Majlis Sambutan 25 Tahun TEKUN Nasional

Saksikan rangkuman video di sekitar kemeriahan Majlis Sambutan 25 Tahun TEKUN Nasional yang berlangsung pada 28 Oktober 2023 bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC).

Majlis yang disambut dengan penuh gemilang ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Para Usahawan TEKUN Nasional serta warga kerja juga turut sama hadir dalam majlis ini.

YB Datuk Ewon Benedick telah diberi penerangan mengenai sejarah penubuhan TEKUN Nasional yang telah ditubuhkan pada 9 november 1998 oleh YBhg Dato’ Adam Abdul Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.

Dalam Majlis yang sama, YBhg Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional telah menyampaikan ucapan aluan dan seterusnya ucapan perasmian telah disampaikan oleh YB Datuk Ewon Benedick.
YB Datuk Ewon juga telah menyampaikan sijil, trofi dan wang tunai kepada seramai 21 orang usahawan TEKUN Nasional yang diberi pengiktirafan Anugerah Usahawan Berjaya.

Kriteria pemilihan ini berdasarkan prestasi perniagaan yang menunjukkan peningkatan selepas pembiayaan TEKUN Nasional diperolehi serta bayaran balik pembiayaan yang memuaskan.

TEKUN Nasional turut memberi pengiktirafan kepada warga kerja melalui penyampaian Anugerah TEKUN Cawangan Terbaik yang dimenangi oleh TEKUN Cawangan Raub dan Anugerah TEKUN Negeri Terbaik yang disandang oleh TEKUN Negeri Pahang.

Turut sama hadir di majlis ini ialah YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri KUSKOP, YBhg Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, KSU KUSKOP, YBhg Datuk Haji Zamri Salleh, TKSU KUSKOP, YBrs Puan Noor Afifah Abd Razak, TKSU KUSKOP dan YB Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional serta pegawai kanan Kementerian dan Agensi.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Majlis Perjumpaan Warga Kerja Bersama Pengerusi TEKUN

Pada 28 Oktober 2023, telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Warga Kerja Bersama Pengerusi TEKUN Sempena Sambutan 25 Tahun TEKUN bertempat di Lavender Hall, Bangi Avenue Convention Centre (BACC).

Tetamu Kehormat, YBhg Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid telah menyampaikan ucapan dan beramah mesra bersama warga kerja TEKUN Nasional yang hadir.

Dalam majlis yang sama, warga kerja yang telah berkhidmat selama 22 tahun telah dianugerahkan Anugerah Khidmat Setia dan Anugerah Prestasi Pembiayaan juga telah dianugerahkan kepada Cawangan dan Negeri yang terlibat.

Turut hadir, YB Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional, YBhg Datuk Haji Zamri Salleh, TKSU KUSKOP, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional serta Ahli Lembaga Amanah dan Pihak Pengurusan Tertinggi TEKUN Nasional.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda

Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Pahang

Pada 5 Oktober 2023, telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Pahang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Temerloh, Pahang.

Tetamu Kehormat, YBhg Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid telah menyampaikan ucapan dan turut beramah mesra bersama kesemua warga kerja TEKUN Nasional negeri Pahang yang hadir.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan & Korporat) TEKUN Nasional, YBrs Tuan Haji Roshaimi Harun bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), YBrs Encik Yasir Salam.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Walkabout Pengerusi TEKUN Nasional di sekitar Simpang Pelangai

Alhamdulillah pada 4 Oktober 2023, telah berlangsung Program Walkabout YBhg Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional di sekitar Simpang Pelangai, Felda Chemomoi dan Felda Kemasul, Bentong, Pahang.

YBhg Pengerusi TEKUN meluangkan masa beramah mesra serta makan tengah hari bersama para Usahawan di beberapa tempat seperti di gerai makanan dan di dewan perjumpaan Ahli Teman TEKUN.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat) TEKUN Nasional, YBrs Tuan Haji Roshaimi Harun bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ( Operasi) TEKUN Nasional, YBrs Encik Yasir Salam dan Pengurus TEKUN Pahang, Encik Hassan Anuar serta pegawai-pegawai TEKUN Nasional negeri Pahang turut hadir mengiringi Pengerusi TEKUN.

Program seumpama ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para usahawan TEKUN untuk bersemuka dengan Pengerusi dan pengurusan tertinggi TEKUN Nasional untuk berkongsi kisah perniagaan mereka, padangan serta masalah-masalah yang mungkin mereka hadapi dan sebagainya.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Majlis Penutupan Sukan TEKUN Nasional (SUKTEN) 2023

Saksikan kemeriahan di sekitar Majlis Penutupan Sukan TEKUN Nasional (SUKTEN) 2023 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi bertempat di Dewan Maksak, Presint 14, Putrajaya.

Antara kontijen yang mengambil bahagian dalam acara SUKTEN yang berlangsung pada 16 & 17 September ini adalah dari Wilayah Tengah, Wilayah Utara, Wilayah Selatan, Wilayah Borneo & dari Ibu Pejabat

Majlis ini adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan para atlet TEKUN Nasional yang telah berentap dalam acara masing-masing selama dua hari di Karnival Sukan TEKUN 2023 di Universiti Putra Malaysia.

Turut hadir, YBhg Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, KSU KUSKOP, YBhg Datuk Haji Zamri Salleh, TKSU KUSKOP, YBhg Dato’ Haji Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional dan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.

Tahniah diucapkan kepada semua para atlet ! jumpa lagi di SUKTEN edisi seterusnya !

#MyTEKUN #SUKTEN #SUKTEN2023

Perasmian Karnival Sukan TEKUN Nasional (SUKTEN)

Pada 16 September 2023, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Karnival Sukan TEKUN Nasional (SUKTEN) bertempat di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

Majlis yang berlangsung dengan penuh gemilang ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional.
Objektif temasya ini diadakan adalah untuk mengetengahkan konsep perjuangan serta kesepaduan di dalam pertandingan dan menyemarakkan semangat kesukanan.

Antara kontijen yang mengambil bahagian dalam acara SUKTEN yang berlangsung pada 16 & 17 September ini adalah dari Wilayah Tengah, Wilayah Utara, Wilayah Selatan, Wilayah Borneo & dari Ibu Pejabat.

Turut hadir, YB Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional, YBrs Tuan Haji Aishamudin Zulkefli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan), YBrs Tuan Haji Roshaimi bin Harun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan & Korporat) dan YBrs Encik Yasir bin Salam, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi).

#MyTEKUN #SUKTEN #SUKTEN2023