Majlis Sambutan Aidilfitri TEKUN Nasional telah berlangsung dengan meriah dan jayanya di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada 10 Ogos 2015 yang lepas. Antara kenamaan yang hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalannya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Menteri Wilayah Perseketuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd Arif Abdul Rahman, ketua-ketua pengarah jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut hadir bagi memeriahkan majlis.

Barisan artis terkenal tanah air seperti penyanyi Salwa Abdul Rahman, Rohana Jalil, Datuk AR Rahman turut menyumbang suara di pentas menghiburkan tetamu yang hadir ke Majlis Aidilfitri TEKUN Nasional.