Majlis Perasmian Ar Rahnu TEKUN Cawangan Tawau

Selepas Alor Setar, Ar Rahnu TEKUN Nasional telah membuka cawangan terbarunya di Tawau, Sabah baru baru ini.

Saksikan video Majlis perasmian Ar Rahnu TEKUN Cawangan Tawau yang telah disempurnakan oleh Ybhg Datuk Baharom Embi, CEO TEKUN Nasional.

Semoga impian Ar Rahnu TEKUN untuk membantu usahawan dan masyarakat setempat menjadi kenyataan. Selamat maju jaya !

Jangan lupa klik HD okay !

#MyTEKUN #ArrahnuTEKUNNasional #Sabah

Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Pulau Pinang, (Perniagaan barang lusuh)

Saksikan video kisah dan temuramah bersama usahawan berjaya TEKUN Nasional parlimen Batu Kawan, Pulau Pinang, S. Usha Rani, Pengarah Northern Mirnas Metal Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan perniagaan barangan lusuh.

Usahawan India ini membuat pinjaman di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) TEKUN Nasional.

Kami dari Pihak TEKUN Nasional mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya !!

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #SPUMI #PulauPinang

‘Walkabout’ ALA & Pihak Pengurusan TEKUN ke premis usahawan TEKUN di sekitar Pulau Langkawi

Selain dapat berjumpa dan merasai sendiri pahit manis perniagaan yang dijalankan, program walkabout dapat mengeratkan hubungan antara pihak TEKUN Nasional dengan usahawan-usahawan TEKUN yang dilawati.

Saksikan video ‘Walkabout’ Ahli Lembaga Amanah & Pihak Pengurusan TEKUN Nasional ke premis usahawan TEKUN baru-baru ini di sekitar Pulau Langkawi, Kedah.

Antara premis yang dilawati ialah pusat pemprosesan gamat, bot pelancong, kedai barangan logam, karipap frozen dan usahawan yang mengusahakan ‘advanture park’ .

Selamat menonton, Jangan lupa klik HD ok !!

Perasmian Pejabat TEKUN Batu Kawan

Video highlights YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi telah merasmikan Bangunan UMNO Parlimen Batu Kawan, Pulau Pinang .

YAB TPM juga berkesempatan merasmikan Pejabat TEKUN Nasional Parlimen Batu Kawan sambil disaksikan oleh CEO TEKUN Nasional, Datuk Baharom Embi.

Terima kasih YAB TPM !!

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (KESURA) TEKUN Nasional 2018

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KESURA) TEKUN Nasional 2018 telah berlangsung dengan penuh meriah pada hari ini.

Program ini dilancarkan oleh YBhg Datuk Baharom Embi, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional yang dihadiri oleh semua warga Ibu Pejabat TEKUN Nasional.

#MyTEKUN #Kesura #GayaHidupSihat