USAHAWAN
Kami bawakan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional Negeri Kedah, Puan Noraini Yaacob atau lebih dikenali sebagai Awie Manik di dalam industri fesyen.
Puan Noraini merupakan Pengarah Noraini Yaacob Collections yang menjalankan perniagaan Butik Pakaian di Kuala Kedah.
Beliau pada mulanya mengambil tempahan menjahit pakaian semasa menetap di Kuala Lumpur. Selepas berpindah ke Kedah, Awie Manik mula dikenali di dalam media sosial kerana sering berkongsi ilmu jahitan di alam maya.
Kepada mereka yang berminat, bolehlah menghubungi talian 012-5597261 atau boleh terus ke No 53, Jalan MHJ Utama 3, Taman Kompleks MHJ Utama 3, 06600 Kuala Kedah.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Ar Rahnu TEKUN cawangan Kuching, Sarawak pada 28 Januari 2022.
Perasmian disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #ArrahnuTEKUN #Emastukartunai #MEDACPrihatin #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video Kunjungan Hormat Ahli Lembaga Amanah & Pengurusan TEKUN Nasional ke Pejabat Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.
Seterusnya mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat EXCO Pembangunan Usahawan & Koperasi YB Encik Mohd Firdaus bin Ahmad di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada 26 Januari 2022.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangkitUsahawan #KeluargaMalaysia
MEDIA@TEKUN
Majlis Perjumpaan Pengerusi TEKUN Nasional, YB Ustaz Shaharizukarnain Abd Kadir bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Kedah.
Majlis diadakan di Dewan Royal Signature Hotel, Alor Setar. Turut hadir bersama, Ahli Lembaga Amanah dan Pihak Pengurusan Tertinggi TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #BangkitUsahawan #KeluargaMalaysia
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Pejabat TEKUN negeri Kedah pada pagi ini di Shahab Perdana, Alor Setar pada 26 Januari 2022.
Perasmian disempurnakan oleh YB Ustaz Shaharizukarnain Abd Kadir, Pengerusi TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #KeluargaMalaysia #BangkitUsahawan