USAHAWAN
Saksikan video kisah dan temuramah bersama usahawan TEKUN Nasional Negeri Kelantan, Puan Sharifah Hasnah Bt Tuan Besar , Pengarah Urusan Adilah Products yang memproses dan mengeluarkan pelbagai jenis sos.
Kicap manis, kicap masin, sos cili, sos tomato, sos pencicah, cuka makan dan sos tiram merupakan produk keluaran Adilah Products yang mendapat permintaan tinggi di pasaran sekitar Negeri Kelantan.
Kami dari Pihak TEKUN Nasional mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya !!
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Kelantan
USAHAWAN
Team Tekun Tv bersama pegawai TEKUN Negeri Johor berkesempatan berjumpa dan menemuramah En Selvakanapathy dan Pn Seri Rajes, usahawan yang menjalankan perniagaan Kraftangan & Jahitan di Tampoi, Johor Bahru.
Hasil penat lelah dan suntikan modal daripada TEKUN Nasional, kini mereka mempunyai sebuah kedai dan pekerja serta mampu menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan mereka.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah !!
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Johor
USAHAWAN
Kami bawakan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional Negeri Sabah, Puan Michelle Kugan yang menjalankan pembuatan dan perniagaan aksesori wanita daripada batu & mutiara.
Beliau pada mulanya belajar menghasilkan rantai & gelang perhiasan dari neneknya yang berasal dari kaum Dusun Lotud di Tuaran yang sememangnya terkenal dengan seni perhiasan manik.
Kepada mereka yang berminat, bolehlah menghubungi talian 016 8178932 atau boleh terus ke Lot No. GL/ B-G-43, Block B, The Walk, Riverson Mall, Kota Kinabalu.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Sabah
USAHAWAN
Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional Negeri Kelantan, Encik Zawawi Bin Omar, Pengarah Urusan Kukang Jaya Trading, syarikat yang memproses dan mengeluarkan serbuk kopi Cap Tangan di Ketereh.
Kopi Cap Tangan yang terkenal dengan aroma kesedapannya yang tersendiri kini telah dipasarkan di seluruh Negeri Kelantan & akan dipasarkan ke seluruh Malaysia pada masa yang akan datang.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana.
Tahniah Encik Zawawi ! Selamat maju jaya !
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #Kelantan
MEDIA@TEKUN
Saksikan rangkuman video di sekitar Flag-Off TEKUN Mobileprenuer Negeri Sabah yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri MEDAC bertempat di Perkarangan Hotel RAIA, Kota Kinabalu pada 22 September 2020.
Seramai hampir 40 orang rider e-hailing di kawasan sekitar Kota Kinabalu hadir bagi sesi pelepasan tersebut. YBM MEDAC amat berpuas hati di atas sambutan pembiayaan Program TEKUN Mobileprenuer di seluruh negara.
Selepas itu, Yang Berhormat Menteri turut menyaksikan pertukaran MOU antara TEKUN dan Raffcomm Technologies Sdn Bhd. Melalui kerjasama ini usahawan boleh mendapatkan dokumen SSM melalui link TEKUN e-Dokumen yg disahkan Digitally Certified True Copy ( DCTC ) dengan diskaun 5%.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda