Majlis Sambutan Aidilfitri TEKUN Nasional 2019

Rangkuman video di sekitar Majlis Sambutan Aidilfitri TEKUN Nasional bertempat di Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.

Dianggarkan, seramai 1,500 orang jemputan dari pelbagai agensi kerajaan serta usahawan telah hadir memeriahkan majlis sambutan hari raya ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran anak-anak yatim dan asnaf daripada Rumah Bakti Al-Kausar.

Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) TEKUN Nasional & Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) turut berlangsung di majlis ini.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Aidilfitri2019

Fiesta MED 2019

Saksikan sorotan video di sepanjang Fiesta MED yang berlangsung pada 29 sehingga 28 april 2019 bertempat di Malacca International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka.

Fiesta MED yang bertemakan ‘Usahawan Wira Ekonomi’ ini telah disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di- Pertua Negeri Melaka dan disaksikan oleh YB Datuk Seri Mohd. Redzuan, Menteri Pembangunan Usahawan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan menjayakan Fiesta MED 2019 ini. Jumpa lagi !!

Kementerian Pembangunan Usahawan

#MyTEKUN #Usahawan #FiestaMED #FiestaMED2019

Rangkuman video Karnival Usahawan TEKUN Nasional @ Tanah Merah

Rangkuman video Karnival Usahawan TEKUN Nasional yang telah berlangsung selama 3 hari di Tanah Merah, Kelantan dari 7 hingga 9 Mac 2019.

Jom saksikan coretan di Karnival Usahawan TEKUN yang julung-julung kalinya diadakan mendapat mendapat sambutan hebat dari para usahawan dan orang ramai.

Terima kasih pada semua yang terlibat ! Jumpa lagi orang Kelantan !

Jangan lupa klik HD okay !

#MyTEKUN #Usahawan #KarnivalUsahawanTEKUN #KUT2019

Rangkuman video di sekitar Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Lumut

Rangkuman video di sekitar Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang berlangsung di Marina Island Hall, Lumut, Perak.

Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan. Turut hadir, YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Pemangku Pengarah Urusan & CEO TEKUN Nasional, Dato’ Adam Abdul Ghani.

Jumpa lagi di program SDSI yang akan datang !!

#MyTEKUN #Usahawan #MED #SDSI

Usahawan Cendawan tiram kelabu (Sinar Syukrawie Enterprise)

Baru-baru ini, Team TEKUN TV bersama pegawai TEKUN Negeri Melaka berkesempatan berjumpa dan menemuramah En Mohd Shukor Ahmad, 39 (Sinar Syukrawie Enterprise) yang mengusahakan cendawan tiram kelabu.

Beliau yang kini memiliki tanah sendiri seluas 1.6 hektar untuk meluaskan lagi perniagaannya di Mukim Gadek, Alor Gajah. Perusahaan beliau ini mampu mengeluarkan 1,700 bongkah cendawan sehari. Manakala cendawan segar pula mampu dikeluarkan antara 40 hingga 50 kilogram sehari.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah Encik Mohd Shukor !!

Jangan lupa klik HD okay !!

Sinar Syukrawie Enterprise

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #Melaka

Usahawan TEKUN Kemaman (Ternakan Lembu)

Hanya bermula dengan beberapa ekor lembu sahaja, sekarang Usahawan TEKUN Nasional, Encik Noor Azmi Jusoh kini menternak kira kira dua ratus ekor lembu di Kemaman, Terengganu.

Saksikan video kisah dan temuramah bersama beliau yang kami bawakan khas kepada anda. Jangan lupa klik HD okay !!