Liputan media mengenai aktiviti dan program berkaitan TEKUN Nasional serta agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan
Kisah-kisah kejayaan, tip-tip berguna dan wawancara bersama Usahawan TEKUN Nasional. Ia boleh dijadikan sumber rujukan dan inspirasi bersama.
Maklumat mengenai untuk usahawan
Memaparkan program dan aktiviti santai dan maklumat mengenai skim pembiayaan yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional untuk memula dan memajukan perniagaan.
Video Terkini
Pada 12 Disember telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Pengerusi TEKUN Nasional YBhg Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Astana Wedding Place & Function Space, Shah Alam.
Untuk makluman majlis ini adalah bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada warga kerja TEKUN Nasional negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk bersemuka secara langsung bersama Pengerusi serta kepimpinan tertinggi TEKUN Nasional.
Turut hadir, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama barisan Pengurusan Tertinggi.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani
Melihat permintaan terhadap keropok lekor yang mendapat sambutan luar biasa di sekitar negeri Sarawak, ia mencetuskan idea untuk Encik Junaidi Kaderi, Usahawan TEKUN Nasional negeri Sarawak memproses dan mengusahakan keropok lekor di Kota Samarahan.
Pegawai dari Jabatan Korporat & Pemasaran TEKUN Nasional bersama Pegawai TEKUN Nasional negeri Sawarak baru-baru ini berkesempatan melawat dan menemubual Encik Junaidi serta melihat sendiri bagaimana proses pembuatan keropok lekor dijalankan.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Kami dari pihak TEKUN Nasional mendoakan agar perniagaan Encik Junaidi terus maju dan berjaya.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Pada 25 November 2023, telah berlangsungnya program walkabout Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional, YB Tuan Mohd Sany bin Hamzan ke premis usahawan TEKUN di sekitar Kijal, Kemaman, Terengganu.
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional (Korporat), YBrs Tuan Haji Roshaimi Harun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional (Operasi) Encik Yasir Salam, Ketua Seksyen Korporat Encik Misman Hussin serta Pengurus dan pegawai TEKUN Nasional negeri Terengganu turut hadir mengiringi YB Tuan Mohd Sany.
Program Walkabout pada petang ini dimulakan dengan melawat gerai 3 orang usahawan TEKUN yang menjalankan perniagaan lemang panas dan meneruskan walkabout ke premis usahawan yang mengusahakan gerai makanan dan perniagaan kasut & selipar.
Pihak TEKUN Nasional mendoakan semoga perniagaan para usahawan TEKUN Nasional di Kemaman bertambah maju dan dilimpahi berkat.
Selamat maju jaya!
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #MalaysiaMadani #Kemaman #Terengganu
Pada 25 November 2023, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan (SAK) TEKUN Nasional peringkat negeri Terengganu bertempat di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman, Terengganu.
Perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional. Seramai 200 orang usahawan TEKUN Nasional dari cawangan Kemaman dan Dungun hadir menyertai seminar ini.
Dalam majlis yang sama, YBhg Dato’ Abdullah sani telah menyampaikan ucapan dan seterusnya menyampaikan cek pembiayaan kepada seramai 13 usahawan TEKUN cawangan Kemaman yang telah diluluskan pembiayaannya.
Turut hadir, YBhg Dato’ Adam Abdul Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama barisan Pengurusan Tertinggi TEKUN Nasional.
Tahniah diucapkan kepada kesemua usahawan yang hadir. Terima kasih usahawan Kemaman, terima kasih usahawan Dungun !
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional negeri Johor, Puan Nordianis Permin, Pengarah Urusan Haos Industries Sdn Bhd yang mengeluarkan produk minuman sedia diminum pelbagai perisa berjenama Haos Ek?.
Sehingga hari ini, air minuman Haos Ek? telah mencapai jualan sebanyak 5.6 juta botol dimana produk ini dipasarkan ke seluruh negara melalui kedai runcit, stesen minyak dan juga melalui ejen-ejen yang berdaftar.
Pada sambutan Ulangtahun 25 TEKUN Nasional yang lalu, beliau telah menerima dua anugerah iaitu Anugerah Usahawan Berjaya TEKUN negeri Johor dan Anugerah Usahawan TEKUN Cemerlang Kebangsaan 2023 yang telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah Puan Nordianis ! Selamat maju jaya !
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan
Pada 9 November 2023, telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun TEKUN Nasional ke 25 bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.
Majlis bacaan yasin dan doa selamat ini dihadiri oleh warga kerja Ibu Pejabat dan juga turut dihadiri secara maya oleh warga kerja TEKUN Nasional seluruh Malaysia. Semoga majlis ini mendapat berkat dan diredhai Allah SWT.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda
Video di sekitar Majlis Perjumpaan Pengerusi TEKUN Nasional YBhg Dato' Abdullah Sani Abdul Hamid bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Sarawak di Margherita Plaza, Bintulu pada 2 November 2023.
Tetamu Kehormat, YBhg Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid telah menyampaikan amanat dan turut beramah mesra bersama kesemua warga kerja TEKUN Nasional negeri Sarawak yang hadir.
TEKUN Nasional mempunyai sebanyak 16 cawangan & 8 sub cawangan di Wilayah Sarawak meliputi sebanyak 86 orang warga kerja. Untuk makluman, majlis ini adalah bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada warga kerja untuk bersemuka secara langsung bersama Pengerusi serta kepimpinan tertinggi TEKUN Nasional.
Turut hadir pada majlis ini adalah YBrs Tuan Haji Roshaimi Harun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat), YBrs Encik Yasir Salam Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), YBrs Encik Misman Hussin Ketua Seksyen Korporat serta warga kerja Pejabat Negeri Sarawak.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani #Bintulu #Sarawak
Rangkuman video di sekitar program walkabout Pengerusi TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid ke premis usahawan TEKUN di sekitar Bintulu, Sarawak pada1 November 2023.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional (Korporat), YBrs Tuan Haji Roshaimi Harun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional (Operasi) Encik Yasir Salam, Ketua Seksyen Korporat Encik Misman Hussin serta pegawai TEKUN Nasional negeri Sarawak turut hadir mengiringi YBhg Dato’ Abdullah Sani.
Program Walkabout dimulakan pada pagi hari dengan melawat 22 usahawan TEKUN yang menjalankan perusahaan kecil-kecilan di ruang perniagaan di Pasar Tamu, Bintulu. Selesai sesi walkabout di Pasar Tamu diteruskan lagi dengan melawat 7 premis usahawan TEKUN di sekitar Bintulu.
Antara jenis perniagaan yang dilawati adalah bengkel kereta, spa kecantikan, kedai bakeri, kedai kek lapis, restoren mamak & kedai makan.
Pihak TEKUN Nasional mendoakan semoga perniagaan para usahawan TEKUN Nasional di Bintulu bertambah maju dan dilimpahi berkat. Selamat maju jaya!
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #MalaysiaMadani #Bintulu #Sarawak