Rangkuman video di sekitar Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan

Rangkuman video di sekitar Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan bertempat di SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 1, Tanah Merah, Kelantan.

Majlis ini dirasmikan oleh Dato’ Sri Suparadi Md Noor, Pengerusi TEKUN Nasional. Seramai kira-kira 150 pelajar sekolah telah mendapat bantuan yang disampaikan sendiri oleh beliau.

Turut hadir, Pihak Pengurusan Tertinggi TEKUN Nasional. Semoga dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban dan menjadi pemangkin semangat supaya adik-adik dapat belajar dengan bersungguh-sungguh.

Semoga berjaya di masa hadapan !!

Jangan lupa klik HD okay !!

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #CSR

video di sekitar Majlis Perpisahan CEO TEKUN Nasional

Saksikan rangkuman video di sekitar Majlis Perpisahan CEO TEKUN Nasional, YBhg Datuk Baharom Embi yang berlangsung sebentar.

Turut hadir ke majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih ini ialah Pengerusi TEKUN Nasional, Dato’ Sri Suparadi Md Noor.

Jasamu akan sentiasa kami kenang. Terima kasih atas segala ilmu, jasa, bakti, komitmen dan dedikasi yang dicurahkan sepanjang bertugas di TEKUN Nasional. Moga diberikan anugerah kesihatan, keselamatan dan kebahagian hendaknya.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda

Perjumpaan Pengerusi TEKUN Nasional bersama warga kerja Wilayah Selatan

Rangkuman video di sekitar Majlis Perjumpaan Pengerusi TEKUN Nasional, Dato’ Sri Suparadi Md Noor bersama Warga Kerja TEKUN Nasional Wilayah Selatan.

Majlis ini berlangsung di Hotel MITC, Melaka dan dihadiri oleh semua Warga Kerja TEKUN dari negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Jangan lupa klik HD okay !

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan

Konvensyen Usahawan PKS yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka

Rangkuman video di sekitar Karnival & Konvensyen Usahawan PKS yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 Disember 2018.

Karnival & Konvensyen ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Redzuan Bin Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan. Turut hadir Pengerusi dan CEO TEKUN Nasional.

Kementerian Pembangunan Usahawan

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan