USAHAWAN
Team Tekun Tv bersama pegawai TEKUN WP Kuala Lumpur berkesempatan berjumpa dan menemuramah En Mohd Aras Saidi yang menjalankan perniagaan menjual alat ganti dan membaiki motosikal.
Hasil penat lelah dan suntikan modal daripada TEKUN Nasional, kini beliau memiliki dua buah cawangan bengkel motosikal di sekitar Petaling Jaya, Selangor.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah En Aras Saidi !!
#MyTEKUN #Usahawan #KualaLumpur #TemanNiagaAnda
MEDIA@TEKUN
Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta kepada TEKUN Nasional di bawah pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat bagi meringankan beban peniaga kecil dan sederhana.
Menyokong inisiatif dan keprihatinan kerajaan dalam menyediakan pakej rangsangan ekonomi ini,TEKUN Nasional telah melaksanakan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro.
Berikut merupakan Maklumbalas peniaga-peniaga kecil terhadap pelaksanaan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #KitaJagaKita
USAHAWAN
Team Tekun Tv bersama pegawai dan Pengurus TEKUN Negeri Johor berkesempatan berjumpa dan menemuramah En Awang Bin Zakaria yang mengusahakan perusahaan keropok ataupun lebih dikenali sebagai ‘Keropok Siti Salbiah’.
Hasil penat lelah beliau menjalankan perniagan peninggalan arwah isterinya, kini keropok Siti Salbiah semakin dikenali dan ramai yang mengakui bahawa kesedapannya setanding dengan keropok dari negeri di pantai timur.
Selain itu, beliau kini turut memiliki sebuah pusat pemprosesan dan juga kedai jualan di Jalan Merlimau, Kompleks LKIM Endau, Mersing.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah Encik Awang !
Untuk makluman, rakaman video ini telah dibuat oleh team Tekun TV dari Jabatan Korporat & Pemasaran Ibu Pejabat TEKUN Nasional sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
#MyTEKUN #Usahawan #Johor #TemanNiagaAnda
USAHAWAN
Team TEKUN TV bersama Pengurus dan pegawai TEKUN Negeri Johor berkesempatan berjumpa dan menemuramah En Mohd Sallehan Abd Ghafar, Usahawan Berjaya TEKUN Nasional yang menjalankan perkhidmatan pembuatan & penyelenggaraan bot.
Hasil penat lelah dan suntikan modal daripada TEKUN Nasional, kini beliau memiliki sebuah bengkel di Mersing dan perkhidmatan beliau kini mendapat permintaan yang tinggi dari dalam dan juga dari luar negara seperti Singapura dan Thailand.
Beliau juga turut menyediakan perkhidmatan bot untuk membawa pelancong ke pulau Aur, Pulau Besar, Pulau Rawa, Pulau Pemanggil dan pulau-pulau lain di sekitar Mersing.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah En Sallehan !
Untuk makluman, rakaman video ini telah dibuat oleh team Tekun TV dari Jabatan Korporat & Pemasaran Ibu Pejabat TEKUN Nasional sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
#MyTEKUN #Usahawan #Johor #TemanNiagaAnda
USAHAWAN
Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional Negeri Pahang, Syed Rashdan Syed Abd Rahman, Pengarah Urusan Taman Agro Al Mashoor yang menawarkan perkhidmatan untuk pelancong yang berkunjung ke Cameron Highland.
Disamping menawarkan perkhidmatan Taman Agro, beliau turut memproses dan menjual produk berasaskan strawberi seperti kordial minuman, jem strawberi, serunding strawberi serta strawberi coklat
Untuk makluman, rakaman video ini telah dilakukan oleh team Tekun TV dari Jabatan Korporat & Pemasaran Ibu Pejabat TEKUN Nasional sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana.
Tahniah Tuan Syed Rashdan ! Selamat maju jaya !
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #Pahang #CameronHighland