10 tahun lalu beliau mendapat maklumat dan info berkenaan TEKUN Nasional yang memberi pinjaman kepada Usahawan kecil melalui siaran televisyen yang ditontonnya. Lantas beliau ke pejabat TEKUN cawangan Bau, Sarawak untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut seterusnya memohon pinjaman.
Hari ini, dengan pinjaman TEKUN Nasional dan hasil usaha gigih dalam perniagaannya, Encik Joe Bladae Lasem, Pengurus Danubaa Garden & Landscaping berjaya memiliki sebuah premis landskap yang beroperasi di Kampung Sungai Pinang, Bau, Sarawak dan nilai jualannya kini melebihi RM 800 ribu dan dijangka akan mencecah RM 1 Juta pada tahun ini.
Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan Bumiputera ini yang kami bawakan khas kepada anda.
Baru-baru ini team Tekun Tv berkesempatan berjumpa dan menemubual usahawan berjaya TEKUN Nasional Negeri Sarawak yang menjalankan pemprosesan dan perniagaan makanan sejuk beku seperti daging burger dan bebola daging di bawah label USNA .
Encik Mohammad Fuad, Pengurus USNA Marketing Enterprise mengucapkan terima kasih kepada pihak TEKUN Nasional kerana dari pinjaman yang diberikan beliau dapat menambah bilangan mesin pemprosesan di kilangnya.
Saksikan kisah dan sesi temubual bersama usahawan berjaya ini yang kami bawakan khas kepada anda, jangan lupa klik HD okay !!
Video highlight di sekitar Majlis Pelancaran Buku Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Edisi Kedua oleh Dato’ Nor Azita Abdul Rahman, Pengerusi TEKUN Nasional @ Ibu Pejabat TEKUN Nasional Kuala Lumpur.
Kisah dan temubual bersama Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Kuala Lumpur, Puan Rosita Abd Rahman yang menjalankan perniagaan katering dan servis di Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Berkat usahanya, beliau berjaya memperolehi jualan bulanan yang tinggi dan mendapat bantuan pinjaman kewangan daripada pihak TEKUN Nasional, kini Nats Catering yang dulunya hanya gerai kecil di bazar ramadan berjaya memperolan nilai jualan yang tinggi pada setiap bulan.
Team Tekun Tv berkesempatan berjumpa dan menemubual beliau di pejabatnya baru baru ini. Jom saksikan video yang kami bawakan khas kepada anda ini, jangan lupa klik HD okay !!
Memancing udang galah sangat menyeronokkan, malah ianya sudah menjadi hobi di kalangan rakyat Malaysia. Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke sungai, mereka boleh memancing udang galah di kolam buatan sendiri khas untuk kaki pancing.
Baru baru ini team Tekun Tv berkesempatan berjumpa dan menemubual seorang Usahawan TEKUN, Marzuki Simok yang menjalankan perniagaan kolam pancing udang galah di Matang, Sarawak. Kolamnya sentiasa dipenuhi orang ramai terutamanya bila menjelang larut malam.
Saksikan video kisah dan temubual bersama usahawan ini yang kami bawakan khas kepada anda, jangan lupa klik HD okay !!