Rizam Perabot, Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Negeri Kedah

Team TEKUN TV bersama Pengurus dan pegawai TEKUN Negeri Kedah berkesempatan berjumpa dan menemuramah En Mohd Rizam Bin Razai yang menjalankan perniagaan dan pembuatan perabot di Jitra, Kedah.

Hasil penat lelah dan suntikan modal daripada TEKUN Nasional, kini beliau memiliki sebuah kilang dan beberapa buah showroom di Jitra dan Changlun.Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah En Rahim !!

Jangan lupa klik HD okay !!

Rizam Perabot

#MyTEKUN #Usahawan #Kedah #TemanNiagaAnda

Minggu Usahawan Nasional 2019

Rangkuman video di sepanjang Minggu Usahawan Nasional 2019 yang berlangsung selama empat hari pada 29 Ogos hingga 1 September yang lalu bertempat di Maeps, Serdang.

Terima kasih kepada kementerian, semua agensi, para usahawan dan pihak yang terlibat dalam menjayakan #MUN2019. Usahawan Wira Ekonomi !

Jangan lupa klik HD ok !

#MyTEKUN
#Usahawan
#TemanNiagaAnda
#MingguUsahawanNasional
#MingguUsahawanNasional2019

Majlis Perjumpaan YBM MED bersama Usahawan TEKUN Negeri Kelantan

Rangkuman video di sekitar Majlis Perjumpaan YBM pembangunan Usahawan yang berlangsung dengan penuh meriah bertempat di Platinum Mall, Kota Bharu.

Dianggarkan lebih 3000 usahawan dari seluruh Negeri Kelantan hadir memeriahkan majlis dan mendengar amanat serta hala tuju TEKUN yang disampaikan oleh YBM MED.

Turut diselitkan di dalam majlis ini ialah penyampaian Anugerah Usahawan Berjaya Negeri Kelantan.

Terima kasih ore Kelate !!

#TemanNiagaAnda #Usahawan #Kelantan #DKN2030

Majlis Penganugerahan Sijil Asas Pengurusan UUM

Rangkuman video di sekitar Majlis Penganugerahan Sijil Asas Pengurusan UUM yang berlangsung sebentar tadi bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional.

Penganugerahan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato Adam Abd Ghani, CEO TEKUN Nasional serta diiringi oleh Prof. Dr Rushami Zein Yusoff, Penolong Naib Canselor UUM COB, merangkap Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan.

#MyTEKUN #UUM