MEDIA@TEKUN
Pada 10 Julai 2023 telah berlangsungnya program walkabout Pengerusi TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid ke premis usahawan TEKUN sekitar Kota Bharu dan Tumpat, Kelantan.
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani bersama barisan Pengurusan Tertinggi TEKUN serta pegawai TEKUN Nasional Kelantan turut hadir mengiringi YBhg Dato’ Abdullah Sani.
Dalam program yang sama, turut diselitkan sesi penyampaian cek pembiayaan TEKUN yang telah diluluskan kepada usahawan. Cek pembiayaan disampaikan oleh YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
Antara premis usahawan TEKUN yang dikunjungi adalah usahawan TEKUN yang menjalankan perusahaan makanan, menjual emas, peniagaan batik dan makanan tradisi.
Terima kasih kepada para usahawan TEKUN yang sudi menerima kunjungan kami dan juga berkongsi cerita perjalanan mereka menguruskan empayar perniagaan mereka.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #MalaysiaMadani
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Majlis Pelancaran Pelan Pemformalan Usahawan Informal KUSKOP yang berlangsung pada 8 Julai 2023 bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala, Lumpur.
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri hadir melancarkan Pelan ini diiringi YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah.
Pelan pemformalan Usahawan informal ini dibangunkan untuk meneruskan kesinambungan agenda nasional dalam mencapai pengagihan kekayaan yang saksama serta memperkukuhkan kesejahteraan sosio ekonomi negara.
Seramai 400 orang usahawan yang terdiri daripada usahawan TEKUN dan AIM turut dijemput untuk sama-sama hadir menyaksikan acara pelancaran Pelan ini.
Turut hadir, YBhg Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, KSU KUSKOP, YBhg Dato’ Haji Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional dan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani
MEDIA@TEKUN
Pengerusi TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Haji Abdullah Sani Abd Hamid berkesempatan melawat dan menyantuni usahawan-usahawan TEKUN di Pasar Awam Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Premis yang dilawati YBhg Dato’ Haji Abdullah sani adalah premis usahawan yang menjalankan pernigaan menjual makanan seperti kuih muih, capati, makanan barat dan juga nasi campur.
Antara tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat sendiri perkembangan dan juga potensi usahawan-usahawan kecil TEKUN Nasional di sini. Terima kasih para usahawan yang sudi menerima kunjungan kami. Semoga kita berjumpa lagi.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Majlis Perjumpaan Pengerusi TEKUN Nasional YBhg Dato’ Abdullah Sani Bin Abdul Hamid bersama warga kerja Ibu Pejabat TEKUN Nasional bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.
Untuk makluman majlis ini adalah bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada warga kerja Ibu Pejabat TEKUN Nasional untuk bersemuka secara langsung bersama Pengerusi serta kepimpinan tertinggi TEKUN Nasional.
Turut hadir, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama barisan Pengurusan Tertinggi.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video Program Walkabout YBhg Dato’ Haji Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional ke Premis Usahawan TEKUN Nasional sekitar negeri Melaka pada 14 Jun 2023.
Antara premis usahawan TEKUN yang dikunjungi adalah usahawan TEKUN yang menjalankan perusahaan & pemprosesan dodol, perusahan produk makanan sejuk beku & ke kilang pembuatan pes asam pedas yang terkenal di Melaka, Pak Man Asam Pedas.
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani bersama barisan Pengurusan Tertinggi TEKUN serta pegawai TEKUN Nasional Melaka turut hadir mengiringi YBhg Dato’ Abdullah Sani.
Terima kasih kepada para usahawan TEKUN yang sudi menerima kunjungan kami dan juga berkongsi cerita perjalanan mereka menguruskan empayar perniagaan mereka.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #MalaysiaMadani