MEDIA@TEKUN
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri hadir merasmikan Majlis Perjumpaan Usahawan bertempat di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Terengganu pada 9 Ogos 2023.
Dalam majlis yang sama, YAB Perdana Menteri berbesar hati menyerahkan cek pembiayaan kepada 7 orang Usahawan TEKUN Nasional Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM606 ribu yang melibatkan seramai 21 orang usahawan.
Turut hadir, YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, KSU KUSKOP, YBhg Datuk Zamri bin Salleh, TKSU KUSKOP, YBhg Dato’ Haji Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional, YB Tuan Mohd Sany Bin Hamzan, Timb. Pengerusi TEKUN Nasional dan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Majlis Perjumpaan Usahawan yang berlangsung pada 8 Ogos 2023 bertempat di Dewan Selera Tepi Sungai, Kampung Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan.
Perasmian Majlis Perjumpaan yang dihadiri seramai 300 orang usahawan dari kawasan sekitar ini disempurnakan oleh YBhg Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional.
Dalam majlis yang sama, YBhg Dato’ Abdullah Sani berbesar hati menyerahkan cek pembiayaan TEKUN Nasional kepada 8 orang usahawan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM144 ribu.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani
MEDIA@TEKUN
YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi hadir merasmikan Majlis Perjumpaan Usahawan bertempat di Dewan Wisma Al-Ansar, Masjid Al Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 3 Ogos yang lalu.
Seramai 1000 orang usahawan dari kawasan sekitar telah hadir ke Majlis Perjumpaan Usahawan ini. Dalam majlis yang sama, YB Datuk Ewon Benedick berbesar hati menyerahkan cek pembiayaan kepada 29 orang Usahawan TEKUN Nasional Pulau Pinang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM460 ribu.
Turut hadir, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri KUSKOP, YBhg Datuk Zamri bin Salleh, TKSU KUSKOP, YBhg Dato’ Haji Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional dan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2023 yang berlangsung 22 Julai 2023 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah diiringi YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Turut hadir, YBhg Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, KSU KUSKOP, YBhg Dato’ Haji Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional dan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
MEDIA@TEKUN
21 Julai 2023 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Sabah bertempat di Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu.
Tetamu Kehormat, YBhg Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid telah menyampaikan ucapan dan turut beramah mesra bersama kesemua warga kerja TEKUN Nasional negeri Sabah yang hadir.
Turut hadir, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama barisan Pengurusan Tertinggi TEKUN.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda