Misi Bantuan Pasca Banjir TEKUN Nasional 2021

TEKUN Nasional menggerakkan 30 orang Sukarelawan Skuad Jalinan Kasih KESURA TEKUN menyampaikan sumbangan dan bantuan tenaga kerja kepada Warga Kerja TEKUN Nasional yang terkesan akibat banjir di sekitar Selangor.

YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, CEO TEKUN Nasional bersama Pihak Pengurusan TEKUN turut hadir menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir TEKUN Nasional 2021 bersama para sukarelawan. Terima kasih semua ! ❤️

#TemanNiagaAnda #MEDACPrihatin #KeluargaMalaysia #PascaBanjir

Karnival Usahawan & Koperasi Paya Besar, Pahang

Rangkuman video di sepanjang berlangsungnya Karnival Keluarga Usahawan Dan Koperasi yang telah diadakan selama 2 hari, pada 27 dan 28 November 2021 di Dewan Besar, Paya Besar.

Bersempena karnival ini, turut diadakan Majlis Perasmian Pejabat TEKUN Nasional Cawangan Paya Besar & Majlis Perasmian Dataran Paya Besar dan Laman 84.

#TemanNiagaAnda
#KeluargaMalaysia
#BangsaUsahawan

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang TEKUN Nasional 2021

Rangkuman video di sekitar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang TEKUN Nasional 2021. Majlis ini diadakan di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur pada 25 november 2021.

Anugerah khidmat cemerlang merupakan majlis penghargaan kepada warga kerja TEKUN Nasional bagi menghargai warga kerja yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang cemerlang.
Semoga penghargaan yang diberikan dapat menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja TEKUN Nasional untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

#TemanNiagaAnda #KeluargaMalaysia #BangsaUsahawan #MEDACprihatin #KeluargaUsahawan #MyTEKUN

Nasi Goreng Melimpah Viral, Usahawan TEKUN Tanjung Karang, Selangor.

Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional Tanjung Karang, Selangor, Nooranita Binti Kassim, pengusaha Nasi Goreng Melimpah Viral.

Nasi Goreng Melimpah Viral kini menjadi restoran tumpuan pengunjung luar mahupun penduduk setempat yang ingin merasai kelazatan pelbagai jenis nasi goreng dengan saiz hidangan yang besar.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Kami dari pihak TEKUN Nasional mendoakan agar perniagaan ini terus maju dan berjaya.

#TemanNiagaAnda
#KeluargaMalaysia
#BangsaUsahawan
#MEDACPrihatin
#MEDAC