Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia 2023 (TEKUN Nasional)

Wanita, Anugerah Terindah Tuhan, Tegas Dalam Kelembutan, Bijak Dalam Keayuan, Tangkas Dalam Pekerjaan, Selamat Hari Wanita, Sesungguhnya Dirimu Amatlah Berharga!

Hari Wanita Sedunia diraikan pada tanggal 8 Mac setiap tahun. TEKUN Nasional juga tidak terkecuali meraikan hari wanita sedunia. Melalui Puspanita TEKUN Nasional, satu majlis sambutan kecil telah diadakan di Ibu Pejabat bagi menghargai warga kerja wanita.

Saksikan rangkuman video di sekitar Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia PUSPANITA cawangan Kecil TEKUN Nasional yang berlangsung pada hari ini bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.

YBhg Datin Connie Parantis, Penaung PUSPANITA Cawangan KUSKOP hadir meraikan sambutan bersama ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil TEKUN Nasional dan warga kerja wanita Ibu Pejabat. Turut hadir, YBrs Puan Nora Bt Mat Ail, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KUSKOP.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #PUSPANITA

Majlis Penyampaian Bantuan Asnafpreneur TEKUN Nasional – SSM

Rangkuman video di sekitar Majlis Penyampaian Bantuan Asnafpreneur TEKUN Nasional – SSM yang berlangsung pada 28 Februari 2023 bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.

Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk menyuntik modal tambahan kepada para usahawan asnaf disamping membantu meningkatkan motivasi untuk terus menjalankan perniagaan.

Bantuan disampaikan oleh YBhg Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diiringi YBhg Dato’ Adam Abdul Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.

Seramai 22 orang usahawan TEKUN dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka menerima cek pada hari ini dan selebihnya akan menerima bantuan melalui pejabat TEKUN Negeri masing-masing.

Sebelum majlis penyampaian bermula, YBhg Datuk Nor Hazimah Abdul Aziz diiringi YBhg Dato, Adam Abdul Ghani bersama pihak pengurusan berkesempatan melawat galeri TEKUN Nasional & TEKUN mart bertempat di lobi utama Ibu Pejabat TEKUN Nasional.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #SSM

Majlis Penganugerahan Sijil Profesional Pengurusan Kewangan

Rangkuman video di sepanjang Majlis Penganugerahan Sijil Profesional Pengurusan Kewangan bertempat di Akademia Siber Teknopolis, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 27 Februari 2023.

Sijil Anugerah telah disampaikan oleh YBhg Datuk Hj Zamri bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional diiringi YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.

TEKUN Nasional telah berkolaborasi dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melibatkan warga kerja mengikuti Kursus Eksekutif Diploma Pengurusan Kewangan. Kursus ini telah bermula pada april hingga disember 2022.

Seramai 40 orang warga kerja TEKUN yang terdiri daripada warga kerja Ibu Pejabat dan Cawangan telah mengikuti kursus ini dengan jayanya.

Semoga warga kerja yang telah mengikuti kursus ini akan memanfaatkan ilmu yang diperolehi dalam melaksanakan tugasan masing-masing kelak.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda

Penyerahan Geran Bantuan Banjir kepada Usahawan Penampang, Sabah.

Rangkuman video di sekitar lawatan Pihak Pengurusan TEKUN Nasional ke premis usahawan yang dilanda musibah banjir di Penampang, Sabah.

Perniagaan kedai runcit yang diusahakan beliau telah terjejas dan mengalami kerugian harta benda serta kerosakan barang jualan.

Atas dasar prihatin pada situasi tersebut geran bantuan banjir berjumlah RM3,000 telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Carl Moosom, Setiausaha Politik kepada YB Datuk Ewon Benedict, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #KUSKOP #Usahawan #MalaysiaMadani #BekerjaBersamaRakyat

Program Kebolehpasaran PROTÉGÉ KUSKOP 2023

Rangkuman video di sekitar Program Kebolehpasaran PROTÉGÉ KUSKOP 2023 yang berlangsung pada 31 Januari 2023 bertempat di SICC, Kota Kinabalu, Sabah. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi.

YB Datuk Ewon juga turut menyempurnakan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada 20 usahawan graduan di negeri Sabah yang telah menyertai Program New Gen Entrepreneur Online Bootcamp (N-GENE) pada tahun 2022. Seramai lebih 600 graduan, mahasiswa daripada Institusi Pendidikan Awam dan Swasta dan usahawan graduan di sekitar Sabah turut hadir ke program tersebut.

Turut hadir bersama di majlis perasmian tersebut adalah Menteri Belia & Sukan Sabah, YB Ellron Alfred Angin, Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah YB Tuan Phoong Jin Zhe, Timbalan Menteri KUSKOP YB Senator Puan Saraswathy Kandasamy, KSU KUSKOP YBhg. Dato’ Sri Suriani Ahmad dan CEO TEKUN Nasional YBhg. Dato’ Adam Abdul Ghani.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani #BekerjaBersamaRakyat #KUSKOP #Usahawan #sabahmajujaya

Sesi Libat Urus YB Menteri KUSKOP bersama Persatuan & Koperasi peringkat negeri Sabah.

Pada 30 Januari 2023, telah berlangsungnya Sesi Libat Urus YB Menteri Pambangunan Usahawan Dan Koperasi bersama Persatuan & Koperasi peringkat negeri Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu.

Sesi libat urus ini diadakan bertujuan untuk menyediakan platform kepada persatuan perniagaan/usahawan dan koperasi untuk memberi pandangan, input dan maklum balas bagi menyalurkan hasrat golongan persatuan dan koperasi kepada kerajaan persekutuan dan negeri.

Sesi yang dilangsungkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah ini melibatkan perbincangan mengikut kluster yang dianggotai oleh ketua kluster (wakil KUSKOP & Agensi), Ahli kluster (wakil Agensi kerajaan persekutuan dan negeri) bersama peserta dari Persatuan dan Koperasi negeri Sabah.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda