SEMINAR ASAS KEUSAHAWANAN (SAK) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Tarikh : 11 Oktober 2015 (Ahad)

Tempat : Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YB. Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu.

OBJEKTIF SEMINAR ASAS KEUSAHAWANAN:-

  • Membina kesedaran dan tanggungjawab serta jatidiri sebagai usahawan TEKUN Nasional.
  • Memberi pengetahuan dan kesedaran tentang Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilaksanakan oleh Kerajaan pada masa kini.
  • Melatih usahawan dengan kemahiran-kemahiran asas keusahawanan yang utama iaitu pemasaran dan pengurusan kewangan.
  • Mewujudkan jaringan dikalangan usahawan bagi menggalakkan kerjasama dan perkongsian strategik dikalangan usahawan.

SEMINAR DIJALANKAN DALAM TIGA SESI :-

Sesi 1 : Cemerlang Bersama TEKUN Nasional : Memperkasa Ekonomi Bumiputera Menerusi Keusahawanan oleh Encik Khalid bin Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif TEKUN Nasional Merangkap Pengarah Institut Keusahawanan TEKUN Nasional.

Sesi 2 : Pemasaran Berkesan oleh Encik Ahmad Rosli Ahmad Balia, Smart Coach Resources

Sesi 3 : Pengurusan Kewangan oleh Encik Ahmad Rosli Ahmad Balia, Smart Coach Resources