TEKUN Nasional dan PUSPANITA ke Wad Pediatrik HUKM

Video Kunjungan TEKUN Nasional dan PUSPANITA ke Wad Pediatrik HUKM, Sumbangan seperti keperluan harian dan duit raya juga diberi kepada pesakit. Semoga lawatan ini dapat meringankan beban dan menceriakan para pesakit serta keluarga.

#MyTEKUN #CSR

#MyTEKUN

Saad Capal, Usahawan TEKUN Nasional Negeri Perlis

Capal dari perkataan ‘capali’ yang berasal dari India merupakan alas kaki tradisional yang dikatakan dipakai oleh semua lapisan masyarakat sebelum kedatangan pelbagai fesyen kasut yang ada sekarang.

Walaupun zaman berubah dan citarasa pemakaian kasut pelbagai, namun capal masih mendapat tempat di kalangan masyarakat untuk digayakan.

Malah, pemakaiannya amat bersesuaian apabila dipadankan dengan baju melayu dan semua jenis pakaian untuk menghadiri sebarang majlis.

Menyedari hakikat itu, seorang Usahawan TEKUN Nasional Saad Saep,merebut peluang untuk menghasilkan capal buatan tangan, sekali gus menjadikannya salah seorang pengusaha capal secara tradisional di Negeri Perlis.

Saksikan kisah dan temuramah bersama Usahawan ini yang kami bawakan khas kepada anda. Jangan lupa klik HD Okay !!

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Perlis

Ternakan ikan sangkar, Usahawan berjaya TEKUN Nasional Tawau

Siapa sangka usahawan wanita mampu menjalankan perniagaan yang selalunya dijalankan oleh kaum lelaki. Hanya bermula dengan beberapa buah sangkar ikan, kini usahawan wanita ini mempunyai lebih 20 sangkar ikan di perairan Kampung Inderasabah, Tawau.

Saksikan kisah dan temubual bersama Puan Sitti Raja Binti Abdullah, Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Cawangan Tawau, Sabah yang menjalankan perniagaan ternakan ikan air masin di dalam sangkar. (HD)

Kinetik Sound & Acc, Usahawan TEKUN Cawangan Tawau

bersama pegawai dari Negeri Sabah berkesempatan melawat ke sebuah Premis Usahawan Berjaya TEKUN Cawangan Tawau, Sabah

Saksikan video lawatan, kisah dan temubual bersama Usahawan berjaya ini yang juga pengarah urusan Kinetik Sound & accessories. Jangan lupa klik HD okay !!

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Sabah

Majlis Perasmian Ar Rahnu TEKUN Nasional Kota Bharu

Selepas Tawau, Ar Rahnu TEKUN Nasional telah membuka Cawangan terbarunya di Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.

Saksikan video di sepanjang Majlis Perasmian Cawangan terbaru ini yang disempurnakan perasmiannya oleh YBhg Datuk Baharom Embi, CEO TEKUN Nasional.

Selamat maju jaya AR RAHNU TEKUN Nasional !!

#MyTEKUN #ArrahnuTEKUNNasional #ArrahnuTEKUN #Kelantan