Perjumpaan Pengerusi TEKUN Nasional bersama Wargakerja Negeri Sarawak

Rangkuman video di sekitar Majlis Perjumpaan Pengerusi TEKUN Nasional, Dato’ Sri Suparadi Md Noor bersama Warga Kerja TEKUN Nasional Negeri Sarawak.

Majlis yang berlangsung di Merdeka Palace Hotel, Kuching ini dihadiri oleh semua pengurus dan pegawai dari semua Cawangan di Seluruh Negeri Sarawak.

Jangan lupa klik HD okay !

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan

Rangkuman video di sekitar Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Lumut

Rangkuman video di sekitar Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang berlangsung di Marina Island Hall, Lumut, Perak.

Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan. Turut hadir, YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Pemangku Pengarah Urusan & CEO TEKUN Nasional, Dato’ Adam Abdul Ghani.

Jumpa lagi di program SDSI yang akan datang !!

#MyTEKUN #Usahawan #MED #SDSI

Mee Kuning Juwita, Usahawan Berjaya TEKUN Negeri Melaka

Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan Berjaya TEKUN Nasional Negeri Melaka, Hajah Juwita Binti Abu Hassan yang menjalankan perusahaan membuat mee kuning.

Pengeluaran mee kuning daripada kilang yang terletak di Kampung Kemuning ini telah diiktiraf halal oleh Jabatan Agama Islam Melaka.

Antara anugerah dan pengiktirafan yang telah beliau perolehi ialah Usahawanita Jaya Industri Desa, Naib Johan Usahawan Jaya kategori Jualan dan Usahawan Jaya Wanita sempena HPPN Melaka.

Beliau boleh dihubungi ditalian 019-6695811 beralamat di PS 273 Kampung Kemuning 78000 Alor Gajah Melaka.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan

Hamidah Food Industry, Usahawan Berjaya TEKUN Melaka

Hamidah Food Industry adalah pengeluar terbesar dodol di Melaka. Dodol berjenama ‘MAMA’. Mereka masih menggunakan ramuan tradisional iaitu adalah campuran tepung pulut, santan, gula Melaka asli dan gula pasir untuk menghasilkan dodol mereka.

Jom kita saksikan kisah dan temubual bersama Puan Atika Liakatali, Usahawan Berjaya TEKUN Nasional yang mengusahakan perniagaan dodol dan makanan tradisional di Umbai, Melaka.

Selain Dodol perisa asli,Hamidah Food Industry juga mengeluarkan dodol kopi, dodol strawberry, dodol jagung, dodol pandan dan dodol durian. Sehari, perusahaan ini mampu mengeluarkan 1.2 tan dodol.

Klik HD okay !

Dodol Tradisi Mama

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Melaka

Tapai Pulut Sarimah, Usahawan TEKUN Negeri Melaka

Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan berjaya TEKUN Nasional, House of Tapai Pulut Sarimah @ Masjid Tanah, Melaka yang diusahakan oleh Puan Sarimah binti Kesip@Rashid.

Perniagaan kuih tradisional juga mampu menjana pendapatan lumayan kepada kita. Hari ini, tapai yang dianggap sebagai makanan traditional bukan hanya dihidangkan pada majlis-majlis keraian di kampung-kampung, bahkan ia juga dihidangkan di kebanyakan hotel bertaraf lima bintang

Kepada mereka yang ingin membuat tempahan, bolehlah menghubungi talian 06-3853 041 atau terus ke Lot 2635, Kampung Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka

Jangan lupa klik HD Okay !

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Melaka