Syahira Frozen Food, Usahawan TEKUN Cawangan Kemaman`

Siapa sangka Usahawan TEKUN Nasional dari Kemaman yang menjalankan perniagaan makanan sejuk beku dalam negara, produk jenama ini turut dipasarkan di Singapura. Apa yang lebih manis lagi, kini mereka sedang dalam persiapan untuk memasarkan produk ke Dubai & Arab Saudi.
Antara makanan sejuk beku yang dihasilkan ialah dadar berlauk, donut, karipap inti ayam, karipap inti ikan, karipap inti daging, pau goreng berinti kacang, popia ayam, ropa ikan dan samosa berinti daging.
Saksikan kisah dan temubual bersama Pengarah Urusan Syahira Frozen Food, Puan Umi Mazlina Bt Abd Aziz yang kami bawakan khas kepada anda. Jangan lupa klik HD okay !!

‘Highlights’ Walkabout ke Premis Usahawan TEKUN sekitar Indera Mahkota

Saksikan ‘Highlights’ video sekitar Walkabout Ahli Lembaga Amanah dan Pihak Pengurusan TEKUN Nasional ke premis-premis Usahawan TEKUN di sekitar Indera Mahkota, Pahang.

Antara premis yang dilawati ialah kedai menjual makanan hasil laut, kedai barangan binaan & logam, kedai percetakan dan pusat pemprosesan makanan sejuk beku.

Selain dapat merasai sendiri pahit manis dalam perniagaan, program seperti ini juga dapat mendekati dan mengenali Usahawan-usahawan TEKUN Nasional.

Usahawan TEKUN (Bengkel Motosikal)

Kali ini kita bersama Encik Zailani Mohamad Shah yang merupakan seorang usahawan TEKUN Nasional yang mengusahakan bengkel membaiki dan menjual alat ganti motosikal

Jom saksikan kisah dan temubual bersama beliau yang kami bawakan khas kepada anda. Jangan lupa klik HD ok !

Usahawan TEKUN Kemaman (Ternakan Lembu)

Hanya bermula dengan beberapa ekor lembu sahaja, sekarang Usahawan TEKUN Nasional, Encik Noor Azmi Jusoh kini menternak kira kira dua ratus ekor lembu di Kemaman, Terengganu.

Saksikan video kisah dan temuramah bersama beliau yang kami bawakan khas kepada anda. Jangan lupa klik HD okay !!