuzi bergelar seorang usahawan yang berjaya. Memang terbaik, semoga menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana dan usahawan usahawan lain.

‘Labu Pulau Tiga’ Usahawan TEKUN Negeri Perak

Selepas Kelantan, Negeri Perak pula menjadi destinasi pilihan Team TEKUN TV pada kali ini. Lokasi pertama kami di Negeri Perak ialah di Kampung Gajah, Pasir Salak.Turut bersama kami ialah pegawai TEKUN dari pejabat TEKUN Negeri Perak dan pejabat TEKUN Cawangan Pasir Salak

Saksikan video temuramah dah kisah Usahawan TEKUN Nasional ini yang mengusahakan Tembikar ‘Labu Pulau Tiga’ yang kami bawakan khas kepada anda.

Jangan lupa klik HD tau !!

Usahawan TEKUN Nasional Kelantan (Buluh Muda Enterprise)

Sebut sahaja Negeri Kelantan pasti semua terbayangkan keenakan keropok lekor dan lain-lain makanan yang berasaskan ikan. Kelantan merupakan antara negeri terbesar yang mengeluarkan makanan berasaskan ikan seperti keropok lekor.

Team TEKUN TV telah berkunjung ke Negeri Kelantan untuk menemubual dan menyingkap kisah Usahawan TEKUN yang memproses dan menjual keropok lekor di Pengkalan Chepa. Jom saksikan video kisah usahawan ini yang kami bawakan khas kepada anda.

Jangan lupa klik HD ok !!

NH Batik, Usahawan TEKUN Nasional Pengkalan Chepa, Kelantan

Jika sebut tentang batik, tentunya sudah sinonim dengan negeri Kelantan..Team TEKUN TV telah berkunjung ke Negeri Kelantan untuk menyingkap kisah usahawan yang mengusahakan pembuatan dan penjualan batik.
Jom ikuti kisah Usahawan TEKUN Nasional cawangan Pengkalan Chepa, kelantan ini yang memproses, menjual dan memborong batik keluarannya ke seluruh pelusuk negara kita. Jangan lupa klik HD ok !!

Azfa Berkat Enterprise, Usahawan TEKUN Negeri Kelantan

Selepas Pulau Pinang, Negeri Kelantan menjadi destinasi kunjungan team TEKUN TV yang seterusnya untuk berjumpa, merungkai kisah dan menemubual usahawan TEKUN negeri tersebut.
Saksikan kisah dan temubual bersama usahawan TEKUN Cawangan Tumpat yang mengusahakan peniagaan pelbagai jenis serunding di bawah nama syarikat Azfa Berkat Enterprise. Jangan lupa klik HD ok !!

Fun Toy Shops, Usahawan TEKUN Nasional Negeri Pulau Pinang

‘Menjual barang permainan tiada noktahnya selagi ada kanak-kanak’ itulah kata-kata yang dipetik daripada sesi temuramah bersama usahawan TEKUN Nasional Negeri Pulau Pinang yang menjalankan perniagaan barang permainan kanak-kanak.
Saksikan video kisah dan temuramah bersama Puan Zurina Samsudin, Pengurus FUN TOY SHOPS yang mempunyai empat cawangan kedai permainan kanak-kanak di sekitar Pulau Pinang dan Kedah. Jangan lupa klik HD ok !!

My Mum’s Bakery, Usahawan TEKUN Nasional Cawangan Subang

Baru-baru ini, team TEKUN TV berkesempatan menyingkap kisah dan menemu bual Anne Idris, seorang usahawan TEKUN dalam industri pembuatan pastri (kek dan biskut) .Anne Idris adalah pengasas My Mum’s Bakery sebuah syarikat pembuatan Kek/Cookies di yang terletak di Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam.

Saksikan video kisah dan temubual bersama Anne Idris yang merupakan salah seorang ‘bakers’ yang terkemuka di negara kita.

Jangan lupa klik HD ok !!

Teratak Coklat, Usahawan TEKUN Nasional Pulau Pinang

TEKUN TV bersama pegawai dari Pejabat TEKUN Nasional Negeri Pulau Pinang telah berkunjung ke salah satu premis usahawan TEKUN yang terletak di Seberang Jaya.

Saksikan video Temubual dan kisah usahawan TEKUN Nasional Pulau pinang ini yang menjalankan perniagaan cookies dan coklat di bawah label Teratak Coklat.

Jangan lupa klik HD ok !!

Burung puyuh Bon n Da, Usahawan TEKUN Nasional

Selepas Melaka, kali ini TEKUN TV membawa anda ke Pulau pinang pula. Krew TEKUN TV bersama pegawai dari pejabat TEKUN Nasional negeri Pulau Pinang berkunjung ke ladang burung puyuh yang dimiliki oleh Burung Puyuh Bon N Da terletak di Nibong Tebal.

Saksikan video lawatan dan temubual bersama usahawan TEKUN yang mengusahakan ternakan burung puyuh secara komersial ini. Jangan lupa klik HD ok !!

Jelita Ostrich Farm, Usahawan TEKUN Nasional Negeri Sembilan

Kali ini TEKUN TV membawa anda ke Seremban, Negeri Sembilan.Saksikan kisah usahawan TEKUN Nasional yang mengusahakan ternakan burung unta yang bertemakan agrotourism.

Jelita ostrich farm yang seluas 4.2 hektar merupakan sebuah pusat penternakan burung unta dan agrotourism burung unta yang pertama di Malaysia yang telah diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records. (Klik HD)

Ikan Bakar Parameswara, Usahawan TEKUN Nasional

Masih di negeri Melaka, usahawan TEKUN Nasional seterusnya yang menjadi destinasi team TEKUN TV ialah Ikan Bakar Parameswara, Umbai, yang menjadi salah satu tarikan utama orang yang ke negeri Melaka.

Team TEKUN TV bersama pegawai Pejabat TEKUN Negeri Melaka berkesempatan melawat dan menemubual En Rahmat Jaafar, pengurus Ikan Bakar Parameswara. Saksikan video temuramah bersama beliau. (Klik HD)