Jabbal Farm Sdn Bhd adalah destinasi Team TEKUN TV seterusnya di negeri Kedah. Jabbal Farm adalah Usahawan TEKUN Nasional yang mengeluarkan produk berasaskan kambing ini terletak di Kg Padang temusu, Pokok Sena, Alor setar.
‘Highlights’ video Seminar Asas Keusahawanan TEKUN Nasional peringkat Negeri Perlis bertempat di The Putra Regency Hotel, Kangar.
Program yang berlangsung pada 5 Mac 2017 ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis.Turut hadir, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YBhg. Datuk Baharom Embi bersama Timbalannya. (Klik KD)
‘Highlights’ video Majlis Pelancaran Program Pembiayaan #TemanNita yang berlangsung pada 23 Februari 2017 bertempat di laman Florikultur, Maeps Serdang. (Klik HD)
Saksikan video khas #TemanNita bersama Dato Nor Azita Abdul Rahman, Pengerusi TEKUN Nasional. Video ini disediakan oleh Tekun Nasional sempena majlis pelancaran program #TemanNita yang berlangsung pada 23 Feb 2017. (Klik HD)
Mai cek oi mai cek mai kita ke negeri Kedah ! Kali ini Team TEKUN TV berkunjung ke negeri Kedah untuk berkongsi kisah usahawan TEKUN Nasional di negeri jelapang padi.Semeliang Agro Farm yang terletak di Kuala Nerang menjadi destinasi kunjungan TEKUN TV pada kali ini. Resort yang bertemakan Agrotourism ini diusahakan oleh En Nor Azhar Mohd Noor yang pada mulanya mengusahakan penternakan rusa.Jom saksikan kisah Usahawan TEKUN ini.