Liputan media mengenai aktiviti dan program berkaitan TEKUN Nasional serta agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan
Kisah-kisah kejayaan, tip-tip berguna dan wawancara bersama Usahawan TEKUN Nasional. Ia boleh dijadikan sumber rujukan dan inspirasi bersama.
Maklumat mengenai untuk usahawan
Memaparkan program dan aktiviti santai dan maklumat mengenai skim pembiayaan yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional untuk memula dan memajukan perniagaan.
Video Terkini

Kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional WP Kuala Lumpur, En. Abu Bakar Bin Md Aris, Pengarah Urusan Rizky Textile Sdn Bhd yang menawarkan perkhidmatan percetakan tekstil digital seperti tudung, baju dan kain.
Disamping menawarkan perkhidmatan percetakan tekstil digital, Rizky Textile Sdn Bhd juga telah melahirkan ramai usahawan-usahawan tempatan yang berminat berkecimpung dalam perniagaan tudung jenama sendiri.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana.
Tahniah En. Abu Bakar ! Selamat maju jaya !
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #KualaLumpur

Rangkuman video di sekitar Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Informal (SPIN) oleh YB Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi @ MEDAC, Putrajaya.
Sektor informal merupakan pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Segala permohonan perlu dilakukan di pejabat cawangan berhampiran.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda

Saksikan video kisah dan temuramah bersama usahawan TEKUN Nasional Negeri Kelantan, Puan Sharifah Hasnah Bt Tuan Besar , Pengarah Urusan Adilah Products yang memproses dan mengeluarkan pelbagai jenis sos.
Kicap manis, kicap masin, sos cili, sos tomato, sos pencicah, cuka makan dan sos tiram merupakan produk keluaran Adilah Products yang mendapat permintaan tinggi di pasaran sekitar Negeri Kelantan.
Kami dari Pihak TEKUN Nasional mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya !!
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Kelantan

Team Tekun Tv bersama pegawai TEKUN Negeri Johor berkesempatan berjumpa dan menemuramah En Selvakanapathy dan Pn Seri Rajes, usahawan yang menjalankan perniagaan Kraftangan & Jahitan di Tampoi, Johor Bahru.
Hasil penat lelah dan suntikan modal daripada TEKUN Nasional, kini mereka mempunyai sebuah kedai dan pekerja serta mampu menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan mereka.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah !!
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Johor

Kami bawakan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional Negeri Sabah, Puan Michelle Kugan yang menjalankan pembuatan dan perniagaan aksesori wanita daripada batu & mutiara.
Beliau pada mulanya belajar menghasilkan rantai & gelang perhiasan dari neneknya yang berasal dari kaum Dusun Lotud di Tuaran yang sememangnya terkenal dengan seni perhiasan manik.
Kepada mereka yang berminat, bolehlah menghubungi talian 016 8178932 atau boleh terus ke Lot No. GL/ B-G-43, Block B, The Walk, Riverson Mall, Kota Kinabalu.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Sabah

Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional Negeri Kelantan, Encik Zawawi Bin Omar, Pengarah Urusan Kukang Jaya Trading, syarikat yang memproses dan mengeluarkan serbuk kopi Cap Tangan di Ketereh.
Kopi Cap Tangan yang terkenal dengan aroma kesedapannya yang tersendiri kini telah dipasarkan di seluruh Negeri Kelantan & akan dipasarkan ke seluruh Malaysia pada masa yang akan datang.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana.
Tahniah Encik Zawawi ! Selamat maju jaya !
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #Kelantan

Saksikan rangkuman video di sekitar Flag-Off TEKUN Mobileprenuer Negeri Sabah yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri MEDAC bertempat di Perkarangan Hotel RAIA, Kota Kinabalu pada 22 September 2020.
Seramai hampir 40 orang rider e-hailing di kawasan sekitar Kota Kinabalu hadir bagi sesi pelepasan tersebut. YBM MEDAC amat berpuas hati di atas sambutan pembiayaan Program TEKUN Mobileprenuer di seluruh negara.
Selepas itu, Yang Berhormat Menteri turut menyaksikan pertukaran MOU antara TEKUN dan Raffcomm Technologies Sdn Bhd. Melalui kerjasama ini usahawan boleh mendapatkan dokumen SSM melalui link TEKUN e-Dokumen yg disahkan Digitally Certified True Copy ( DCTC ) dengan diskaun 5%.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Rangkuman video di sekitar lawatan YBhg Dato’ Sri Haji Mohammad Bin Mentek Ketua Setiausaha MEDAC ke premis ushawanita TEKUN Nasional, Bejewelled yang terletak di Riverson Mall Kota Kinabalu Sabah pada 20 September 2020.
Puan Michelle mengusahakan perusahaan pembuatan kristal dan perhiasan wanita khususnya. Beliau telah mula berniaga pada tahun 2003 sejak 17 tahun yang lalu. Beliau juga mempromosikan produk beliau di atas talian.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda