Saksikan kisah dan temuramah pasangan suami isteri Encik Mohd Raffi bin Arin dan Puan Raziah binti Mohd Mustaffa. Mereka mengusahakan perniagaan berasaskan Heavy Duty Polyethylene (HD.PE) dibawah syarikat Cekaptera Sdn Bhd.
Semoga kisah Usahawan TEKUN Nasional ini menjadi sumber inspirasi kepada para usahawan di luar sana. Tahniah dan semoga terus maju jaya diucapkan. Jangan lupa klik HD ya.
Baru-baru ini team Tekun Tv berkesempatan berjumpa usahawan berjaya TEKUN Nasional WP Kuala Lumpur yang menjalankan perniagaan pemprosesan kelapa dan santan segar.
Encik Roslan sudah mengusahakan perniagaan ini selama 20 tahun dan dan telah mendapat pembiayaan dari TEKUN Nasional kali ke 3 berdasarkan rekod perniagaan dan pembayaran yang sangat baik. Semoga terus maju jaya perniagaan Encik Roslan.
Saksikan kisah usahawan berjaya ini yang kami bawakan khas kepada anda, jangan lupa klik HD okay !!
Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional Kuala Terengganu, Terengganu, Maimunah Binti Abdullah, pengusaha perniagaan Mai Warisan bantal kekabu.
Bermula dengan kecil-kecilan iaitu dengan mengikuti ibunya berniaga bantal kekabu di pasar-pasar malam di sekitar negeri Terengganu kini beliau meneruskan warisan perniagaan ibunya dengan memperbesarkan lagi perniagaan malah mengkomersialkan perniagaan bantal kekabu ke platfom lebih luas seperti di Facebook, Instagram, Shopee, Whatsapp dan perniagaan atas talian yang lain supaya boleh dibeli oleh sesiapa sahaja dari seluruh pelusuk tanah air.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Kami dari pihak TEKUN Nasional mendoakan agar perniagaan ini terus maju dan berjaya.
Baru-baru ini, Team TEKUN TV bersama Pengurus dan pegawai TEKUN Negeri Sembilan berkesempatan berjumpa dan menemuramah En Rahim Nagoorkani yang menjalankan penternakan lembu daging di Rantau, Negeri Sembilan
Hasil penat lelah beliau,kini beliau memiliki kira-kira 400 ekor lembu di kandang dan juga di padang ragut berhampiran kandang beliau. Permintaan lembu daging beliau juga. semakin meningkat berikutan musim raya korban yang bakal menjelang.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah En Rahim !!