Majlis Penyerahan Surat Lantikan Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional

Rangkuman video di sekitar Majlis Penyerahan Surat Lantikan kepada Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional oleh YB Dato Seri Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi.

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Lembaga Amanah dan semoga pelantikan ini dapat meningkatkan komitmen dalam melaksanakan tugas di TEKUN Nasional.

#TemanNiagaAnda

Lawatan Kerja Menteri Kewangan ke TEKUN Nasional

Rangkuman video di sekitar Lawatan kerja YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan ke Ibu Pejabat TEKUN Nasional

Taklimat rasmi dan penyampaian ‘mock cheque’ kepada penerima Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) kepada perniagaan yang terkesan COVID-19 telah berlangsung semasa sesi lawatan ini.

Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi dan YBhg Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek, KSU MEDAC.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Majlis Pelancaran TEKUN Mobilepreneur

Rangkuman video di sekitar Majlis Pelancaran TEKUN Mobilepreneur yang dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 7 Julai 2020 bertempat di Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Program ini merupakan inisiatif dalam membantu golongan yang hilang pekerjaan akibat kesan Covid-19 untuk menjadi ‘gig worker / rider’ bagi syarikat penghantaran makanan, barangan serta keperluan harian seperti Grabfood, Foodpanda, Bungkusit, MrSpeedy dan banyak lagi.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Mobilepreneur

Mios Kitchen, Usahawan TEKUN Nasional Negeri Selangor

Team Tekun Tv berkesempatan berjumpa dan menemuramah Usahawan TEKUN Negeri Selangor, Encik Mior Azim Badali Shah dan adik beliau, Encik Mior Amin Badali Shah yang bersama-sama mengusahakan perniagaan restoran Mios Kitchen di Bandar Kinrara, Puchong.

Sehingga kini, Mios Kitchen mempunyai empat cawangan iaitu di Puchong, Putrajaya dan dua cawangan di Shah Alam.

Saksikan kisah dan temuramah bersama usahawan ini yang kami bawakan khas kepada anda semua.Kami dari pihak TEKUN Nasional mendoakan agar perniagaan ini terus maju dan berjaya.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #Selangor

Lawatan YBTM MEDAC ke Premis Usahawan TEKUN Nasional

Saksikan rangkuman video di sekitar Program lawatan YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri MEDAC ke premis usahawan TEKUN Nasional di sekitar Parlimen Jasin dan Bukit Katil, Melaka pada 17 Jun 2020.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda