MEDIA@TEKUN
Highlights video Program Chillax Agropreneur Muda TN50 bersama YB Dato’ Sri Shabery Cheek, Menteri di Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani bertempat di Kolej Pertanian Malaysia Bukit Tangga, Kedah. Program santai yang dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswi dari Kolej Pertanian Bukit Tangga, UiTM Arau, Politeknik Arau, Polimas Jitra & Institut Binaan Malaysia.
USAHAWAN
Temuramah bersama Usahawan TEKUN Cawangan Pekan, Pahang, Senggamalar yang mengusahakan perniagaan kedai serbaneka.Senggamalar menceritakan bagaimana beliau memanfaatkan pembiayaan Tekun Nasional untuk memajukan lagi perniagaannya.
Beliau juga merupakan salah seorang Usahawan TEKUN yang mendapat Anugerah Usahawan TEKUN Berjaya. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak semasa lawatan kerja beliau di Pantai Kg Nenasi Pekan pada17 Disember yang lalu.
USAHAWAN
Tontoni rakaman video bersama En Farizan Ramli, usahawan TEKUN Cawangan Pekan Pahang yang memiliki perniagaan kedai tayar, Azan Tyre.
Beliau merupakan salah seorang usahawan TEKUN yang mendapat Anugerah Usahawan Berjaya TEKUN pada 17 Disember 2016. Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri sempena lawatan kerja beliau di Pantai Kg Nenasi, Pekan Pahang.
USAHAWAN
Tontoni rakaman video temuramah bersama usahawan TEKUN Nasional cawangan Pekan, Pahang iaitu Encik Faezi Ismail, pemilik Barberessoo Classic & Coffee yang beroperasi di Pekan, Pahang (Klik HD).
Encik Faezi merupakan salah seorang Usahawan TEKUN yang mendapat Anugerah Usahawan TEKUN Berjaya. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak semasa lawatan kerja beliau di Pantai Kg Nenasi Pekan pada17 Disember yang lalu.
USAHAWAN
Temuramah bersama Usahawan TEKUN Cawangan Seremban, Negeri Sembilan, Puan Nor Hayati Awalludin yang mengusahakan perniagaan kacang goreng bersalut di bawah label DeqYoung Special Nuts.
Puan Norhayati Awalludin menceritakan bagaimana beliau memanfaatkan pembiayaan Tekun Nasional untuk memajukan lagi perniagaan kacang bersalutnya yang kini semakin popular di negara kita.