USNA burger, Usahawan berjaya TEKUN Sarawak

Baru-baru ini team Tekun Tv berkesempatan berjumpa dan menemubual usahawan berjaya TEKUN Nasional Negeri Sarawak yang menjalankan pemprosesan dan perniagaan makanan sejuk beku seperti daging burger dan bebola daging di bawah label USNA .

Encik Mohammad Fuad, Pengurus USNA Marketing Enterprise mengucapkan terima kasih kepada pihak TEKUN Nasional kerana dari pinjaman yang diberikan beliau dapat menambah bilangan mesin pemprosesan di kilangnya.

Saksikan kisah dan sesi temubual bersama usahawan berjaya ini yang kami bawakan khas kepada anda, jangan lupa klik HD okay !!

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #UsahawanBerjaya #Sarawak

Nats Catering, Usahawan berjaya TEKUN Kuala Lumpur

Kisah dan temubual bersama Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Kuala Lumpur, Puan Rosita Abd Rahman yang menjalankan perniagaan katering dan servis di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Berkat usahanya, beliau berjaya memperolehi jualan bulanan yang tinggi dan mendapat bantuan pinjaman kewangan daripada pihak TEKUN Nasional, kini Nats Catering yang dulunya hanya gerai kecil di bazar ramadan berjaya memperolan nilai jualan yang tinggi pada setiap bulan.

Team Tekun Tv berkesempatan berjumpa dan menemubual beliau di pejabatnya baru baru ini. Jom saksikan video yang kami bawakan khas kepada anda ini, jangan lupa klik HD okay !!

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #KualaLumpur

Kolam pancing udang galah Jom Kail, Usahawan TEKUN Sarawak

Memancing udang galah sangat menyeronokkan, malah ianya sudah menjadi hobi di kalangan rakyat Malaysia. Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke sungai, mereka boleh memancing udang galah di kolam buatan sendiri khas untuk kaki pancing.

Baru baru ini team Tekun Tv berkesempatan berjumpa dan menemubual seorang Usahawan TEKUN, Marzuki Simok yang menjalankan perniagaan kolam pancing udang galah di Matang, Sarawak. Kolamnya sentiasa dipenuhi orang ramai terutamanya bila menjelang larut malam.

Saksikan video kisah dan temubual bersama usahawan ini yang kami bawakan khas kepada anda, jangan lupa klik HD okay !!