MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Majlis perasmian Ar Rahnu TEKUN Cawangan Tanah Merah, Kelantan yang merupakan cawangan ke-9 yang dirasmikan oleh YBhg Dato’ Sri Mohamad Suparadi Bin Md Noor, Pengerusi TEKUN Nasional.
Alhamdulillah Majlis Perasmian berlangsung dengan jayanya & tahniah diucapkan kepada Jabatan Produk Ar Rahnu, pihak pengurusan TEKUN Nasional serta semua yang terlibat atas pembukaan cawangan terbaru ini.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #ArrahnuTEKUN
USAHAWAN
‘Bisnes Selepas Pencen’
Berbekalkan Diploma Juruteknologi Pergigian yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semasa bertugas di dalam tentera, kini beliau mempunyai perniagaan sendiri.
Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan berjaya TEKUN Nasional WP Kuala Lumpur, Encik Roslan Bin Yahaya, Pengarah Urusan Ladent Dental Solution yang menawarkan perkhidmatan pembuatan gigi palsu.
Semoga kisah ini menjadi sumber inspirasi kepada para usahawan di luar sana. Tahniah dan semoga terus maju jaya diucapkan.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #KualaLumpur
USAHAWAN
Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan berjaya TEKUN Nasional negeri Pahang, En. Zulkifli Bin Abdullah, Pengarah Urusan Mega Khat Marketing yang menawarkan perkhidmatan pembuatan cenderahati berasaskan bingkai.
Pada sambutan ulangtahun 20 TEKUN Nasional yang lalu, beliau telah menerima Anugerah Usahawan Berjaya Peringkat Negeri Pahang dan Nasional yang telah disampaikan oleh YB Menteri Pembangunan Usahawan (MED), YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana.
Tahniah Encik Mohd Zulkifli ! Selamat maju jaya !
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #Pahang
MEDIA@TEKUN
Saksikan rangkuman video program Jom Jejak Usahawan TEKUN Negeri Sembilan yang berlangsung selama dua hari di sekitar kawasan Seremban, Rembau, Paroi dan Jempol.
Team TEKUN TV dan warga kerja TEKUN Negeri Sembilan bersama Timbalan Pengerusi, Puan Najwah Halimah Ab Alim turun padang untuk berjumpa,mendengar dan merasai sendiri pahit manis perniagaan yang dijalankan. Selain itu program seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Pihak TEKUN Nasional dengan para usahawan dan masyarakat setempat.
Prorgam sebegini juga secara tidak langsung mengalakkan masyarakat setempat berkecimpung dalam dunia keusahawanan. Terima kasih waghieh! Terima Kasih usahawan semua.
HOBIN JANG HOBIN!
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #JomJejakUsahawanTEKUN #Nogori #Waghieh #HobinJangHobin
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Program Corporate Social Responsibility ‘Back To School’ Kementerian Pembangunan Usahawan di MITC, Melaka.
Ini merupakan satu program CSR MED dengan kerjasama agensi di bawahnya. Sesi sumbangan telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.
Sumbangan pada kali ini diterima daripada Bank Rakyat, TEKUN Nasional, UDA Holdings dan Yayasan Bank Rakyat dengan jumlah sebanyak RM1.56juta bantuan persekolahan kepada 11,900 pelajar asnaf di seluruh negara.
#MEDMalaysia #MyTEKUN #CSR #CorporateSocialResponsibility #TemanNiagaAnda #BackToSchool