Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Sabah

21 Julai 2023 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Sabah bertempat di Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu.

Tetamu Kehormat, YBhg Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid telah menyampaikan ucapan dan turut beramah mesra bersama kesemua warga kerja TEKUN Nasional negeri Sabah yang hadir.

Turut hadir, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama barisan Pengurusan Tertinggi TEKUN.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Walkabout Pengerusi TEKUN Nasional di sekitar Kota Kinabalu & Putatan

Pada 21 Julai 2023 yang lalu, telah berlangsungnya program walkabout Pengerusi TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid ke premis usahawan TEKUN sekitar Kota Kinabalu & Putatan, Sabah.

Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani bersama barisan Pengurusan Tertinggi TEKUN serta pegawai TEKUN Nasional negeri Sabah turut hadir mengiringi YBhg Dato’ Abdullah Sani.

Antara premis usahawan TEKUN yang dikunjungi adalah usahawan TEKUN yang menjalankan perniagaan kraftangan, buah-buahan, menjual ayam segar, menjual sayur-sayuran dan perusahaan makanan.

Pihak TEKUN Nasional mendoakan semoga perniagaan para usahawan TEKUN Nasional ini bertambah maju dan dilimpahi berkat. Selamat maju jaya !

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #MalaysiaMadani

Walkabout Pengerusi TEKUN Nasional di sekitar Kuala Nerus & Kuala Terengganu

Pada 12 Julai 2023, telah berlangsungnya program walkabout Pengerusi TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid ke premis usahawan TEKUN sekitar Kuala Terengganu & Kuala Nerus, Terengganu.

Timbalan Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YBrs Tuan Haji Roshaimi bin Harun bersama YBrs Encik Yasir bin Salam serta pegawai TEKUN Nasional Terengganu turut hadir mengiringi YBhg Dato’ Abdullah Sani.

Antara premis usahawan TEKUN yang dikunjungi adalah usahawan TEKUN yang menjalankan perusahaan keropok lekor, menjual emas, peniagaan pakaian dan restoran.

Terima kasih kepada para usahawan TEKUN yang sudi menerima kunjungan kami dan juga berkongsi cerita perjalanan mereka menguruskan empayar perniagaan mereka.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #MalaysiaMadani

Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Terengganu

Pada 11 Julai 2023, telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Terengganu bertempat di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Tetamu Kehormat, YBhg Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid telah menyampaikan ucapan dan turut beramah mesra bersama kesemua warga kerja TEKUN Nasional negeri Terengganu yang hadir.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama warga kerja TEKUN Nasional Negeri Kelantan

Pada 10 Julai 2023, telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Kelantan bertempat di Anjung Rebana, Kota Bharu.

Tetamu Kehormat, YBhg Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid telah menyampaikan ucapan dan turut beramah mesra bersama kesemua warga kerja TEKUN Nasional negeri Kelantan yang hadir.

Turut hadir, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama barisan Pengurusan Tertinggi TEKUN.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Walkabout Pengerusi TEKUN Nasional di sekitar Kota Bharu & Tumpat, Kelantan.

Pada 10 Julai 2023 telah berlangsungnya program walkabout Pengerusi TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid ke premis usahawan TEKUN sekitar Kota Bharu dan Tumpat, Kelantan.

Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani bersama barisan Pengurusan Tertinggi TEKUN serta pegawai TEKUN Nasional Kelantan turut hadir mengiringi YBhg Dato’ Abdullah Sani.

Dalam program yang sama, turut diselitkan sesi penyampaian cek pembiayaan TEKUN yang telah diluluskan kepada usahawan. Cek pembiayaan disampaikan oleh YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.

Antara premis usahawan TEKUN yang dikunjungi adalah usahawan TEKUN yang menjalankan perusahaan makanan, menjual emas, peniagaan batik dan makanan tradisi.

Terima kasih kepada para usahawan TEKUN yang sudi menerima kunjungan kami dan juga berkongsi cerita perjalanan mereka menguruskan empayar perniagaan mereka.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #MalaysiaMadani