Usahawan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN Nasional ( Tanaman tembikai )

Tidak mudah menghasilkan sesuatu selain dari usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengubah taraf ekonomi dengan mencuba pelbagai tanaman sebagai sumber pendapatan.

Saksikan temubual bersama En Yaya Idris, Usahawan TEKUN Nasional di bawah skim Pembiayaan Informal (SPIN) yang menjalankan tanaman tembikai di Setiu, Terengganu.

Beliau mengusahakan tanaman tembikai di atas tapak tanah miliknya di Kolam Hijau, Setiu, Terengganu bersama-sama dengan isterinya, Mahdini Mamat, serta dibantu oleh anaknya.

#MyTEKUN​ #Usahawan​ #TemanNiagaAnda

Sesi temubual bersama YBTM MEDAC

Pendapat YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi tentang tawaran pembiayaan yang telah diberikan oleh TEKUN Nasional terutamanya pada masa kini dikala pandemik.

YBTM juga turut berkongsi pendapat berkenaan penganjuran kursus keusahawanan kepada para usahawan khususnya usahawan TEKUN Nasional

#MyTEKUN​ #Usahawan​ #TemanNiagaAnda​

Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan (SAK) Negeri Melaka

Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan (SAK) Negeri Melaka bertempat di A’famosa Resort, Alor Gajah pada 5 April 2021 yang dihadiri oleh 200 orang usahawan dari sekitar Negeri Melaka.

Perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi.

Seminar ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para usahawan TEKUN tentang strategi & teknik pemasaran berkesan serta pengurusan kewangan perniagaan yang cekap.

#MyTEKUN​ #Usahawan​ #TemanNiagaAnda​

Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan (SAK) TEKUN Nasional Negeri Terengganu

Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan (SAK) TEKUN Nasional Negeri Terengganu yang berlangsung di Sutra Beach Resort, Setiu pada 27 Mac 2021.

Seminar ini dirasmikan oleh YB Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir Pengerusi TEKUN Nasional dan dihadiri oleh 80 orang Usahawan Negeri Terengganu.

YB Ustaz juga turut menyampaikan ‘mock cheque’ kepada 10 orang usahawan Skim Pembiayaan Informal (SPIN), TEKUN Niaga & Skim Orang Kurang Upaya.

Turut hadir, Dato Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama Timbalan.

#MyTEKUN​ #TemanNiagaAnda