MEDIA@TEKUN
Saksikan rangkuman video program Jom Jejak Usahawan TEKUN Nasional negeri Perak yang berlangsung selama dua hari di sekitar kawasan Ipoh dan Lumut.
Selain dapat berjumpa,mendengar dan merasai sendiri pahit manis perniagaan yang dijalankan, program seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Pihak TEKUN Nasional dengan para usahawan.
Terima kasih usahawan-usahawan Perak. Semoga kita berjumpa lagi !!
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #JomJejakUsahawanTEKUN #Perak
USAHAWAN
Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan berjaya TEKUN Nasional negeri Terengganu, En. Mohd Amran Bin Rabu, Pengarah Urusan Digital King yang menawarkan perkhidmatan percetakan digital di seluruh kawasan pantai timur khususnya.
Digital King tidak hanya fokus kepada perkhidmatan percetakan, reka bentuk dan pengiklanan tetapi juga fokus dalam menghasilkan produk yang unik untuk keperluan dan kepuasan pelanggan mereka.
Pada sambutan ulangtahun 20 TEKUN Nasional yang lalu, beliau telah menerima Anugerah Usahawan Berjaya Peringkat Negeri Terengganu dan Nasional yang telah disampaikan oleh YB Menteri Pembangunan Usahawan (MED), YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah Encik Mohd Amran ! Selamat maju jaya !
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #Terengganu
MEDIA@TEKUN
Saksikan rangkuman video program Jom Jejak Usahawan (JUU) TEKUN Nasional peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Program ini merupakan antara inisiatif yang diterajui oleh TEKUN Nasional untuk mendekati rakyat dengan input yang lebih holistik dalam agenda pembangunan usahawan agar tidak dilihat hanya dalam usaha pembiayaan perniagaan.
Team TEKUN TV bersama Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional dan warga kerja TEKUN WP KL berkesempatan untuk berkunjung ke beberapa premis usahawan TEKUN antaranya Puan Norafzan Abdul Rahman yang mengusahakan butik pakaian Meylana HQ di Wangsa Maju dan Encik Syed Mohd Farid yang mengusahakan perniagaan restoren dibawah label beliau sendiri iaitu FaridFieryChicken di KL Traders Square, Jalan Gombak, KL.
Program JJU WP Kuala Lumpur Selain itu beberapa siri sesi taklimat daripada agensi kerajaan, taklimat pembiayaan oleh pegawai TEKUN dan juga sesi perkongsian ilmu perniagaan serta tips-tips perniagaan dari tetamu jemputan khas kepada usahawan dan bakal usahawan yang hadir di Dewan Serbaguna Taman Melati, Kuala Lumpur.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #JomJejakUsahawanTEKUN #Selangor #TEKUNKL
MEDIA@TEKUN
Saksikan rangkuman video program Jom Jejak Usahawan (JUU) TEKUN Nasional peringkat Negeri Selangor
Program ini merupakan antara inisiatif yang diterajui oleh TEKUN Nasional untuk mendekati rakyat dengan input yang lebih holistik dalam agenda pembangunan usahawan agar tidak dilihat hanya dalam usaha pembiayaan perniagaan.
Team TEKUN TV bersama Timbalan Pengerusi dan warga kerja TEKUN Selangor menjelajah beberapa pelusuk daerah Selangor untuk berkunjung ke premis usahawan meninjau bagaimana perniagaan mereka dijalankan. Selain itu beberapa siri sesi taklimat pembiayaan, sesi perkongsian perniagaan oleh pakar-pakar perniagaan kepada usahawan dan bakal usahawan selama 3 hari di 3 lokasi berlainan di sekitar negeri Selangor juga telah disempurnakan dengan jayanya.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #JomJejakUsahawanTEKUN #Selangor #TEKUNSelangor
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Majlis Sambutan Ulang Tahun TEKUN Nasional ke 20 tahun oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan dan dihadiri sekitar 1,000 orang usahawan tempatan.
YB Menteri turut menyampaikan pengiktirafan Anugerah TEKUN kepada 16 orang usahawan yang berjaya di seluruh negara berdasarkan prestasi perniagaan yang menunjukkan peningkatan yang cemerlang selepas pembiayaan TEKUN Nasional diperolehi serta bayaran balik pembiayaan yang memuaskan.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YBhg. Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor, Pengerusi TEKUN Nasional, YBrs. Datuk Wan Suraya Wan Md. Radzi, Ketua Setiausaha MED serta pegawai-pegawai kanan Kementerian dan agensi.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #TEKUN20Tahun