USAHAWAN
Kami bawakan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional negeri Sabah, Encik Rowelon bin Julil, usahawan yang mengusahakan tanaman cili dan tomato secara fertigasi.
Berlatar belakangkan keluarga yang sudah lama terlibat di dalam bidang pertanian merupakan salah satu dorongan untuk beliau melibatkan diri di dalam bidang ini secara serius.
Buat masa sekarang, beliau mempunyai dua kebun iaitu tanaman tomato yang diusahakan di Mesilou, Kundasang dan tanaman cili diusahakan di Kampung Kampung Lohan, Ranau.
Hampir kesemua hasil tanaman dijual secara pukal ke negeri Sarawak berikutan permintaan di sana lebih stabil dan peraih di sana juga berpuas hati dengan kualiti hasil tanaman yang dijual.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #KUSKOPrihatin
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar lawatan Pihak Pengurusan TEKUN Nasional ke premis usahawan yang dilanda musibah banjir di Penampang, Sabah.
Perniagaan kedai runcit yang diusahakan beliau telah terjejas dan mengalami kerugian harta benda serta kerosakan barang jualan.
Atas dasar prihatin pada situasi tersebut geran bantuan banjir berjumlah RM3,000 telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Carl Moosom, Setiausaha Politik kepada YB Datuk Ewon Benedict, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #KUSKOP #Usahawan #MalaysiaMadani #BekerjaBersamaRakyat
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Program Kebolehpasaran PROTÉGÉ KUSKOP 2023 yang berlangsung pada 31 Januari 2023 bertempat di SICC, Kota Kinabalu, Sabah. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi.
YB Datuk Ewon juga turut menyempurnakan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada 20 usahawan graduan di negeri Sabah yang telah menyertai Program New Gen Entrepreneur Online Bootcamp (N-GENE) pada tahun 2022. Seramai lebih 600 graduan, mahasiswa daripada Institusi Pendidikan Awam dan Swasta dan usahawan graduan di sekitar Sabah turut hadir ke program tersebut.
Turut hadir bersama di majlis perasmian tersebut adalah Menteri Belia & Sukan Sabah, YB Ellron Alfred Angin, Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah YB Tuan Phoong Jin Zhe, Timbalan Menteri KUSKOP YB Senator Puan Saraswathy Kandasamy, KSU KUSKOP YBhg. Dato’ Sri Suriani Ahmad dan CEO TEKUN Nasional YBhg. Dato’ Adam Abdul Ghani.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani #BekerjaBersamaRakyat #KUSKOP #Usahawan #sabahmajujaya
MEDIA@TEKUN
Pada 30 Januari 2023, telah berlangsungnya Sesi Libat Urus YB Menteri Pambangunan Usahawan Dan Koperasi bersama Persatuan & Koperasi peringkat negeri Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu.
Sesi libat urus ini diadakan bertujuan untuk menyediakan platform kepada persatuan perniagaan/usahawan dan koperasi untuk memberi pandangan, input dan maklum balas bagi menyalurkan hasrat golongan persatuan dan koperasi kepada kerajaan persekutuan dan negeri.
Sesi yang dilangsungkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah ini melibatkan perbincangan mengikut kluster yang dianggotai oleh ketua kluster (wakil KUSKOP & Agensi), Ahli kluster (wakil Agensi kerajaan persekutuan dan negeri) bersama peserta dari Persatuan dan Koperasi negeri Sabah.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Pejabat TEKUN Nasional Cawangan Pensiangan, Sabah yang berlangsung pada 27 Januari 2023..
Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi. Dalam majlis yang sama, YB Datuk Ewon Benedick telah menyerahkan mock cheque dan juga cek kepada 20 orang usahawan TEKUN Nasional cawangan Pensiangan.
Turut hadir, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi merangkap Ahli Parlimen Pensiangan, YBhg Datuk Haji Zamri Salleh, TKSU KUSKOP dan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama wakil-wakil rakyat & Agensi di bawah KUSKOP.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda