Lawatan turun padang YBhg. Datuk Baharom Embi, CEO TEKUN ke premis usahawan TEKUN sekitar JB

Saksikan Rangkuman video Lawatan turun padang YBhg. Datuk Baharom Embi, Pengarah Urusan & CEO bersama Pegawai dari pejabat TEKUN Negeri Johor ke premis usahawan TEKUN di sekitar Johor Bahru.

Antara premis yang dilawati adalah tempat pemprosesan daging beku, perusahaan kek dan bakeri, Peniaga perasa makanan dan bengkel ubah suai kenderaan.

Semoga perniagaan para usahawan ini semakin maju dan berjaya, Jangan lupa klik HD okayy !!

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Johor

Pak Yop Tip Top Corner, Usahawan TEKUN WP Kuala Lumpur

Team Tekun Tv berkesempatan berjumpa dan menemuramah Usahawan TEKUN WP Kuala Lumpur, Encik Amran Ali yang mengusahakan perniagaan kedai makanan iaitu Restoren Pak Yop Tip top Corner yang terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Saksikan kisah dan temuramah bersama usahawan ini yang kami bawakan khas kepada anda semua. Jangan lupa klik HD okayy !!

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan

Usahawan Berjaya TEKUN Kuala Lumpur (Perniagaan Santan Segar)

Baru-baru ini team Tekun Tv berkesempatan berjumpa usahawan berjaya TEKUN Nasional WP Kuala Lumpur yang menjalankan perniagaan pemprosesan kelapa dan santan segar.

Encik Roslan sudah mengusahakan perniagaan ini selama 20 tahun dan dan telah mendapat pembiayaan dari TEKUN Nasional kali ke 3 berdasarkan rekod perniagaan dan pembayaran yang sangat baik. Semoga terus maju jaya perniagaan Encik Roslan.

Saksikan kisah usahawan berjaya ini yang kami bawakan khas kepada anda, jangan lupa klik HD okay !!

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #UsahawanBerjaya #KualaLumpur

Rangkuman video Anugerah Pencapaian Cemerlang (APC) TEKUN Nasional 2018.

Rangkuman video Anugerah Pencapaian Cemerlang (APC) TEKUN Nasional 2018.

Majlis dirasmikan oleh YBrs. Puan Afidah Azwa Abdul Aziz, Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional

Tahniah diucapkan kepada semua penerima yang mendapat pengiktirafan atas kejayaan melaksanakan amanah dan tugas dengan cemerlang.

Jangan lupa klik HD okayyy

#MyTEKUN
#TemanNiagaAnda

Majlis Countdown MAHA 2018

Highlights video Majlis Countdown MAHA 2018 yang berlangsung sebentar tadi bertempat di Dewan D, MAEPS, Serdang.

Majlis Countdown MAHA 2018 ini dirasmikan oleh YB Dato’ Salahuddin Bin Ayub, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.

Kita jumpa di MAHA 2018 okay !!

#MyTEKUN #Usahawan #MAHA2018