MEDIA@TEKUN
Rangkuman video sesi walkabout YBhg Dato’ Haji Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional ke Premis Usahawan TEKUN di sekitar Negeri Sembilan yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 12 & 13 Jun 2023.
Semalam, YBhg Pengerusi TEKUN Nasional meluangkan masa mengunjungi premis usahawan di sekitar Nilai dan Seremban yang menjalankan perniagaan mencetak baju (AZ Printing), Kilang memproses minuman berkarbonat (Wira Fresh) & Ladang burung unta (Jelita Ostrich Farm).
Antara premis usahawan TEKUN yang dikunjungi pada hari ini pula adalah di sekitar Port Dickson iaitu usahawan TEKUN yang menjalankan perniagaan pendidikan pra sekolah (Sunshine Kids), perniagaan pembuatan cokelat, perniagaan spa kecantikan (Abirra Bridal Beauty Creation) & perniagaan makanan barat (MHR Burger).
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani bersama barisan Pengurusan Tertinggi TEKUN serta pegawai TEKUN Nasional Negeri Sembilan turut hadir mengiringi YBhg Dato’ Abdullah Sani.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #MalaysiaMadani
MEDIA@TEKUN
Pada 12 Jun 2023, telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama warga kerja TEKUN Nasional Negeri Sembilan dan Melaka bertempat di Tasik Villa, Port Dickson.
Tetamu Kehormat, YBhg Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid telah menyampaikan ucapan dan turut beramah mesra bersama kesemua warga kerja TEKUN Nasional Negeri Sembila dan Melaka yang hadir.
Turut hadir, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama barisan Pengurusan Tertinggi TEKUN.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar program walkabout Pengerusi TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid ke premis usahawan TEKUN sekitar Pulau Pinang.
ATV Extreme Gua Kelawar merupakan destinasi pertama yang dikunjungi. Selepas merasai sendiri pengalaman menaiki ATV, YBhg Dato’ Abdullah Sani meneruskan kunjungan ke beberapa premis usahawan antaranya yang menjalankan perkhidmatan butik pengantin dan galeri lukisan.
Premis terakhir yang dikunjungi adalah Pak Mat Western yang terletak di Juru. YBhg Dato’ Abdullah Sani dibawa meninjau sekitar tempat operasi dan pemprosesan Pak Mat Western.
Pada malam sebelumnya, YBhg Dato’ Abdullah Sani berkesempatan berkunjung ke premis usahawan TEKUN yang menjalankan perniagaan butik pakaian istiadat di Queensbay Mall.
Dalam program yang sama, turut diselitkan sesi penyampaian cek pembiayaan TEKUN yang telah diluluskan kepada usahawan. Cek pembiayaan disampaikan oleh YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
MEDIA@TEKUN
Pada 31 Mei 2023, telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama warga kerja TEKUN Nasional zon utara bertempat di city Ballroom, Hotel Star City, Alor Setar.
Tetamu Kehormat, YBhg Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid telah menyampaikan ucapan dan turut beramah mesra bersama kesemua warga kerja TEKUN Nasional zon utara melibatkan negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Turut hadir, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama barisan Pengurusan Tertinggi TEKUN.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Walkabout YBhg Dato’ Haji Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional ke Premis Usahawan TEKUN di sekitar Kuala Kedah dan Pendang pada 1 Jun 2023.
Antara premis yang dikunjungi adalah usahawan TEKUN yang menjalankan pembuatan bahan pencuci, jahitan pakaian, menjual jentera pertanian, kedai alat ganti kenderaan serta kedai makan.
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani bersama barisan Pengurusan Tertinggi TEKUN serta pegawai TEKUN Nasional negeri Kedah turut hadir mengiringi YBhg Dato’ Abdullah Sani.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda