Jom Jejak Usahawan TEKUN Nasional Mersing, Johor

Pada 14 Mac 2020 yang lalu, iaitu sebelum perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan, telah berlangsungnya program Jom Jejak Usahawan TEKUN Nasional negeri Johor yang berlangsung di sekitar kawasan Mersing.

Selain dapat berjumpa,mendengar dan merasai sendiri pahit manis perniagaan yang dijalankan, program seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Pihak TEKUN Nasional dengan para usahawan.

Terima kasih usahawan-usahawan Mersing. Semoga kita berjumpa lagi !!

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #JomJejakUsahawanTEKUN #Johor

Jom Jejak Usahawan TEKUN Nasional Peringkat Negeri Johor (Pulai)

Saksikan rangkuman video program Jom Jejak Usahawan TEKUN Nasional peringkat Negeri Johor yang berlangsung di sekitar Pulai.

Selain dapat berjumpa,mendengar dan merasai sendiri pahit manis perniagaan yang dijalankan, program seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Pihak TEKUN Nasional dengan para usahawan.

Terima kasih usahawan-usahawan Johor. Semoga kita berjumpa lagi !!

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #JomJejakUsahawanTEKUN #Johor

Kedai runcit Mohd Khairi, Pekan Pahang

‘Saya ingatkan kepada Orang Kurang Upaya, jangan hanya menadah tangan sahaja, kita harus berusaha barulah masyarakat pandang’

Berikut merupakan petikan kata-kata daripada sesi temubual bersama Encik Mohd Khairi Othman, usahawan TEKUN Nasional cawangan Pekan, Pahang. Beliau yang dilahirkan cacat tanpa kaki dan tangan cekal menjalankan perniagaan runcit di kampungnya.

Baru-baru ini, TEKUN TV bersama Pengurus dan pegawai TEKUN Nasional dari cawangan Pekan berkesempatan melawat serta melihat perkembangan perniagaan yang dijalankan En Mohd Khairi di premisnya.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah En Mohd Khairi !!!

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Pahang

Karnival Usahawan TEKUN @ Masjid Tanah

Rangkuman dan sorotan sepanjang Karnival Usahawan TEKUN yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Masjid Tanah. Karnival ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan telah berjaya mengumpul seramai 2,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Selain itu, sesi penyampaian Surat Tawaran Pembiayaan TEKUN kepada 4 orang usahawan TEKUN Masjid Tanah yang bernilai RM 162 ribu turut diadakan. TEKUN Nasional mengambil inisiatif dengan menjalinkan Kerjasama Program Pembangunan Usahawan dengan beberapa buah syarikat yang berpotensi seperti DXN Holdings, KWM Craft, Bio Integrasi Sdn Bhd, dan Inno Bayu Sdn Bhd bagi menyediakan peluang penjanaan pendapatan lestari untuk komuniti bandar dan luar bandar khususnya golongan ibu tunggal dan golongan B40 dan juga menyediakan platform bersesuaian serta peluang pasaran yang lebih baik kepada usahawan-usahawan TEKUN dan masyarakat di sekitar Masjid Tanah.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #MEDAC

Majlis Perasmian TEKUN Mart TBS

Saksikan rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian TEKUN Mart yang terletak di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Selain daripada memasarkan produk-produk usahawan TEKUN Nasional secara terus tanpa orang tengah, pelaksanaan TEKUN Mart juga adalah untuk mengurangkan beban kos sara hidup pengguna di mana barangan yang dijual di TEKUN Mart adalah 10 hingga 15 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

TEKUN Mart TBS

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #TEKUNMart