Sambutan Semarak Merdeka TEKUN Nasional 2017
Sambutan Semarak Merdeka TEKUN Nasional di Ibu Pejabat sempena Hari Kemerdekaan.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Sambutan Semarak Merdeka TEKUN Nasional di Ibu Pejabat sempena Hari Kemerdekaan.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Kemaman, sememangnya sinonim dengan makanan hasil laut seperti keropok dan satar. Baru-baru ini, team Tekun Tv telah berkunjung ke Kampung Kuala Kemaman untuk menyingkap kisah dan menemuramah seorang usahawan TEKUN yang menjual dan membekal satar sejuk beku ke seluruh negara.
Saksikan kisah dan temuramah bersama Encik Muhamadon Sukaini, pengurus Serasa Asli Enterprise yang mengusaha dan membekalkan makanan kesukaan ramai ini.
Puan Siti Hara Ismail merupakan seorang Usahawan berjaya yang mendapat suntikan modal dari TEKUN Nasional. Dengan hasil pinjaman dan berkat usaha yang gigih, kini beliau mempunyai sebuah sekolah rendah Islam Assakinah yang terletak di Subang Bestari.
Saksikan kisah dan temuramah bersama beliau yang juga merupakan Pengetua di sekolah tersebut yang kami bawakan khas untuk anda. Puan Siti Hara juga merupakan seorsang usahawan yang menerima anugerah usahawan berjaya TEKUN Nasional Parlimen Subang.
Jangan lupa klik HD ok !!
Saksikan rangkuman video ‘Walkabout’ Ahli Lembaga Amanah bersama Pihak Pengurusan TEKUN Nasional ke beberapa buah premis usahawan di sekitar Kuala Lumpur semalam
Antara premis-premis usahawan yang dikunjungi ialah gerai menjual pisang goreng, air kelapa, makanan ringan, butik pakaian dan restoran makanan.
Jangan lupa klik HD ok !!
Lenggong, yang terletak di Hulu Perak merupakan kawasan pengeluar produk Pekasam yang terbesar di Malaysia. Baru-baru ini, Team TEKUN TV bersama Pegawai dari Pejabat TEKUN Negeri Perak telah berkunjung ke Lenggong untuk menyingkap kisah usahawan TEKUN yang menjalankan perniagaan pekasam.
Jom saksikan sesi temubual dan kisah Puan Joharabi Mohamad yang merupakan antara usahawan memproses dan memasarkan pekasamnya ke seluruh negara di bawah label ‘Pekasam Warisan Utara’ di Kuak, Lenggong. Jangan lupa klik HD ok !!