Usahawan ternakan lembu susu TEKUN Nasional

Baru-baru ini Tekun Tv berkesempatan ke Kalumpang, Hulu Selangor untuk bertemu dengan usahawan TEKUN, Encik R. Arokiasamy. Encik Arokiasamy mengusahakan ternakan lembu di ladang milik beliau yang seluas 3 ekar.

Beliau telah membuat pinjaman sebanyak empat kali di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI).

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah Encik Arokiasamy !

Jangan lupa klik HD okay !!

#MyTEKUN #Usahawan #Selangor #SPUMI

Seminar Asas Keusahawanan

Sehingga Januari 2018, sebanyak 693 siri Seminar Asas Keusahawanan TEKUN Nasional telah dilaksanakan. Ia melibatkan penyertaan usahawan seramai 169,932 orang seluruh negara.

Inisiatif ini selari dengan hasrat dan matlamat penubuhan TEKUN nasional dalam menyediakan pembiayaan mikro dan perkhidmatan sokongan pembangunan usahawan.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda

Lawatan turun padang YBhg. Datuk Baharom Embi, CEO TEKUN ke premis usahawan TEKUN sekitar JB

Saksikan Rangkuman video Lawatan turun padang YBhg. Datuk Baharom Embi, Pengarah Urusan & CEO bersama Pegawai dari pejabat TEKUN Negeri Johor ke premis usahawan TEKUN di sekitar Johor Bahru.

Antara premis yang dilawati adalah tempat pemprosesan daging beku, perusahaan kek dan bakeri, Peniaga perasa makanan dan bengkel ubah suai kenderaan.

Semoga perniagaan para usahawan ini semakin maju dan berjaya, Jangan lupa klik HD okayy !!

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Johor