Capal dari perkataan ‘capali’ yang berasal dari India merupakan alas kaki tradisional yang dikatakan dipakai oleh semua lapisan masyarakat sebelum kedatangan pelbagai fesyen kasut yang ada sekarang.
Walaupun zaman berubah dan citarasa pemakaian kasut pelbagai, namun capal masih mendapat tempat di kalangan masyarakat untuk digayakan.
Malah, pemakaiannya amat bersesuaian apabila dipadankan dengan baju melayu dan semua jenis pakaian untuk menghadiri sebarang majlis.
Menyedari hakikat itu, seorang Usahawan TEKUN Nasional Saad Saep,merebut peluang untuk menghasilkan capal buatan tangan, sekali gus menjadikannya salah seorang pengusaha capal secara tradisional di Negeri Perlis.
Saksikan kisah dan temuramah bersama Usahawan ini yang kami bawakan khas kepada anda. Jangan lupa klik HD Okay !!
Siapa sangka usahawan wanita mampu menjalankan perniagaan yang selalunya dijalankan oleh kaum lelaki. Hanya bermula dengan beberapa buah sangkar ikan, kini usahawan wanita ini mempunyai lebih 20 sangkar ikan di perairan Kampung Inderasabah, Tawau.
Saksikan kisah dan temubual bersama Puan Sitti Raja Binti Abdullah, Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Cawangan Tawau, Sabah yang menjalankan perniagaan ternakan ikan air masin di dalam sangkar. (HD)
bersama pegawai dari Negeri Sabah berkesempatan melawat ke sebuah Premis Usahawan Berjaya TEKUN Cawangan Tawau, Sabah
Saksikan video lawatan, kisah dan temubual bersama Usahawan berjaya ini yang juga pengarah urusan Kinetik Sound & accessories. Jangan lupa klik HD okay !!