El Husna Salon Spa Muslimah serta Baby Spa & Family.

Saksikan temubual dan kisah usahawan TEKUN Nasional cawangan Hulu Langat, Puan Nurhayati Husna, pemilik El Husna Salon Spa Muslimah serta Baby Spa & Family.

Semoga kisah Usahawan TEKUN Nasional ini menjadi sumber inspirasi kepada para usahawan di luar sana. Tahniah dan semoga terus maju jaya diucapkan.

Jangan lupa klik HD tau !!!

Famous chicken fried, Usahawan Berjaya TEKUN Selangor.

Baru-baru ini Tekun Tv berkesempatan ke Kajang,Selangor untuk bertemu dengan Usahawan berjaya TEKUN Nasional cawangan Hulu Langat.

Pasangan suami isteri Encik Farid & Puan Hazwani binti Hamid yang mengasaskan Syarikat AlFalah Quality Food Processing Sdn Bhd sejak tahun 2016.

Mereka mengusahakan perniagaan produk makanan halal sejuk beku berasaskan ayam dibawah jenama FAMOUS’SS FRIED CHICKEN dan AYAM ANA.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah Encik Farid & Puan Hazwani !!

Jangan lupa klik HD okay !!

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #Selangor

Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Hulu Langat, Cekaptera Sdn Bhd

Saksikan kisah dan temuramah pasangan suami isteri Encik Mohd Raffi bin Arin dan Puan Raziah binti Mohd Mustaffa. Mereka mengusahakan perniagaan berasaskan Heavy Duty Polyethylene (HD.PE) dibawah syarikat Cekaptera Sdn Bhd.

Semoga kisah Usahawan TEKUN Nasional ini menjadi sumber inspirasi kepada para usahawan di luar sana. Tahniah dan semoga terus maju jaya diucapkan. Jangan lupa klik HD ya.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Usahawan Berjaya TEKUN Selangor (Servis Penghawa Dingin Kereta)

Berbekalkan pengalamannya bekerja di bengkel orang selama 4 tahun, Encik Jaya Silan atau lebih dikenali dengan nama Raja Wireman nekad membuka bengkel sendiri untuk memajukan dirinya.

Kini beliau berjaya membuka bengkel sendiri yang terletak di Batang Kali, Selangor. Baru-baru ini pihak kami berkesempatan berkunjung ke bengkel milik beliau.

Saksikan kisah dan temuramah bersama Encik Raja Wireman yang kami bawakan khas kepada anda. Semoga kisah ini dapat menjadi contoh kepada semua usahawan di luar sana.

Jangan lupa klik HD okayy !!

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Selangor

Sambutan Hari Sukan Negara 2018 peringkat Kementerian Pembangunan Usahawan

Saksikan rangkuman video sekitar Kemeriahan Sambutan Hari Sukan Negara 2018 peringkat Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dan Agensi dibawahnya yang berlangsung hari ini.

Sambutan ini berlangsung di Taman Putra Perdana, Putrajaya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga MED dan Agensi yang bersama-sama menjayakan sambutan ini.

Jangan lupa klik HD okayy !!

Kementerian Pembangunan Usahawan

#MED
#MyTEKUN
#TemanNiagaAnda
#KementerianPembangunanUsahawan
#HariSukanNegara2018