Walkabout Pengerusi TEKUN Nasional ke premis usahawan TEKUN Kuala Terengganu.

Saksikan sorotan video walkabout Pengerusi TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor ke premis usahawan TEKUN di Sekitar Kuala Terengganu.

Antara premis yang dilawati adalah pusat pemprosesan keropok lekor, kedai mencetak pakaian, kedai makanan dan pusat pencetakan digital.

Jangan lupa klik HD Okay !!

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan

Majlis Perjumpaan Pengerusi TEKUN bersama Warga Kerja Wilayah Tengah

Saksikan rangkuman video Majlis Perjumpaan Pengerusi TEKUN Nasional YBhg Dato’ Sri Mohamad Suparadi bin Md Noor bersama warga kerja TEKUN Wilayah Tengah iaitu dari Negeri Selangor, Perak dan WP Kuala Lumpur.

Majlis yang baru sahaja berlangsung ini diadakan di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Bandar Tasik Selatan. Jangan lupa klik HD yaaa.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda

Majlis Perasmian MAHA 2018

Saksikan rangkuman video di Majlis Perasmian MAHA 2018 yang berlangsung Maeps, Serdang.

Majlis yang penuh gemilang ini dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

Jom ke MAHA !!

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #MAHA2018

Usahawan Cendawan tiram kelabu (Sinar Syukrawie Enterprise)

Baru-baru ini, Team TEKUN TV bersama pegawai TEKUN Negeri Melaka berkesempatan berjumpa dan menemuramah En Mohd Shukor Ahmad, 39 (Sinar Syukrawie Enterprise) yang mengusahakan cendawan tiram kelabu.

Beliau yang kini memiliki tanah sendiri seluas 1.6 hektar untuk meluaskan lagi perniagaannya di Mukim Gadek, Alor Gajah. Perusahaan beliau ini mampu mengeluarkan 1,700 bongkah cendawan sehari. Manakala cendawan segar pula mampu dikeluarkan antara 40 hingga 50 kilogram sehari.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah Encik Mohd Shukor !!

Jangan lupa klik HD okay !!

Sinar Syukrawie Enterprise

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #Melaka