Majlis Perasmian TEKUN Mart Alor Gajah

Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Pembukaan TEKUN Mart cawangan Alor Gajah, Melaka yang dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi pada 25 Februari 2021.

Beliau juga turut sudi menyerahkan Surat Tawaran “Dealer Owned Dealer Operated” dan mock cek kepada 10 orang Usahawan TEKUN Nasional negeri Melaka di majlis perasmian ini.

#MyTEKUN​ #Usahawan​ #TemanNiagaAnda

Restoran Cik Melur, Usahawan TEKUN Nasional WPKL

Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional WPKL, Tengku Ahmad Sirajuddin yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman iaitu Restoran Cik Melur.

Sehingga kini, Restoran Cik Melur mempunyai tiga cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu di Bandar Sri Permaisuri, Alam Damai dan Kota Damansara.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Kami dari pihak TEKUN Nasional mendoakan agar perniagaan ini terus maju dan berjaya.

Untuk makluman, rakaman video ini telah dijalankan oleh Jabatan Korporat & Pemasaran Ibu Pejabat TEKUN Nasional sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dilaksanakan.

#MyTEKUN​ #TemanNiagaAnda​ #Usahawan​ #KualaLumpur

Rizky Textile Sdn Bhd. Usahawan TEKUN Nasional WP Kuala Lumpur

Kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional WP Kuala Lumpur, En. Abu Bakar Bin Md Aris, Pengarah Urusan Rizky Textile Sdn Bhd yang menawarkan perkhidmatan percetakan tekstil digital seperti tudung, baju dan kain.

Disamping menawarkan perkhidmatan percetakan tekstil digital, Rizky Textile Sdn Bhd juga telah melahirkan ramai usahawan-usahawan tempatan yang berminat berkecimpung dalam perniagaan tudung jenama sendiri.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana.

Tahniah En. Abu Bakar ! Selamat maju jaya !

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #KualaLumpur

Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Informal (SPIN)

Rangkuman video di sekitar Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Informal (SPIN) oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi @ MEDAC, Putrajaya.

Sektor informal merupakan pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Segala permohonan perlu dilakukan di pejabat cawangan berhampiran.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda