Lawatan KSU MEDAC ke Premis Usahawan TEKUN Nasional negeri Sabah

Rangkuman video di sekitar lawatan YBhg Dato’ Sri Haji Mohammad Bin Mentek Ketua Setiausaha MEDAC ke premis ushawanita TEKUN Nasional, Bejewelled yang terletak di Riverson Mall Kota Kinabalu Sabah pada 20 September 2020.

Puan Michelle mengusahakan perusahaan pembuatan kristal dan perhiasan wanita khususnya. Beliau telah mula berniaga pada tahun 2003 sejak 17 tahun yang lalu. Beliau juga mempromosikan produk beliau di atas talian.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Program Jalinan Kasih Merdeka TEKUN Nasional

Rangkuman video di sekitar Program Jalinan Kasih Merdeka TEKUN Nasional 2020 – Ibu Pejabat dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dilancarkan oleh YBhg. Dato Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional pada 9 september 2020.

Program yang dianjurkan secara serentak seluruh negara ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat “Malaysia Prihatin” di kalangan warga kerja TEKUN Nasional khususnya.

#MyTEKUN #KesuraTEKUN

Majlis Ramah Mesra TEKUN Bersama Usahawan

Rangkuman video di sekitar dua Majlis Ramah Mesra TEKUN Bersama Usahawan yang berlangsung bertempat di Dewan Sivik Cabang 3 Pok Wong & Dewan Sivik Chalok Kedai, Setiu , Terengganu pada 22 Ogos 2020.

Majlis Ramah Mesra ini dirasmikan oleh YB Ustaz Shahrizukirnain Abd Kadir, Pengerusi TEKUN Nasional. Turut hadir bersama, Dato Adam Abd Ghani, CEO TEKUN Nasional bersama Pihak Pengurusan Tertinggi TEKUN.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Walkabout Perdana Menteri di B5 Street Market, Johor Bahru

Rangkuman video sekitar Program Walkabout sempena lawatan YAB Perdana Menteri ke Negeri Johor bertempat di B5 Street Market, Johor Bahru pada 15 Ogos 2020.
Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan cek Pembiayaan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS) kepada 11 orang usahawan di program ini.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Bahulu & Kek Kak Long, Usahawan TEKUN Nasional Negeri Selangor

Saksikan temubual dan kisah usahawan TEKUN Nasional Cawangan Subang, Selangor, Encik Mat Husin Bin Ismail yang menjalankan perniagaan serta pembuatan bahulu.

Encik Mat Husin sudah mengusahakan perniagaan ini selama 20 tahun dan dan telah mendapat pembiayaan dari TEKUN Nasional kali ke 3 berdasarkan rekod perniagaan dan pembayaran yang sangat baik.

Kami dari TEKUN Nasional mendoakan agar perniagaan Encik Mat Husin terus berkembang maju dan berjaya. Semoga kisah ini menjadi sumber inspirasi kepada para usahawan di luar sana.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda